Teknik Conversion Ads dari Audiens Lookalike ATC

Saya ingin kongsikan sedikit teknik conversion ads yang saya lakukan bagi niche fesyen dengan Campaign Budget Optimization (CBO) RM100 sehari. Audiens yang saya gunakan ialah Lookalike (LA). Boleh bandingkan hasil guna LA vs ROAS

Ketahui Cara Setup Conversion Ads disini

Teknik Conversion Ads Add-to-cart (ATC)

Bahagian Adset

Cuba lakukan split test bagi setiap kempen iaitu untuk ATC ( ads behavior untuk pengguna ATC) dan Purchase ( ads behavior untuk yang dah buat pembelian. Biasa saya pakai ATC jika sasaran audiens Cold atau Broad. Untuk sasaran semula (retargeting) baru saya pakai Purchase.

Setting adset semua saya guna LA, kecualikan Purchase:

Teknik Conversion Ads dari Audiens Lookalike ATC
  • Adset 1 – Lookalike Video Views 3 Saat (LAVV)
  • Adset 2 – Lookalike 1% dan 2% Engage Instagram
  • Adset 3 – Lookalike Engage Any Ads & Post Page
  • Adset 4 – Lookalike 1% Purchase 90 Days
  • Adset 5 – Lookalike 1% Add-to-cart (ATC)
  • Adset n – Tambah lagi dengan LA lain untuk split test
    Exclude CA Purchase 180 days

Placement – saya setkan automatik sahaja, boleh sahaja nak pilih manual dengan fokus kepada Mobile Newsfeed dan Instagram Feed ( connect sekali dengan instagram).

Language – Pilih English (UK) dan Malay, kalau nak filter taknak iklan tersalah pergi ke bahasa yang tak sepatutnya.

Bahagian Ad

Ads Format – saya gunakan single video. Boleh guna Video Review Pengguna, close-up, pakai masa rakaman dan bagi review sekali. Durasi video 1 minit kebawah dengan ration 1:1 (Square) sebab untuk paparan telefon.

Copywriting – saya buat CW direct, guna point, hardsell terus letak harga asal dan harga promosi. Untuk Headline gunakan huruf besar dan highlight offer, contoh:
“PROMO XXX DAPAT YYY, FREE ZZZ, POSTAGE FREE,DLL”

Baris kedua, sambung pakai point emoji + Unique Selling Point (5 baris sahaja), contoh:
Membantu utk XXX,
hanya YYY jerr boleh ZZZZ
Free XXX bernilai RMYYY
Postage Free

Baris akhir letak arahan selepas baca ayat iklan (CTA), contoh:
Klik button untuk beli terus, dapatkan offer YYY, free item XX ni limited edition tau..

Ads Format 2 – boleh pelbagaikan jenis ads format lain seperti Single Image, Collection atau Carousel. Dan guna copywriting berbeza. Ini jika nak split test antara ads format.

Website – linkkan button direct ke website, letakkan link ke single product atau link Sale page. Untuk sale page, pastikan masa klik button kat pricing table tu, terus redirect ke checkout untuk memudahkan pengguna tak perlu klik banyak kali untuk beli.

Pixel – pasangkan siap-siap pixel advance tracking gunakan platform Ecommerce. Jika anda guna WordPress, guna plugin Facebook for Woocommerce. Jika guna Shopify, paste sahaja ID Ads Account.

Untuk Formula penetapan budget CBO boleh refer post ni.

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment