Follower TikTok Kurang? Content Tidak Mendapat Sambutan? Cuba Ni!

Antara aplikasi yang menarik digunakan pada masa kini adalah TikTok. TikTok mendapat perhatian ramai sejak dari hari pelancaran aplikasi tersebut. TikTok merupakan aplikasi satu aplikasi video pendek yang mempunyai feature music dan video yang membolehkan pengguna menggunakan msui sebagai suara latar dan lip-sync. TikTok juga menyediakan beberapa suara latar dan beberapa feature menaik yang boleh digunakan oleh pengguna untuk edit video untuk dikongsi dan disiarkan. TikTok juga kini menjadi tempat untuk orang muda pada masa kini untuk menunjuk dan mengembangkan bakat mereka sebagai seorang content-creator. Namun begitu, tidak semua pengguna mudah berkembang dengan adanya aplikasi ini. Ini kerana, video yang mendapat sambutan hanyalah beberapa video yang menarik serta admin akaun TikTok tersebut haruslah mempunyai follower aktif yang ramai dan jumlah likeshare yang banyak dari kalangan pengguna TikTok yang lain.

Terdapat banyak cara untuk menaikkan jumlah follower di TikTok. Disini, saya akan kongsikan 5 idea konten yang boleh menarik minat dan mengubah nya dari Audience kepada Follower yang aktif.

1. Konten Teka Teki

Credits : faiqfreestyle

Content teka-teki kini menjadi sanat trending dan kebanyakannya boleh dianggap mind-blowing. Secara tak salngsung anda boleh membuatkan audience anda berfikir untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Teka-teki yang diberikan pula haruslah tidak terlalu panjang dan boleh mengelirukan audience. Teka-teki yang panjang boleh membuatkan audience anda suakr untuk memahami apa yang anda sampaikan. Dengan adanya content teka-teki yang menarik seperti ini, secara tidak langsung anda dapat membuat satu engagement kepada audience anda serta dapat membuatkan ruangan komen content tersebut mendapat perhatian dan bilangan komen yang banyan dari audience content tersebut.

2. Konten Hiburan

Credits : bangman30

Content yang anda siarkan di akaun TikTok anda haruslah menjadi satu video yang lebih spontan dan santai. Tidak perlu terlalu serious ketika membuat satu content . Kebanyakan pengguna di Tiktok menjadikan platform tersebut sebagai satu platform untuk menghilangkan stress dan mencari hiburan. Tugas content creator TikTok pula berperanan untuk menjadi salah seorang yang mampu untuk menjadikan impian audience tersebut tercapai dengan jayanya. Antara contoh hiburan yang trending pada masa kini ialah video memes, video parodi dan video kelakar..

3. Konten Plot twist

Credits: keyandpelee

Content plot twist ini merupakan antara content yang mempunyai viewer yang ramai. Ini kerana, setiap viewer mempunyai sifat ingin tahu dan mereka sangat suak sekiranya apa yang mereka jangkakan selalu salah terutamanya ketika menonton filem. Antara contoh yang terbaik mempunyai unsur plot twist ialah Avengers: End Games.

4. Konten Kata-kata Positif

Credits: creatingwonders

Content kata-kata positif merupakan antara content yang sangat berguna pada masa kini. Kata-kata positif bukan sahaja boleh menaikkan semangat orang yang mendengar, malah ia juga dapat memberi kesan kepada diri sendiri. Namun begitu, pemilihan musik latar juga sangat penting supaya kata-kata lebih dihayati oleh pengguna TikTok yang lain. Oleh itu sekiranya anda merupakan salah seorang yang pandai untuk menaikkan semangat atau memberikan impak positif kepada orang lain, anda disyorkan untuk membuat content ini. Nasihat dan semangat sangat diperlukan oleh pengguna-pengguna diluar sana untuk menaikkan semangat. Dengan secara tidak langsung, kata-kata tersebut bukan sahaja dapat membantu masyarakat yang sudah ataupun hampir berputus asa, malah ia juga memberi impak yang positif kepada diri kita sendiri juga. Jadi, secara tanpa sedar, anda membuat content sambil membantu orang lain. Inshaa Allah, viewer suka, follower boleh jatuh cinta.

5. Konten Gaming

Credits : soloz___

Sekiranya anda merupakan salah seorang dari Gamers. Anda juga boleh menarik viewers di TikTok anda. Dengan ini, secara tidak langsung anda dapat menarik follower yang mempunyai minat yang sama dengan anda. Sekiranya anda tidak mahir dalam permainan yang anda minat, itu bukanlah satu alasan untuk anda tidak bermula. Ini kerana, kebanyakan follower TikTok bukan sahaja melihat cara dan skills anda dalam bermain game. Sikap pengguna itu juga sangat mempengaruhi viewers yang menonton content tersebut. Kebanyakan follower tidak menyukai sifat pengguna TIkTok yang cepat koyak dan kerap menyalahkan orang lain setiap kali kalah dalam sesuatu permainan. Tetapi, sifat kelakar dan cute kerap dijadikan bahan oleh pengguna TIkTok Gamers untuk menarik minat viewers content mereka. Jadi, sekiranya anda ingin memulakan content gaming, anda diminta untuk mengawal perasaan dan bersikap lebih cool can tenang. Sekiranya ada sifat dan personaliti yang kelakar, ini boleh dijadikan package yang sempurna bagi content gaming.

Kesimpulan

Kesimpulannya, sekiranya anda merupakan salah seorang yang ingin memulakan kehidupan anda sebagai seorang content creator di TikTok. Anda boleh menggunakan mana COntent yang dicadangkan di atas sebagai permulaan untuk anda. Namun sifat teguh dan mental yang kuat haruslah diterapkan kerana untuk menaiki tingkat 30, kita harulah mengharungi tingkat 1 terlebih dahulu. Dalam kejayaan, benda yang penting ialah perjalanan. Kerana kejayaan yang tidak ada perjalanan merupakan satu penipuan. Semoga setiap impian yang ingin dicapai, dapat dipenuhi dengan mudah. Aamiin!

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Pertanyaan & Pendapat sila komen dibawah

Scroll to Top