create landing page mywebartist business boost

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Sebelum ni saya jelaskan bagaimana pemasaran menggunakan teknik konten dimana selepas pembaca melihat konten berkaitan produk, mereka akan terus ke sale page melalui button cta. Jika kita dah berjaya bina credibility dan trust melalui konten & softsell, maka kita boleh teruskan dengan hardsell:

1. Intro / Pengenalan

Kita boleh mulakan Skrip ‘Intro’ Pengenalan seperti berikut:
…..(A)…… tambahan untuk …..(B)……. nak atasi masalah……..(C)……
A – Produk
B – Siapa target Market
C – Masalah apa nak diselesaikan
“Suplement khas tambahan untuk anak-anak nak atasi masalah kurang tumpuan”.

2. Kelebihan & Keunikan

Masukkan Kelebihan produk & servis kita dalam bentuk point & penerangan, FAB (Feature, Benefits, Advantage) contohnya:
X FORMULA – X mengandungi ……..membantu untuk kita ……. sebab ……….
ITEM Y – Y membantu atasi masalah …… sebab …….
Letakkan dalam bentuk point/nombor dan highlightkan keyword penting agar mudah pembaca relate dengan masalah mereka.
“Kapsul Peria katak mengandungi charantin yang berpotensi merawat diabetes”.

3. Feedback, Rating & Testimoni

Feedback, Rating or Testimonial, feedback pelanggan yang pernah gunakan produk kita amat penting dalam membina trust. Dengan masukkan gambar bersama pelanggan, result, mahupun gambar barang yang selamat sampai. Lagi banyak lagi baik.

4. Apa Pelanggan Dapat

Adakalanya pelanggan keliru, bila baca penerangan, tapi dia tak jelas dia dapat apa. Jadi kita rewind di bahagian ini. Contohnya apa yang pelanggan bakal dapat jika mereka membeli produk samada item utama, item tambahan, dsb.

5. Harga Asal, Promo & Bonus

Dibahagian ini kita mula jelaskan berkenaan harga. Harga produk, Pakej produk iaitu single, combo, atau upsell dgn produk lain, Serta harga promosi. Contoh skrip:
Harga Asal RMxxxx..
Harga Promo RMxxxx..
Harga Special Hari ni RMxxxx..
Dan tambahan bonus (optional) sekiranya ada tambahan seperti freegift, consultation, member cards, dan sebagainya.

6. CTA & FAQ

CTA merupakan arahan kepada pelanggan selepas baca sales page ni, samada beli terus melalui online atau sebahagian ada yang guna option whatsapp ke team jualan atau mana yang bersuaian dengan produk.
Dan sertakan FAQ iaitu penerangan ringkas tentang soalan yang selalu ditanya oleh pelanggan.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

ebooks
Tips Menarik

Cara Nak Jual eBooks

Ada orang tanya saya mcm mana nak buat eBooks yang boleh dijual ya? Ok disini saya nak kongsikan cara nak jual eBooks dari awal. Cipta eBooks 1. Idea Fikirkan idea

video marketing

5 Jenis Video Marketing Yang Mudah Menarik Perhatian

Kebelakangan ni, ramai usahawan yang mula mengambil berat mengenai kepentingan video marketing dalam perniagaan mereka. Pelbagai jenis video marketing telah mereka buat untuk memastikan perniagaan mereka bertambah maju. Mari kita

custom audience
Teknik Pemasaran

5 Kategori Utama Custom Audience (CA)

Custom Audience adalah salah satu tapisan (filter) dalam Facebook dimana ia membolehkan pemasar (marketer) memilih sasaran audience dari senarai yang tertentu. Senarai ini boleh diupload sendiri ataupun diperoleh dari data

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top