Cara Setup Conversion Ads

conversion ads

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Ads ni direct ke Ecommerce, Guna Conversion Ads yang banyak pilihan produk. Tak pakai Sales page, Tak ada COD (semua pakai cash online banking), Tak fokus 1 produk (direct ke group of product). Yang penting

  • Video or gambar mesti power
  • Harga ikut citarasa pelanggan, boleh add to cart sebanyak mana nak, dari murah ke mahal
  • Website laju guna platform ecommerce yang dah ada, bayar bulanan je
  • Copywriting pendek je, ada emoji dekat part Features, Advantage, Benefits (FAB)
  • CTA jelas, beli terus kat website

Strategi Conversion Ads

Dalam Facebook Ads Campaign boleh terus guna Conversion Ads. Kali ni 2 kempen je run. Sebab sebelum ni iklan memang dah aktif ke website. Memang dah ada traffic. Jadi boleh proceed conversion dengan menggunakan CA & LA yang ada.

  1. Conversion Ads ATC , guna audience broad, beberapa adset yang berlainan targeting iaitu:
  • Boleh guna Detailed Targeting divide by.
    – Brand, Public figure, General Interest, & Behaviour
  • Lookalike 1% Enggage Insta
  • Lookalike 1% Enggage Page
  • Lookalike 2% ATC
  • Lookalike 1% Traffic
  • LA VV 50%

2. Conversion Ads Purchase, guna specific Audience, iaitu guna Custom Audiens & Lookalike. Takde detailed targeting dalam adset ni..Nak letak? Terpulang, refer pada purchase di iklan conversion ATC diatas, if user banyak beli di salah satu adset yang gunakan detailed targeting tersebut, boleh je nak test dengan objektif conversion pula. Yang pasti conversion ads purchase akan drive iklan untuk dapatkan purchase

3. Audiens disini kebanyakkan pakai custom audiens, cuma untuk part CA ni pula, custom audiens boleh gabung beberapa dalam 1 adset. Namun dalam past days yang sama. Best 7-14 days.

  • Adset 1 – CA Traffic, CA Enggage, CA ATC, CA VV 75%, CA Enggage IG, CA Initiate Checkout.. All 7 days.. Exclude Purchase..
  • Adset 2 – LA 1% ATC, Exclude CA ATC & Exclue Purchase.*Reason Exclude CA ATC sbb Adset 1 je fokus utk retargeting past 7 days, manakala adset 2 kita nak target LA shj
  • Adset 3 – LA 1% Purchase, Exclude CA Purchase..
  • Adset 4 – Sambung la sendiri, part mana yang dirasakan CA tu mmg targeted apatah lagi melibatkan user conversion sebagai contoh:..
    – ATC – Add to Cart
    – IC – Initiate Checkout
    – Purchase
    – Website Payment Info Adds
  • Boleh buat variation test LA 1% LA 2% or dll..

4. Creative part boleh guna video simple simple je, iaitu. Video slide dalam 5-6 saat untuk ads 1. Image produk terus untuk ads 2. Test juga dengan variation lain iaitu carousell, collection, dll. *Sekurang-kurangnya jika user nampak iklan retargeting berulang dia akan bertukar samada video atau gambar.. jadi iklan tak bosan, ada variation dia.

5. Optimize cost per leads ringgit ringgit kepada cost per purchase ringgit ringgit. Mana lebih baik?.Terpulang pada hak masing masing. Manager/Owner yang yang boleh buat keputusan nak adopt atau tak. Cuma nak bagitau, Dah ramai tengok, usahawan dah ada website E-commerce sendiri, tapi sayang tak utilize. Bila cek traffic, traffic tak ada. Kedai ada, orang tak ada masuk. Tapi aktif run ads..

Jika dah ada website, boleh cuba untuk gunakan sebahagian budget, buatlah RND test dengan E-commerce.. Sehingga dapat result….Dalam masa yang sama buat jualan melalui team jualan.. Kita dapat improve ROAS company dengan adanya jualan menggunakan E-commerce..

Manakala sebab lain, ramai pelanggan, pengguna sekarang dah biasa buat pembelian menggunakan E-commerce jika nak dibandingkan 5-10 tahun lalu.. Jadi, inilah peluang Manager/Owner untuk utilize gunakan peluang yang ada….Jadi, ia tak lah sesukar, jika bakal pelanggan kita dah biasa dan mudah bila nak buat pembelian..

6. KPI Cost per leads vs kos per purchaseSeperti yang kita tahu biasa kalau kita set KPI cost per leads RM5, kalau dapat 100 leads, close sales 30 bermaksud, 30% closing rate.. Dimana 30% closing rate ini akan membawa kos per purchase RM15 – 20 untuk jualan 1 produk.

Jika kita gunakan conversion ads, Facebook akan optimize betul kos per jualan, dimana kita boleh dapat lebih rendah.

Credit to – Ubaidullah Jaafar

conversion ads
close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

How To Get Much Website Traffic Using Facebook Ads 1360x700 01
Teknik Pemasaran

Strategi Iklan Untuk Website Baru

Web fresh, tak pernah run ads, tak ada apa-apa custom audiens nak pakai. Jadi tak payah pening nak create Custom Audiences or Lookalike. Abaikan ya. Tiada audiens population masa ni.

3 Tips Penting Untuk Mereka Yang Nak Buat Online Bisnes

Bagi yang baru ingin mencuba tentunya pilihan utama adalah untuk mencari bisnes sambilan tanpa kos ataupun bisnes dengan modal yang paling minima. Saya kongsikan di sini sedikit tips sebelum anda memulakan kerjaya sambilan anda sebagai online

design grafik

7 Perbezaan Antara Photoshop dan Illustrator

Masih pening nak pilih software editing yang tepat? Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator. Kedua-dua software ini mempunyai tools dan command yang hampir sama, namun interface dan kegunaan bagi setiap tools

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top