6 Tips Asas Guna Lookalike Audiences (LA)

lookalike audiences

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Subscribe Channel Kami

Join Telegram Channel untuk tips menarik, Freegift pada masa akan datang

Lookalike Audiences (LA) adalah sasaran prospek yang menyerupai atau menghampiri ciri-ciri pelanggan yang sedia ada. Lead hasil dari LA ini adalah antara yang paling berkualiti sebab kita dah tapis dari senarai pelanggan kita, dan mencari orang yang hampir sama dengan mereka. Kita boleh bina LA dari data-data ini:

  • Maklumat Pelanggan – senarai pelanggan kebiasaannya nombor telefon dan email, senarai ini boleh dimuatnaik dalam format .txt atau .csv.
  • Pelawat Website – jika dah ada website, install Facebook Pixel. Dengan pixel ini, kita boleh create LA berdasarkan senarai pelawat yang masuk, yang lihat page produk, yang dah beli, dsb.
  • Engagement – buat LA dari senarai orang yang respon dengan post konten di Facebook atau Instagram. Biasanya dari mereka yang menonton video, lead form, canvas dan yang melawat page.

Baca Tips Pilih Audience dan Bank Audience disini.

Cara Setup Lookalike Audiences (LA) di Facebook

  1. Dari Facebook Ads Manager. Pilih Audiences
  2. Klik Create Audience dan pilih Lookalike Audience

3. Pilih source audience, ini mengikut data yang ini digunakan samada dari maklumat pelanggan, dari pixel website, dari yang engage page, dsb.
4. Pilih negara yang nak dijadikan target.
5. Pilih saiz audiens. Pilihan ialah dari 1 hingga 10. Lagi kecil maknanya lagi tinggi persamaan, lagi besar bermakna lagi ramai.
6. Klik Create Audience, proses ini akan makan sedikit masa untuk Facebook baca data-data yang diberi.

Tips Guna Lookalike Audiences

  • Matlamat Utama – target audience berbeza mengikut matlamat kita. Jika kita nak buat jualan, LA boleh dari data mereka yang dah beli, atau dari pengunjung page shop di website. Jika kita nak branding, kita boleh buat LA dari data mereka yang pernah melawat FB page.
  • Sumber berbeza – kita boleh cuba guna data-data dari sumber yang berbeza supaya boleh tentukan yang mana lebih memberi hasil terbaik. Dan juga boleh tukar-tukar di bahagian Custom Audiences.
  • Saiz Audiens – boleh test di adset yang berbeza dengan perbezaan saiz kecil (1-5) dan saiz besar (6-10).
  • Data – semak kualiti dan kuantiti data yang kita guna untuk buat LA ni, lagi banyak lagi bagus. Tapi pastikan ianya adalah yang berkualiti, senarai 1ribu pelanggan yang dah beli lebih baik dari senarai 10ribu yang belum beli.
  • Senarai terkini – jika kita nak gunakan senarai dari nombor phone atau email, pastikan ianya adalah senarai yang terkini. Contoh jika nak buat LA dari mereka yang dah melawat page, boleh pilih yang datang dari 365 hari sebelum. Jadi kita tak target mereka yang dah lama-lama dan lupa mengenai page kita.
  • Lebih fokus – kita boleh fokuskan lagi LA dengan pelbagaikan bahagian umur, jantina dan interest. Tapi tak digalakkan letak terlalu banyak interest.

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

website

Keperluan Asas Untuk Membina Sebuah Website

Anda mempunyai hasrat untuk memiliki website sendiri tetapi terhalang kerana tidak tahu bagaimana caranya untuk membuat website sendiri? Anda mahu belajar cara membuat website sendiri? Cara buat website tidaklah sesukar

Teknik Pemasaran

6 Langkah Optimize Sale Conversion di Website

Semua orang impikan sale conversion yang automate. Kalau boleh automate beli direct melalui website. Tau-tau sales dah masuk, bunyi kcing kcing kat apps woocommerce menandakan order bertalu-talu masuk. Nak tahu

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top