Cara Buat ‘Like Marketing’ Untuk Facebook Page Anda

Masih tidak tahu bagaimana cara bina fans di page anda?

Kali ini saya nak terangkan bagaimana membina iklan untuk tarik like ke fanpage anda.

Lepas ini takde lagi alasan mengapa like ataupun fans di page anda sikit je! Ikuti tutorial cara buat like marketing untuk facebook page anda seperti di bawah ya..!

Jom kita mulakan…

Mula-mula create ads baru macam kat gambar dibawah.

Lepas tu pilih objective engagement

Scroll ke bawah sikit nanti jumpa macam kat gambar dibawah. Pilih Page likes sebab kita nak buat ads yang tambah like di page. Kemudian, namakan campaign tu. Dah siap klik continue.

Pilih page yang anda nak tingkatkan like dan masukkan audience yang sesuai dengan niche page anda.

Letakkan placement iklan anda. Saya cadangkan guna yang automatic placement je sebab dia akan cari placement mana yang paling murah. Tak perlu pening-pening dah. Kemudian letakkan budget anda berapa sehari. Ini penting supaya ads anda tidak overspends.

Ini yang paling penting. Pastikan anda setting When You Get Charged kepada Page Like sebab anda hanya akan dicas sekiranya page anda dapt like je. Kalau anda pilih option lain, rugilah. Lepas tu klik continue.

Kemudian, masukkan gambar atau video yang boleh manaikkan like page anda. Ini kerana 50% yang like page anda mungkin kerana gambar dan video yang menarik.

Masukkan copywriting atau cerita yang mampu tarik pengguna facebook untuk like page anda. Tak perlu panjang, asalkan boleh menarik perhatian dah cukup. Dah siap semua klik confirm kat bawah sekali. Tunggu pihak facebook approved ads anda. Kalau dah approved ads dah boleh jalan dan page akan mula dapat like.

SELESAI!

Senang je kan nak buat like marketing ni. Anda juga boleh membaca artikel-artikel yang lain berkenaan facebook ads melalui link dibawah:

7 langkah mudah bina facebook business page

4 tips untuk cegah akaun facebook ads disapproved flagged

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment