Teknik Retargeting Dari Website

retargeting

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email
retargeting dari website

Retargeting dari website secara asasnya begini:
Pengguna masuk dalam website > Pengguna keluar > Pengguna nampak semula iklan

Kalau website anda masih baru, tiada trafik, tiada pelawat yang masuk dalam website, nak buat macam mana ya? Jika dalam website anda ada artikel blog & dah ada Sales page, buat mcm ni:

Iklan 1

Tarik pengguna masuk dalam website, samada untuk baca konten & artikel anda dalam website. Konten berkualiti akan buatkan artikel anda ramai orang share, disini sambil anda jalankan Ads, sambil-sambil anda dapat banyak share, seterusnya, organik pelawat masuk dalam website anda, tanpa CAS. Ini menyebabkan kos pemasaran anda jadi lebih rendah. Disebabkan pelawat yang ‘enggage’ hasil dari SHARE orang lain tinggi.

Bila ramai pelawat masuk dalam website anda untuk baca konten, mungkin anda boleh letak button Call-to-action (CTA) sebagai tindakan selepas mereka baca artikel tersebut. Sebelum button CTA tu, mungkin boleh masukkan 1-2 ayat perkenalkan produk anda. Dan suruh klik button tersebut. Contoh: “Berminat dengan produk ABC? Yang membantu anda YYYY, utk atasi masalah XXXX. Sila klik button dibawah.”

Button yang di klik dibahagian footer artikel tersebut akan bawa pelawat ke halaman Sales page. Setiap pengguna yang masuk dalam sales page, anda boleh set PIXEL link untuk retargeting pada yang dah baca sales page sahaja. Kemungkinan ada sebahagian mereka akan keluar dari Sales Page, dan tidak buat pembelian.

Iklan 2

Retargeting ads bermula, untuk mereka masuk semula ke Sales Page untuk buat pembelian. Bina kempen iklan, kemudian target kepada Custom Audience (CA), iaitu Custom Audiens yang telah ke Sales Page 7 hari lepas.Selesai mereka buat pembelian, kempen iklan retargeting tadi akan exclude dimana yang dah buat pembelian, kita Stop iklan retargeting tadi.Objektif sesuai, Conversion Ads.

Bagaimana jika artikel tadi banyak pelawat masuk, tapi yang masuk ke sales page sedikit, jadi tak sesuai jika nak jalankan conversion ads disebabkan jumlah pelawat yang terlalu sedikit? Okay, untuk masalah itu.. boleh cuba kaedah ini:

  1. Dalam artikel boleh letak dua button. Dibahagian intro, dan dibahagian footer.
  2. Sepanjang baca artikel, selitkan banner banner yang boleh dibawa ke sales page anda.
  3. Artikel mesti relevan dengan produk.
  4. Run ads retargeting jenis trafik, dimana yang dah baca artikel tadi, akan nampak iklan untuk dibawa ke sales page. (Kaedah terakhir)
  5. Pantau jumlah trafik ke Artikel Blog, Ke sales page, dah yang buat pembelian.
  6. Pastikan Total Ads spend bawa ROI jualan
  7. Jika 3 hari tiada jualan, optimize konten artikel tadi, dengan bina artikel baru.
  8. Jika iklan telah tepu, bina kempen iklan baru.
    Setakat ni, dengan cara diatas sy pernah maintain jualan selama 3 bulan untuk kempen yang sama, Spend RM70, bawa jualan sehingga RM500 – RM900 sehari dengan 1 produk shj.

Masa ini saya guna sales page drag n drop jenis Mobirise & Borang pembayaran Onpay.(Produk digital berharga RM120 & RM230)Istilah Retargeting sama seperti Remarketing.
Dimana:Facebook Ads – Retargeting
Google Ads – Remarketing
Jika anda baca sampai habis ni, anda berjaya dah. Tinggal praktik je.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

post engagement
Teknik Pemasaran

Iklan Post Engagement, Boleh Guna Lagi Ke?

Last saya jalankan iklan Post Engagement (PE) masa bulan 9, tahun 2018. Sebenarnya, PE ni okay sahaja untuk beberapa niche, untuk range umur tertentu ataupun produk yang memerlukan FAQ yang

ebooks
Tips Menarik

Cara Nak Jual eBooks

Ada orang tanya saya mcm mana nak buat eBooks yang boleh dijual ya? Ok disini saya nak kongsikan cara nak jual eBooks dari awal. Cipta eBooks 1. Idea Fikirkan idea

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top