Iklan Post Engagement, Boleh Guna Lagi Ke?

post engagement

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Last saya jalankan iklan Post Engagement (PE) masa bulan 9, tahun 2018. Sebenarnya, PE ni okay sahaja untuk beberapa niche, untuk range umur tertentu ataupun produk yang memerlukan FAQ yang detail, seperti servis, atau produk yang kurang pesaing.
*Disclaimer, post ni saya kongsikan not for judging, ini berdasarkan pengalaman & cadangan dari Facebook Specialist team yang bimbing. Ia tak merujuk kepada mana mana pihak. Based on past experience on PE ads (2015-2017). Ni saya dapat:

Kesimpulan Saya Untuk Iklan Jenis Post Engagement

Charge Opitimization

Tahun 2016, last PE boleh jalan dengan ada 2 pilihan, iaitu di bahagian adset, ada pilihan, when you got charge, kita boleh pilih charge by post enggagement, or impression. Kita akan prefer charge by post enggagement (PE). Zaman tu, Bila pilih PE charge, Iklan jalan, kos akan dikira based on action people yang enggage pada iklan kita.Sekarang dah takde option charge by PE tu, hanya ada satu pilihan shj iaitu impression. Bila iklan jalan, takde enggage, cas tetap berjalan.

Campaign Objective

post engagement

Meskipun, Facebook dah keluarkan banyak objektif & placement yang boleh bagi effective result. Masih ada lagi, yang pilih kempen objektif PE, dan manual placement shj. Bayangkan, jika kesemua marketer industry sama, diajar buat objektif sama, targeting sama, placement sama, sedangkan Facebook provide lebih 10 objektif, bermacam targeting, placement lain yang kita boleh test untuk dapat result better.

Pastinya masing masing akan bersaing sesama sendiri dalam satu objektif PE dan ini menjadikan kos per PE mahal. Tak dinafikan, masih ada industri @ niche bisnes yang dapat capai result & dapat capai KPI leads di inginkan. Tapi, jangan ikut bulat-bulat dengan kaedah yang digunakan. Decision terbaik adalah bila kita lakukan A/B test & bandingkan data. Capai ke tak KPI.

Specialist Team Recommendation

Facebook dah banyak kali call, tiap dia call, dia akan tanya masalah iklan kita, keputusan kita, cadangan dari Facebook team akan cakap mcm ni

  • cuba objektif traffic if ada website.
  • cuba conversion ads, pasang pixel, optimize by purchase dapat direct purchase dari website.
  • cuba guna narrow detailed targeting.
  • lookalike audiences & CA instead of detailed targeting.
  • optimize result

Popup Notice

Even, di page masing masing dah keluar dah,
– optimize for sales.
– drive to get purchase
we have to test the different new..

Limited Placement

Bila run PE, tendency user hanya mampu take action based on PE, iaitu like, komen, or share sahaja dan limited placement berbanding trafik. Boleh klik button ke website terus, lihat video keluar terus website dll. Ada banyak lagi objektif lain, seperti traffic, messenger, conversion boleh keluar dimana mana, di website, messenger, instant article, mahupun di instagram,

Customer Behaviour

Dulu, masa baru nak start bisnes online. Malaysia punya culture, nampak iklan dia komen PM, sebab masatu peringkat ‘early adopted’ dimana tak semua yang pandai & ‘trust’ nak beli secara direct payment kat website. Sejak ecommerce website dari brand brand besar meningkat mcm Lazada & Shopee, Foodpanda, Grab, Airbnb, sedikit sebanyak dah influence behaviour customer kearah pembelian secara direct online. The best opportunity to test the different approach of campaign.

User Demography

Boleh buat survey, Average umur yang buat pembelian & active internet user di laporan SKMM atau MCMC. Umur 20 – 39 peningkatan buat pembelian online berbanding 40 – 49. Walau bagaimanapun, niche produk 40 – 49 masih relevan lagi menggunakan whatsapp.. Jadi, perubahan behaviour pengguna ni, adalah peluang kita untuk buat jualan, jalankan kempen pemasaran online menggunakan platform ecommerce.

User Experience

PE, kita kena reply samada link whatsapp atau link website. Ia perlukan manual reply komen, ataupun kita perlukan pemasangan auto reply customer yang komen PM tu. Dah terlalu banyak proses pulak sebelum customer nak beli. Boleh tanya 10 orang bakal pelanggan kita, mostly mereka prefer beli direct mcm lazada n shopee tu, instead of kena komen, tunggu team whatsapp.

Conversion

PE boleh bagi result conversion rate berbeza berbanding conversion rate guna conversion ads yang objektif dia pun nak purchase conversion. Guna PE mostly conversion drop, kalau 10 komen PM, mungkin yang masuk 5-7 leads ke whatsapp. Sebab terlalu banyak action yang bakal customer kena buat lepas berminat lepas baca iklan. Buatkan customer rasa ‘leceh’.

Right Objective

Pilih kempen betul, akan dapat result yang efektif:
– nak enggage banyak guna PE.
– nak ada traffik ke website guna Traffic.
– nak sales or purchase guna conversion.
Bila guna objektif yang tak match dengan outcome yang kita nak capai, jadi data dibaca semestinya tidak tepat, dan lebih merumitkan.

Right Placement

Sekarang Facebook dah siapkan hampil 20 placement. Dulu PE, kita guna manual placement, dimana kita pilih satu jerr iaitu mobile newsfeed. Sekarang, if kita guna objektif traffic misalnya, or messenger, or conversion. Kita boleh set ‘auto placement’ dimana kita tak pening pening nak cari most effective placement nanti. Algorithm Facebook akan bawa iklan kita dimana customer berpotensi.

Dia boleh auto keluar di newsfeed, instagram feed, messenger, instant article, insta story, facebook story, dan banyak lagi. Lagi lagi kita guna ads jenis video, lagi banyak placement dia boleh pergi. So kita tidak lagi bersaing di mobile newsfeed semata. Guna PE, tak banyak placement boleh letak, dan tak banyak tempat yang user boleh klik link pada CW jika kita letak link.

For the conclusion, 2013, 2014, 2015, 2016, adalah syurga bagi online marketer, dimana run ads PE, spend minima RM10 daily, boleh dapat lebih 10 leads sehari. Dan conversion rate dari 10 leads tu boleh tahan.. ada yang boleh capai lebih 50% closing rate. Kos per sales masa tu boleh capai, around RM2-RM10 jerr..But, in the millenial era, the behaviour of the customer always change, the advertising campaign and flow of conversion also changed!

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Bagaimana Peniaga Berfikir
Tips Menarik

Bagaimana peniaga berfikir?

Kebanyakan peniaga sebelum tidur tak dapat lari dari berfikir. Macam mana nak lariskan hasil jualan? Macam mana nak tambah customer? Bagaimana cara fikir yang salah? Berfikir tu ada masa betul

website

7 cara lajukan website wordpress

Usaha lajukan website ni penting. Ini bertujuan untuk elakkan pelanggan bosan menunggu lama. Ini disebabkan tempoh loading website yang lambat. Bila website perlahan, bounce rate akan tinggi. Bounce ni bermaksud

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top