Buat iklan ni adalah satu proses. Ada yang jadi, ada yang tak jadi. Yang tak jadi kita perbaiki, yang jadi kita tambahbaik. Secara asas proses run ads ni boleh melalui 3 fasa utama.
Table of Contents
FIND TARGETED AUDIENCE
Split test audiens banyak banyak. Buat banyak adset dalam 1 kempen. Setiap adset dalam kempen tu berbeza audiens. Anda boleh test gunakan audiens:
– Detailed Targeting
– Custom Audiens (VV, Traffic, Enggage, Visit Insta, List)
– Lookalike audiens
Setiap Audiens ni pun boleh pecah pecah lagi kepada 2-3 adset baru untuk test yang mana yang paling perform. Baca data selepas 1-2 hari, untuk column purchase baca average past 7 days. Adset yang tak perform boleh off, tinggalkan yang perform shj.
FIND WINNING ADS CREATIVE & COPYWRITING
Split test Ads, tak perlu banyak banyak pun. 2 – 3 ads cukup, sama ada anda nak buat.
– Copywriting yang sama, berbeza video & gambar.
– Gambar yang sama, Copywriting berbeza.
– Ads format berbeza (Carousell, Collection, Single Image)
Maintain 2 – 3 ads shj. Bila duplicate adset nanti, dia akan auto duplicate kesemua 2-3 ads ini. Jadi ada tak perlu nak setting setiap kali duplicate adset. Nanti anda dapat lihat, video macam mana yang lebih perform, ayat iklan yang mana mana yang ada result yang okay.
FIND BEST RESULT
Nak baca result tu, bergantung pada objektif iklan anda buat. Kalau run conversion, lihat data cost per purchase, kalau run objektif mesej, lihat data kos per message. KPI kos per result ni anda dah tentukan sendiri bergantung kepada berapa kos ads per unit anda nak. Katakan Spend RM200, terjual 10 unit. Kos per purchase RM20. So berbaloi ke kos ads RM20 untuk setiap unit terjual? Atau, Spend RM200, terjual 20 unit, kos ads per unit RM10.
Berapa unit terjual yang anda nak jika anda Spend ads RMXXX ringgit. Anda kena set sendiri berapa target jualan anda terhadap apa yang anda dah spend. Jika produk dipakejkan, mungkin boleh banyak jimat kos ads disini. Setiap 1 customer boleh beli lebih dari unit produk.
1 Unit
2 Unit
3 Unit
Katakan, dengan spend RM200, anda dapat 10 orang yang beli 3 unit produk anda. Jadi, Spend RM200, terjual 30 unit. kos ads per unit dalam RM6.6++
Scale Adset
Last sekali, kalau dah baca data, nampak adset yang dah mula ada result tu apa yang boleh buat?
- Duplicate adset yang ada, kecilkan targeting dari yang ada.
- Jika anda guna 5 detailed targeting untuk 1 adset sebelum ini, dan adset itu perform, anda boleh pecah 1 adset kepada 1 detailed targeting tadi.
- Boleh juga pecah part negeri, ikut zon4. Boleh juga pecah range umur
- Boleh pecah fokus ikut placement.. (News feed, story, dll)
- Test Audiens CA.. Dengan tambah adset adset baru, yang menggunakan Custom Audiens & Lookalike.. Bukan tambah 1-2, tambah banyak terus, audiens LA yang berbeza.
Budget Optimization
Dah dapat iklan yang okay, yang tak okay dah off, yang okay maintain, kali ni boleh gunakan budget optimization. Budget ni akan allocated lebih pada adset yang perform. Adset yang tak perform dia akan auto minimize budget.
Reupdate Audiens
Ada je audiens yang dah run iklan, mesti akan tepu. Apa nak buat? Dah baca data last 7 days lepas, kita dah mula lihat result ke laut. Average cost per result menunjukkan peningkatan kos ads. Anda off je Adset tersebut, buat adset adset baru, gunakan audiens yang anda boleh dapat melalui custom audiens. Kemudian populate semula Lookalike. Cara lain, update creative baru, video baru, ayat iklan baru, gambar baru. Sebelum anda boleh dapat semula custom audiens selepas anda run dalam beberapa tempoh masa.
Iklan
Perlu ke buat kempen baru? Kalau nak run iklan ikut objektif dan destination yang sama, tak perlu pun buat kempen baru. Just update ads, dan Ad set shj.
FUNNEL IKLAN? Iklan Seeding & Konten. Gunakan video video konten, video yang tak hardsell disini. Run ads sebab nak banyak traffic, nak banyak video views, nak banyak enggage. Sebab apa? Kita boleh populate audiens nanti.
1. Iklan Menjual
Gunakan video iklan feedback pengguna, iklan promosi produk, serta ayat iklan yang direct menjual terus. Audiens boleh gunakan Audiens yang anda dah populate di Iklan Seeding tadi, samada CA & Lookalike. Nak guna Detailed targeting pun tiada masalah, cuma anda kena split test dulu, cari winning targeting dulu dengan budget minima RM10-RM20 per adset dulu.
2. Iklan Follow Up
Gunakan video iklan, ayat iklan lebih kepada promosi, grab promosi. Sebab audiens dah lihat iklan sebelum ini. Audiens tertumpu yang pernah pergi ke sales page website, ke produk page, mahupun pernah mesej kita. Tiada menggunakan detailed targeting disini. Spend budget mesti lihat kepada berapa saiz audiens kita. Agar tak overbudget, small audiences. Gunakan fungsi Exclude Purchase untuk asingkan iklan pada mereka yang dah beli.
Bajet
Baru spend RM10, dah off iklan. Jangan! Baca data dulu, kenali proses pelanggan sebelum membeli dengan anda. Proses basic AIDA – Awareness, Interest, Desire, Action
- Awareness – Wajib buat iklan nak orang nampak produk kita. Sebab tu kena run video konten, video seeding produk. Agar, user tak boleh tiba tiba minat nak beli, kalau kita tiada awareness dahulu
- Interest – Mereka dah start lihat iklan, lihat video, maybe sesetengan mereka mula berminat. Orang yang minat ni la yang kita nak target buat iklan menjual
- Desire – Dah mula ada behavior purchase, dah mula whatsapp, or mesej kita, dah start tanya.. Orang yang dah start tanya ni 80% senang close.. hihi
- Action – Okay dah beli.. Mereka dah berjaya jadi customer anda.
So seperti diatas ini, panjang laluan tu. A > I > D > A. Jadi, kalau kita stop Iklan sebab tak de sales. Itu belum lagi sampai tahap anda bersedia nak run iklan.
Kena pandai baca data penting.
Data 1 – Konten apa KPI kita nak.
Data 2 – Sales, apa KPI data kita nak, berapa kos customer acquisition yang kita target
Ada yang kena kira manual, ada yang boleh baca data terus kat ads manager. Yang gunakan strategi team sales, boleh kira manual. Spend berapa? Total customer? Total unit sold?
Cost per customer = Spend / Customer
Cost per unit sold = Spend / Total unit sold
Return = Total sales / spend
Berapa lama anda baca data iklan sampai nak stop baru spend RM10? Sebaiknya run iklan, tunggu after 1-2 hari sebelum kita decide untuk stop iklan. Manakala iklan yang dah berjalan lama ni, kita baca data 7 days – 14 days. Sebab dapat data average. Baca terus kos per result kat ads manager. Kalau kita bukan run ads jenis conversion, yang nak dapat leads ke team whatsapp. Kena kira manual.
P/s: Nah saya payung kat bawah ni, iklan menjadi, dan iklan tak menjadi.. Yang tak menjadi tu saya dah mark warna hijau, saya dah off.