Sekarang ni ramai rakyat malaysia yang sudah memiliki akaun media sosial mereka sendiri. Antara media sosial yang paling popular sekarang adalah facebook. Apa kelebihan menggunakan Facebook untuk bisnes ye?
Kelebihan Menggunakan Facebook Untuk Bisnes

Ramai usahawan di luar sana yang sedang meningkat naik. Namun, adakalanya bisnes mereka akan mula jatuh. Dan mereka akan mula mencari cara untuk meningkatkan jualan produk mereka. Antara platform yang sering digunakan adalah Facebook, Instagram dan juga Whatsapp. Kenapa ye Facebook ni sangat sesuai digunakan untuk bisnes? Jom lihat 10 kelebihan menggunakan Facebook untuk bisnes.
1) FACEBOOK SANGAT POPULAR
- Pada masa kini facebook amatlah popular, ramai rakyat Malaysia yang mempunyai akaun facebook masing-masing. Ini memberikan kelebihan kepada bisnes yang menggunakan facebook kerana potensi untuk mendapatkan customer baru adalah sangat tinggi.
2) UPDATE STATUS
- Anda boleh menggunakan facebook untuk update status anda untuk membina profil perniagaan anda supaya anda dikenali ramai dan senang untuk menjual.
3) MEMPROMOSI BISNES
- Di facebook, anda dapat letak link bisnes anda disitu, pengguna yang datang ke facebook anda dapat terus pergi ke laman web rasmi bisnes anda jika mereka ingin tahu lebih lanjut.
4) BERKOMUNIKASI DENGAN PELANGGAN SECARA LANGSUNG
- Anda boleh menghantar mesej kepada mereka secara langsung dengan menggunakan facebook. Anda tidak perlu mengeluarkan belanja untuk berjumpa dengan mereka.
5) BOLEH DIAUTOMASIKAN
- Anda boleh menggabungkan facebook anda dengan chatbot untuk memudahkan kerja anda. Chatbot ni adala sebuah robot yang akan membalas pm atau mesej customer anda dengan pantas dan efisien.
6) PENGENALAN PRODUK
- Anda dapat terus berkomunikasi dengan pelanggan anda untuk menyampaikan maklumat tentang produk. Dengan menggunakan facebook anda dapat menyebarkan kepada orang ramai tanpa sebarang keraguan.
7) KURANG RISIKO
- Anda boleh buat bisnes anda di rumah atau dimana sahaja. Anda tidak perlu keluar untuk bertemu dengan pelanggan, dan ia dapat mengurangkan risiko kemalangan dan sebagainya.
8) BEBAS DARI LESEN PERNIAGAAN
- Membuat bisnes menggunakan facebook adalah percuma, tiada lessen yang diperlukan. Ia berbeza berbanding dengan bisnes secara nyata kerana ia perlu meminta lesen.
9) PERCUMA
- Menggunakan facebook untuk melakukan bisnes adalah percuma. Anda boleh melakukan bisnes anda terus di dalam facebook. Akan tetapi, sekiranya anda mengiklankan produk anda menggunakan Facebook Ads, anda akan di cas mengikut harga yang ditetapkan oleh pihak facebook. Jangan risau, anda boleh set berapa budget yang anda nak guna untuk iklan tu.
10) TIDAK PERLU ADANYA PEKERJA
- Anda tidak perlu memiliki pekerja untuk menguruskan urusniaga anda, anda sendiri boleh menggunakan facebook untuk menguruskannya serta chatbot yang akan membantu anda.
Banyak kan kelebihan facebook ni. Akan tetapi kita harus pandai memanfaatkannya dan tidak menggunakan facebook untuk perkara yang tidak elok.
Lihat juga artikel lain yang berkaitan:
https://lernify.com/facebook-marketing-tips-trick-1/
https://lernify.com/4-tips-untuk-cegah-akaun-facebook-ads-disapproved-flagged/