
Refer gambar diatas, dengan 1 Kempen, kita boleh dapat ROAS Average 4.72. Spend dalam RM16.14K, dapat Revenue dalam RM76.2K. Nak tahu cara tingkatkan jualan seperti ini? Strategi ini saya telah test dan amalkan dalam bisnes saya sendiri. Harap perkongsian ini dapat memberi idea dan membantu tingkatkan jualan bisnes tuan/puan.
Table of Contents
Cara Tingkatkan Jualan Dengan 4 Sales Channel
Kebanyakan kita menggunakan team sales untuk dapatkan jualan, Untuk tingkatkan lagi jualan kita boleh cuba luaskan channel. Sumber kita tak tertumpu pada satu sahaja, jadi bila satu channel tak berkesan kita masih ada backup dari channel yang lain. Apa channel yang boleh dipraktikkan?

Strategi Team Sales
Strategi team jualan, mereka hanya terima leads, iaitu senarai pelanggan yang berminat, yang tinggalkan nombor telefon. Kemudian team yang berminat akan buat panggilan, whatsapp, atau appointment. Biasa KPI per leads adalah RM5 – RM10. Lebih dari itu, ads boleh stop. Namun bergantung pada niche produk, dan berapa margin kita dapat. Kos ads 10-20% dari target jualan.
Strategi Ecommerce
Manakala Strategi Ecommerce, kita jalankan jualan menggunakan website. Kita tarik traffic masuk dalam website dengan video & artikel (Konten, Softsell, Hardsell, Storytell) –> Kita filter user yang berminat –> Kita offer dengan produk –> Kita follow up mereka dengan retargeting –> Mereka boleh buat pembelian terus di website.
Strategi Chatbot
Strategi Chatbot pula, ia lebih kepada mesej. Objektif yang selalu digunakan adalah messenger ads. Namun, dengan chatbot, kita tidak lagi reply mesej secara manual. Kerana skrip tertentu kita dah set kan siap siap. User baca info, kemudian klik button next, untuk info seterusnya. Disini mereka boleh tinggalkan maklumat seperti no telefon apabila kita dah set untuk mereka tinggalkan no telefon. Disini saya bahagian kepada dua bahagian.
- Auto – follow up user akan dibawa terus untuk buat pembelian di website
- Manual – Jika ada pertanyaan tertentu, boleh dibawa ke team jualan
Namun, mengikut produk niche, ada juga yang dari part info sehingga pembayaran menggunakan chatbot. Untuk yang baru nak mula, boleh cuba dan kena test performance dari segi rate jualan bila 100% menggunakan chatbot.
- Berapa mesej masuk
- Berapa klik sehingga part pembayaran
- Berapa beli
- Dari follow up berapa beli
Ingat, kita punya produk, kita sahaja yang tahu flow jualan lebih baik dari arah mana, dan caranya macam mana. Jangan follow kata orang 100%. Sebab kita kena test dulu, dan sesuaikan ikut niche produk & target market kita. Tak semua produk boleh automate 100% pakai chatbot. Misalnya, produk untuk hartanah, strategi chatbot untuk kumpul leads, iaitu senarai pelanggan berminat beserta no telefon. kemudian team jualan akan call untuk survey kelayakan pinjaman, seterusnya aturkan untuk site visit.
Manakala, produk orang tua, mereka tak biasa untuk online banking, mereka prefer call atau pun whatsapp. Cara ecommerce dan chatbot kurang berkesan. Namun, yang penting,anda kena test channel jualan mana sesuai ikut preference produk anda.
Strategi Telegram Channel
Telegram channel, anda nak kumpul audiens anda, audiens ini bakal membeli produk anda. Cuma anda tak tahu nak kumpul kat tempat tempat advance, seperti di email marketing, sms marketing, dll.. Bermulalah dengan telegram channel, sebab nak setup dia pun mudah. Nak broadcast pun tiada masalah.
Cuma yang penting, anda perlu kumpul audiens anda sebanyak yang mungkin. Nak kumpul audiens ini bukan semata tarik traffic ke telegram channel semata. Ia perlukan fasa dan konten yang tersusun agar, pelanggan kita rasa ada nilai, ada value, kenapa mereka perlu join telegram channel tersebut. Kalau ikut susunan konten, susun ikut 80% konten, promosi menjual 20% shj. Dalam telegram channel, anda boleh buat macam ni.

Cara Tingkatkan Jualan Dengan Kempen iklan
Tak fokus untuk 1 – 2 kempen sahaja. Berbeza kempen dengan objektif yang berbeza, mahupun fasa jualan yang berbeza. Secara asasnya anda boleh cuba guna objektif berbeza jika anda nak pelbagaikan channel diatas. Antaranya:
Objektif Trafik
Nak tarik traffic ke website, nak baca artikel, nak pergi ke web jualan, atau ke single page product. Sesuai kalau gunakan video. Nak dapat jualan dari E-commerce, kena lah tarik traffic dulu. Kalau Tak ada traffic, tiada lah audiens kita dapat bina, maka tiada juga jualan. Saya jalankan kempen jenis objektif untuk traffic seperti dibawah ini:
- Traffic Konten – Tarik traffic baca artikel,
- Traffic Leads – Tarik traffic ke landing page > redirect to sales page + Leads Email Marketing, telegram channel, dll
- Traffic Sales – Tarik traffic ke sales page untuk seeding produk, populate high quality Custom Audiens, Lookalike, dll..
Objektif traffic ni, saya tak target KPI sales disini. sebab objektif saya mudah bila jalankan kempen jenis traffic ni:
- Nak dapat leads ke landing page, nanti nak buat offer sales, boleh blast email & channel telegram disini
- Nak populate CA (Custom Audiens) & LA (Lookalike), nanti iklan jualan nak fokus kat sini, lebih targeted, rendah kos, tinggi ROAS.
- Nak tarik seberapa banyak traffic ke website, sebab? More traffic, more audiens, more pixel tracking captured, more traffic behaviour learned, more sales sales strategy can be launched.
KPI saya di traffic ni jelas, nak link click atau landing page view sahaja.. objektif purchase belum lagi disini.. sebab fokus nak traffic & audiens dulu sebelum menjual. Link click – untuk yang klik ke website. Landing page view – untuk yang atleast tunggu sampai website loading. dikira landing page view. Bagi saya, saya test dua-dua, mana yang boleh dapat kos Landing page view lebih rendah
Ada sesekali, saya pantau juga purchase.. Sebab ada je user yang baca konten, terus ke sales page, kemudian beli & bayar terus. Dalam column purchase, bila mana user nampak sponsored-ads dan terus bertindak buat pembelian, disitulah pixel akan capture sebagai purchase..
Jika user nampak sponsored Ads 1, kemudian nampak sponsored Ads 2.. baru mereka buat pembelian, dalam column purchase akan mark pada last ads yang mereka nampak iaitu sponsored ads 2.
Namun, jika saya lihat traffic ke konten tidak ada purchase pun, tiada masalah. sebab saya nak traffic, nak populate audiens disini.. Sebab dengan ada audiens yang banyak:
– Audiens traffic to website
– Audiens traffic to sales page
– Audiens traffic add to cart, initiate checkout, dll
Kita boleh gunakan audiens diatas ini untuk fasa iklan jualan seterusnya. KPI untuk lihat purchase adalah ads yang kita nak buat sales. contoh ads yang gunakan objektif conversion ads purchased, atau iklan jualan yang dapat leads (jika team sales)..
Objektif Leads
Iklan jualan yang nak dapat leads pula, saya guna messenger ads. Walaupun KPI nya kita nak jualan. namun kita hanya dapat baca berapa mesej dah masuk je dalam Ads Column. Jika nak data purchase dapat dibaca, anda kenalah combine dengan purchase pixel tracking sedikit di borang pembayaran. Boleh guna borang Pembayaran Onpay atau Ordersini. agar user yang beli tu dapat track as ‘purchased’ seterusnya kita dapat baca dalam data ads mana yang convert dalam ads manager.
Paling penting, iklan jualan ini meskipun objektifnya messenger, saya tak lihat kos per messege sebagai KPI nombor 1. Tak guna kalau kos per mesej sen sen, tapi ads tersebut tak menyumbang pada sales. Saya akan lihat dua dua: Kos per message dan Kos per conversion (purchased)
Manakala, specialnya, jika anda gunakan conversion ads. Anda memang fokus KPI untuk dapat jualan. Data yang diberi juga data data menjerumus ke jualan seperti.
- Add to Cart – user yang klik button nak beli produk
- Initiate checkout – user yang dah dibawa ke checkkout page
- Purchased – user yang dah beli
Semua proses ni memang ada dalam website ecommerce. Bila kita connect je website ecommerce kita dengan facebook, secara auto pixel akan terpasang, seterusnya apa apa aktiviti pembelian user, Facebook akan dapat track. Converion ads akan bagi data ikut apa kita nak. Kita boleh pilih masa kita nak perform conversion ads itu samada.
- Add to Cart (ATC) – kita nak ads yang optimize kepada user mostly ATC
- Purchase – kita nak ads yang deliver utk optimize dapat jualan
So, anda boleh pilih nak yang mana. Cadangan saya..
Warm Audience – Lookalike (LA) 3% dan keatas, Boleh Tarik untuk ke ATC
Hot Audience – Retargeting to Custom Audiens (CA) atau Lookalike 1% – 2% & CA Boleh tarik untuk optimize purchase
Namun, ia boleh test. 2018 saya run ads direct tanpa sistem ecommerce. saya guna sales page, borang pembayaran Onpay, dan artikel website je.. saya buat macam ni..
Cold Audiences – Tarik traffic untuk baca artikel & Populate CA
Warm Audience – Retargeting traffic yang baca artikel
Hot Audience – Follow up & Retargeting traffic yang dah ke sales page tapi belum buat pembelian.
Hasilnya..
Spend dalam 6.7K sales almost 40K.. ROAS agak tinggi boleh dapat almost 6 kali ganda. sebaiknya ROAS KPI yang anda kena set tidak kurang dari 3..contoh: Spend RM3K, jualan tidak kurang dari RM9K. Namun, ikut suatu niche produk ya..ROAS ni kalau main hartanah lain pula nilainya, ROAS rumah pula lain, ROAS pakej umrah pula lain. So sesuaikan ikut niche bisnes masing masing.. Jangan ikut kata saya buta-buta.
Cara Tingkatkan Jualan Dengan Perbanyakkan Adset / Split Test / AB Test
Nak banyakkan adset ni ada tujuan ya. Nak pelbagaikan adset ni elemen pentingnya, tak nak banyak kerja buat iklan berulang ulang semata nak tunggu iklan yang menjadi. Leceh cara ni.. Buang masa pun ya! Mana taknya, buat 1 iklan, nak tunggu result yang baik 2-3 hari. Andaikata iklan tidak seperti yang kita jangka, kos mahal, tak convert, dll. Dah iklan tu kita off.
Kemudian nak ulang step dari awal, buat iklan semula, tunggu lagi 2-3 hari, dah nak ambil berapa hari baru nak stabil? Lepas tu stress iklan tak jadi. sudahnya putus asa. Kita nak jualan yang taknak buang masa! Sebabtu kita perlu pecahkan adset, test pelbagai audiens, lakukan split testing. sama je term dengan AB Test.. iaitu kita nak test Adset A atau Adset B,C,D,E,…,n yang lebih okay..
Adset ni dalam struktur kempen ini lebih kepada:
- Audiences (Custom Audiens, Location, Age, Language, Detailed Targeting)
- Placement (Mobile/Desktop: Instagram, Newsfeed, story, messenger, instant article, video placement, dll)
- Budget (When you got charged, Bid cap, cost cap, Lowest cost, Daily budget, or lifetime budget)
Namun, tujuan kita nak buat split test ni adalah:
..Nak test custom audiens & LA (Lookalike) mana yang lebih perform
..Nak test Location mana yang okay
..Nak guna detailed targeting mana yang sesuai
..range umur
Cara Test Adset
Baca post saya mengenai Custom Audience (CA) dan Lookalike Audience (LA) disini. Nak test ni saya pilih salah satu shj dari diatas. Kalau nak test LA & CA, semua adset saya kategori (CA) & LA shj terlibat, detailed targeting saya biar kosong. Cuma ini idea CA yang kita boleh buat:
- CA Traffic XXX 90 days
- CA Message 180 Days
- CA Enggage 365 Days
- CA Video views 180 Days
- CA Instagram Visit
- Dan banyak lagi..
Benda diatas ni siap boleh pecah, berapa % of XX, atau berapa past XX days.
Video views kita boleh pecah berapa % of duration yang lihat video beserta XX past days. Dan Traffic ikut specific link ikut specific past XX days..
Boleh jadi berpuluh aatau beratus adset yang kita boleh pecahkan.. Belum lagi kalau kita just nak focus guna broad detailed targeting je.. Kemudian dari CA tadi kita populated pula LA (lookalike Audiences) dimana kita nak cari similar audiens yang targeted. Cuma ini idea LA yang kita boleh buat:
- LA 1% CA Traffic purchase 180 days
- LA 2% CA Traffic purchase 180 days
- LA 3% CA Traffic purchase 180 days
- LA 1% CA Message 180 Days
- LA 1% CA Enggage 365 Days
- LA 1% CA Video views 180 Days
- LA 1%CA Instagram Visit
- Dan banyak lagi..
Cuma pengalaman saya, Lookalike dari CA yang menjerumus kepada purchase behaviour lebih targeted. Sebagai contoh:
LA 1% from CA Purchase 180 Days
LA 1% from CA Add to cart 90 days
LA 2% from Initiate Checkout 180 days..
jumlah % dan hari tu anda kena test, Ada 3 keadaan:
..Retargeting best past days up to 30 days
..Lookalike best past days CA up to 90 days
..Lookalike best past days CA up to 180 days
“Key of successful campaign is split testing”
Ini adalah antara cara tingkatkan jualan yang telah saya praktikkan. Stay tune on my blog untuk lebih banyak tips marketing terutama digital marketing. Kongsikan dengan teman-teman anda agar ilmu ini lebih bermanfaat kepada lebih ramai ahli bisnes diluar sana.