Produk Branding,Tradisional atau Digital?

branding

Ramai usahawan yang fikir produk mereka akan terus berjaya jika buat pengiklanan di TV. Sebelum memilih laluan pemasaran ini, adalah lebih baik buat kira-kira dahulu adakah ia berbaloi dan masih relevan dengan trend semasa? Nak buat produk branding, mana yang nak dipilih Tradisional seperti TV, radio, akhbar, dll. Atau digital seperti Website, media sosial, dll.

produk branding
Out of focus TV LCD set and remote control in man’s hand isolated over a white background.

Pemasaran Tradisional

1 slot iklan TV yang beberapa saat perlukan kos dalam RM2,500 hingga RM3,500 dan harga lebih tinggi bagi slot di waktu tertentu terutama di ‘peak time’. Nak orang kenal brand kita sekurang-kurangnya 50-200 slot sebulan. Takkan sebulan sahaja nak buat branding? Mesti lah nak usaha branding ni dalam masa yang panjang kan. So berapa kos? Katakanlah average RM3 ribu untuk 1 slot, RM3ribu x 50slot sebulan x 12 bulan = RM1.8 juta (setahun). Maknanya perlukan RM150ribu sebulan untuk kos pemasaran jenama sahaja.

Tapi itu dulu, sekarang permintaan pemasaran melalui medium TV menurun sebab pengguna dah beralih ke internet & internet TV. Jika kita keluarkan kos pemasaran RM150K sebulan, kita tak dapat:

  • Tak dapat data analitik, demografi pengguna & pelanggan yang dah lihat iklan kita untuk rujukan, analisis, untuk iklan pada masa akan datang..
  • Kos tinggi, perlukan modal permulaan yang besar, kena bayar penuh.
  • Impak iklan sekali shj, jika bulan ni buat, bulan depan tak buat, orang lupa dah dah. perlu ambil masa yang lama untuk orang betul betul ingat.
  • Tak boleh follow up semula khas untuk yang dah pernah lihat iklan tv
  • Slot durasi video yang amat pendek, kena tambah cas jika nak panjang..

Pemasaran Digital

Jadi alternatif yang terbaik dan mengikut trend semasa sudah semestinya Pemasaran Digital (Digital Marketing). Apa kelebihan pemasaran digital ni?

1. Kos Pemasaran

Kos pemasaran yang lebih rendah, dengan kos yang sama boleh bawa impak 5-10 kali ganda berbanding TV. Boleh mula dengan bajet kecil untuk split test. Malah, boleh scale up mengikut bajet pemasaran kita, boleh Turunkan kos, boleh set pilihan nak optimize for lowest cost, fix cost, or bid budget.

2. Data

Dapat analisis data dengan lengkap, sebab dia tunjuk result per action berdasarkan objektif pemasaran yang kita pilih, samada enggage, traffic, conversion, video views, messenger dan banyak lagi. Kita dapat lihat result dari kelompok demografi samada umur, lokasi, jantina, dll.. Dapat lihat kos setiap action, dapat baca data ROAS, return of ads spend, Sales, dan banyak lagi lah.

3. Tempoh

Impak iklan berkali kali, nak guna iklan tu bulan depan? Tahun depan? Selagi boleh bagi result yang baik, boleh teruskan sampai bila-bila. Saya pernah run, 1 post, bertahan sampai 2 tahun, tanpa tutup. Selagi bagi result baik, kita split test lagi untuk scale up, sampai lah, boleh bagi good performance dari segi conversion, sales, ROI, dll.

4. Follow Up

Masuk dalam website, boleh retargeting, buka youtube nampak iklan video, buka Facebook nampak iklan di newsfeed, di macam macam placement, termasuk ig story. Benda ni boleh set sebagai auto, dimana ada audiens berpotensi, disitu akan dipaparkan iklan.

Masuk dalam website, isi borang, kita dapat follow up melalui email, boleh letak sequence, harini dapat email apa, esok apa, lusa apa, boleh letak sampai sepanjang tahun, secara percuma. Kalau ada 30-40K subscriber? 30-40K tu la dapat iklan sepanjang tahun dalam email.

Masuk messenger, boleh follow up guna chatbot, melaui sequence, auto follow up, broadcast, dll. Yang bestnya sequence tu buat based on conditional, orang tak baca mesej A, kita boleh follow up by sequence 1,2,3. Telegram channel, unlimited members, pecuma.

5. Durasi

Berapa panjang video kita nak tiada masalah, melainkan Instagram 1 minit shj. 3 minit is the best, untuk kita run ads bersifat branding & selling. Video tadi, boleh buat custom audiens to people who watch your video atleast 50% duration. Boleh target semula orang yang pernah lihat video kita tadi, untuk nampak iklan kita. Malah, boleh buat lookalike audiens, cari audiens yang similar dengan orang yang pernah lihat video kita tadi.

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment