Tips Pilih Audience Yang Terbaik & 2 Konsep Bank Audience

target audience yang terbaik

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Macam mana ya nak pilih audience yang terbaik? Yang bagus dan sesuai nak dijadikan sebagai Bank Audience? Audience ni satu kelompok dimana kita nak target iklan samada untuk awareness, mahupun menjual. Bagus kalau kita sangkut run ads yang kita target guna detailed targeting. Dari situ kita boleh exclude yang sedia ada dan cari atau tukar target lain. Tapi kali ni tak nak jelaskan pasal detailed targeting ya. Cuma akan jelaskan pasal audience ni je.. iaitu:

  • CA – Custom Audiences
  • LA – Lookalike Audiences (Similar Audience kepada CA)

Apa Itu CA & LA?

audience yang terbaik
Custom Audience, Sumber: Dataethic

Custom Audience (CA) adalah kelompok/kumpulan prospek yang telah kita pilih dari kategori-kategori tertentu seperti:

  • CA Traffic (Dari website)
  • CA Page (Khas untuk yang dah enggage)
  • CA Video (Yang dah lihat video kita)
  • Cutomer List (Senarai database pelanggan & prospek kita)
  • Dan banyak lagi..

Jika tiada website, Sila manfaatkan 3 CA utama iaitu, Video, Page Enggage, dan customer list. Lookalike Audience (LA) ni hanya boleh create selepas kita dah ada data dari CA. LA ni ialah kumpulan prospek yang lebih targeted yang mempunyai minat, sifat atau kecenderungan yang hampir sama dengan prospek yang convert di CA. Jika objektif kita untuk jualan, prospek dari LA ni lebih mudah respon dan convert.

Nak Bina Custom Audiens Yang Terbaik ?

Kita boleh bina CA guna Video Views, Video views ni best sikit sebab kita boleh tapis ikut berapa lama audience luangkan masa untuk lihat video kita.
50% from total duration
75% from total duration
95% maximum of duration
More percentage, more targeted. Munasabahnya? Kalau lihat video terus skip, bermaksud mereka bukanlah audience yang kita nak target, sebab mereka tak lihat video kita pun, terus skip. okay fine, mereka tak berminat!
Kita nak focus orang yang lebih ‘time spending’ kepada video kita. dan jika mereka lihat video lebih, mereka ada munasabah mereka adalah potential audiens.

Untuk Apa Nak Buat CA ya?

Tujuan nya adalah satu, iaitu nak bina Audience LA. Dimana audiens LA ni dia lebih targeted dan kurang overlapped berbanding kita guna detailed targeting.
Ingat ya, sekali kita gunakan setting CA & LA Audiens.. Kita Kosongkan dibahagian Detailed targeting. Melainkan kita memang nak focus pada audiens tertentu untuk LA.

Bagaimana Nak Set CA?

Apa yang nak set untuk dapatkan audience yang terbaik bagi CA? Bila kita nak bina CA, kita kena set bilangan hari. Hari tu kita boleh set maksimum 365 days, kecuali CA Traffic hanya maksimum 180 days shj.
Manakala, customer list tiada pilihan untuk set berapa hari kita nak. Sebab Customer list bukan kategori dynamic audiences dimana ia akan sentiasa update selagi ada audience baru yang masuk. Antaranya audience yang selalu update bila:

  • lihat video
  • enggage (like, komen, share)
  • masuk ke website
audience yang terbaik
Sumber: ubaidullahjaafar

Namun untuk bilangan hari itu, consider past audience ya, jadi kita boleh pilih past 30 days, past 90 days, past 180 days, dan past 365 days. More past days more audiences, but outdated. Less past days, less audiences, but latest..
Bergantung pada bila kita publish video, konten, dan sebagainya. Takkan baru publish video 7 hari, nak populate CA 365 days yang lepas kan? Melainkan video tu memang kita nak konsisten run ads biarkan sampai setahun. dan selagi ada orang lihat video kita, selagi tu akan populate CA yang kita dah bina tu. Saya prefer, Maksimum utk dapatkan audience yang terbaik saya prefer past 90 days.

Nak Bina Lookalike Audiens Yang Terbaik ?

Manakala untuk LA pula tak banyak step yang kita perlu setup. Hanya set berapa percent kita nak, serta lokasi Malaysia. Maksimum 10%, minima 1%. More precentage less similar, less percentage, more similar, more targeted. Sebab tu aku suka pecahkan:

audience yang terbaik
Lookalike Audience. Sumber: Google Image
  • 1% – Targeted, Audiens LA ni aku guna untuk iklan buat sales je..
  • 2% – Pun targeted juga, audiens lebih besar, 2x ganda dari audiens LA 1% atas ni, so boleh juga guna untuk iklan buat sales.
  • 3% – 5%- Ni aku guna untuk iklan konten, sekurang kurangnya walaupun less targeted, kita masih boleh repopulate lepas mereka baca & lihat konten kita.

*Boleh split test within the percentage of LA, baru tahu mana more converted, atau tidak. Kalau iklan ke website ni, pantau la kos per purchased, ROAS, dll. Kalau iklan nak kumpul leads ke messenger, lihat mana kos per leads lebih rendah, dan kos per conversion. 10 masuk leads, berapa close sales?

Konsep Setup Iklan

Tapi sebelum tu aku nak share.. Iklan konsep ada dua kategori..

  1. Iklan Konten – create awareness, create more enggage, populate Custom Audiences CA, then populate Lookalie Audience LA. Guna video, artikel website, mahupun post.
  2. Iklan Menjual – nak dapat sales, tapi nak guna targeting CA & LA dari iklan konten diatas ni. Kebanyakkan aku guna LA shj. Tak guna detailed targeting. CA aku buat retargeting follow up untuk event promosi shj.

Konsep Audience

Strager –> prospect –> customer
Cold –> Warm –> Hot

Stranger –> konten –> CA —> LA

CA – warm market
CA purchased – hot market

Manakala LA, Sebahagian LA akan diguna untuk target audiens iklan konten.. Sebahagian untuk target buat sales..

LA 1% – Similar Warm prospect
LA 4% keatas – Similar cold Audiences

All CA – Adalah Warm Prospect, good for retargeting campaign

Semua ni kena exclude dengan CA purchased Audiences 180 days. Namun, jangan dilupa CA Purchased Audiens ini category HOT audiences. Sebab mereka dah beli.
Apa nak buat? Populate Lookalike Audiences laaa.. Dia ultra targeted kot. Dah populate audiens purchased 180 days tu, create sekali audiea LA 1%, LA 2%, LA3%, LA4%, dan test iklan jualan ke semua audiens LA tadi.

Kita lihat performance LA dari hot audiences ni, macam mana pergi dia.. Ada facebook recommend nak LA siap dengan LTV (Life Time Value) terpulang pada anda. Bagi saya, saya buat dua dua, sebab nak test mana lebih okay.

By technically, LTV should be lebih okay sebab, LTV akan pertimbangkan juga kekerapan, dan berapa jumlah belian yang dibuat oleh seorang pelanggan. Lagi lagi pelanggan yang banyak repeat order & beli banyak produk, atau beli berkali kali, nilai LTV lebih tinggi.

Konsep Bank Audience – untuk iklan menjual

  1. LA 1% CA Enggage ALL Page 90 days
    Lookalike 1% – Custom Audiens People who enggage with your page. Bermaksud, Similar Audiens 1% kepada Orang yang dah enggage dengan page kita samada: pernah mesej kita / pernah enggage (like, komen, share, klik) / save page kita
  2. LA 1% CA Video Views 75% 90 days
    Bermaksud, kita buat lookalike untuk audiens yang dah spend masa 75% lihat video kita Video ni samada:
    a. Video konten 100%, tiada menjual, sharing knowledge je
    b. Video story telling, kaedah jual produk dengan penceritaan pihak ketiga
    c. Video koten 80%, perkenalkan produk 20%.. lebihkan konten, tapi ada cerita produk sikit je
    d. Video hardsell terus 100, video audiens populated dari iklan menjual yang gunakan video.
    Berdasarkan pengalaman, video jenis b, c, d kalau kita populate audiens LA untuk iklan menjual, dan CA untuk retargeting lebih banyak convert berbanding video jenis a.
  3. LA 1% CA Traffic All 90 days
    Ni yang dah visit ke website kita, kita nak populate ke Lookalie audiens
  4. LA 1- 2% CA Purchased 180 days
    Lookalike ni targeted sangat kalau guna untuk iklan menjual.
  5. LA 1% CA Enggage 365 days
    Dalam ni boleh pilih kalau nak spesific message je, enggage je, or dll. Buka besar sikit harinya boleh maksimum 365 days. Tapi saya recommend 180 days.
    1% tu boleh buat 2% atau 3% compare the result.

Konsep Bank Audience – untuk iklan Awareness

Jika nak run ads untuk awareness. Lebih kurang macam audiens kat atas.. cuma ubah 3%, 4%, 5% dan keatas. Contoh:
LA 4% CA Video vies XXX 180 days..

So 4% ni audiens nya broad, jadi cuba guna untuk tarik ke iklan awareness.. biasa saya iklan awareness ni saya guna samada: Video atau Artikel website. Dari sini lah saya dapat populate CA & LA..

Kesimpulannya?

Bagi nak dapatkan kelompok audience yang terbaik dan tepat dengan sasaran bisnes kita, Mesti kena test dulu baru tahu data data bacaannya. Jangan ikut bulat bulat tanpa kita test dengan bajet sederhana dulu. Kemudian dah nampak result, barulah grow perlahan lahan bajet, yang penting KPI conversion meet dengan apa yang kita dah spend untuk ads. tak capai KPI, sila test semula dengan cara lain pula.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

video instagram

3 Teknik Membuat Video Instagram

Bercakap tentang Instagram, sekarang, ini bukan sekadar mengandungi gambar sahaja. Sama seperti media sosial yang lain, Instagram sebagai platform yang paling popular juga berjaya meningkatkan dan membuktikan persaingan untuk kandungan

website

7 cara lajukan website wordpress

Usaha lajukan website ni penting. Ini bertujuan untuk elakkan pelanggan bosan menunggu lama. Ini disebabkan tempoh loading website yang lambat. Bila website perlahan, bounce rate akan tinggi. Bounce ni bermaksud

website ecommerce - lernify
Tips Menarik

9 Perkara Penting Untuk Website Ecommerce Yang Bagus

Nak buat website ecommerce? Ada banyak platform, ada yang berbayar, ada percuma dgn fungsi terhad, ada yang free terus.. tapi kena pasang kat hosting sendiri.. Boleh survey, ..bigcartel..shopify..easystore..bigcommerce..shoppegram Cuma, Shopeegram

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top