Dari dulu lagi saya sentiasa ingatkan team untuk update konten di semua platform. Masih belum terlambat sebab konten ini sentiasa akan ada audience dia tersendiri tak kisah dalam bentuk apa sekali pun. Walaupun kita memang run paid ads, konten ni jangan dilupakan. Apa baiknya konten ni? ia adalah marketing yang bersifat long term dimana aktiviti marketing ini tetap berjalan secara organik. Dan ia juga boleh menjadi satu sumber trafik yang sangat berpotensi dan paling penting percuma.

Strategi Konten? tipsnya adalah konsisten. Strategi konten ini adalah fasa kita educate bakal pelanggan kita. Nak educate ni bukan 1-2 hari, nak bina rapport daro 10 ke 100k follower. Nak bina beribu-ribu organik trafik masuk baca artikel dalam website ni, bukan sekejap. Semestinya ambil masa. Namun, dengan konten ini juga boleh tingkatkan kreadibiliti dan kepercayaan bakal pelanggan. Ada pembaca yang mencari penyelesaiaan masalah dari pelbagai chanel seperti Google. Antara channel yang kita boleh capai melalui konten ini termasuk:

  • Google Search: orang search masalah, orang search solusi, orang search tips, cara-cara, petua, dari ini orang akan jumpa artikel website kita.
  • Facebook Shares: ini adalah konten bersifat pull, orang baca, orang engage, & orang share. Kemudian, hasil dari pembaca, follower yang baca artikel kemudian share, akan reach kepada lebih ramai lagi.
  • Tiktok Video: hasil dari video konten yang kita buat, orang suka dan spend masa paling lama lihat video kita, algorithm akan papar ke lebih ramai penonton. Dalam masa yang sama, peningkatan follower, profil visit, klik link. Seterusnya boleh konvert ke pelanggan.

Jadi bagaimana nak capai semua ni?

  • Website: Perbanyakkan publish artikel secara konsisten, sehari 2-3. Sebulan dah 60, setahun dan 600. Dan setkan keyword SEO yang tepat untuk memudahkan pencarian. Bayangkan dalam website kita penuh dengan konten, fokus dengan spesifik niche kita bagi informasi, educate pada bakal pelanggan kita. Proses conversion pun boleh berlaku walaupun organik. Funnel mudah:
    a. Konten – Website artikel
    b. Paid Ads Konten – Website Artikel – Sales page
    c. Retarget konten – Sales page
    d. Retarget sales page – Follow up sales page
  • Facebook: Berkongsi tentang niche kita, kongsikan pengalaman, penulisan dalam bentuk story. Orang lebih suka baca pengalaman orang lain, boleh juga jika nak tulis dalam bentuk educate macam penulisan yang anda baca sekarang ni.
  • Tiktok: Buat video pendek, permulaan memang macam tak biasa nak gunakan features Tiktok nak buat video. Percayalah, kalau kita dah hari hari menghadap, inshaAllah kita akan selesa dengan konten short video. Lagu background, Konten itu sendiri mainkan peranan penting

Bahan-bahan konten lain yang boleh digunakan: video konten, web artikel, page artikel, image infographic, video demonstration, video teaser, survey.

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

[fluentform_modal form_id="10" btn_text="Daftar Sekarang" css_class="Ubai" bg_color="purple"]

Pertanyaan & Pendapat sila komen dibawah