5 Tanda Anda Belum Bersedia Untuk Berniaga

5 Tanda Anda Belum Bersedia Untuk Berniaga1

Beniaga bukanlah sesuatu yang mudah, lagi-lagi jika anda tiada pengalaman atau asas beniaga. Namunadakah anda betul-betul dah bersedia untuk berniaga? Jom kita lihat tanda-tanda anda belum bersedia untuk berniaga:

1. Motivasi Diri

5 Tanda Anda Belum Bersedia Untuk Berniaga
5 Tanda Anda Belum Bersedia Untuk Berniaga

Motivasi diri amatlah penting bagi setiap orang yang melakukan perniagaan. Ini kerana perniagaan bukanlah sesuatu yang indah. Bisnes ada pasang surut untung dan rugi dan banyak lagi situasi yang memerlukan seorang peniaga mempunyai ketahanan mental yang kuat. Barulah anda mempunyai semangat untuk menjalankan perniagaan.

2. Tiada Asas Yang Kukuh

Ramai yang diluar sana mula berniaga tanpa mempunyai asas perniagaan yang kukuh. Asas perniagaan seperti kewangan dan pengurusan sangat la penting untuk sesuatu perniagaan supaya bisnes berjalan lancar dan stabil.

3. Tidak Boleh Terima Tekanan

Menjadi seorang peniaga mempunyai tekanan dari pelbagai sudut. Sumber kewangan dan juga tenaga pekerja juga merupakan salah satu tekanan yang mungkin dihadapi oleh peniaga. Tu belum lagi tekanan dari client dan customer. Jadi anda perlu pandai menguruskan tekanan ini supaya bisnes anda boleh bertahan lama.

4. Tiada Kefahaman Pasaran

Peniaga yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan biasanya kurang kefahaman tentang pasaran. Hal ini akan membuatkan mereka melakukan keputusan yang salah seperti mengambil stok yang terlalu banyak tetapi tidak terjual kerana tidak faham tentang situasi pemasaran semasa. Ini amat merugikan peniaga itu sendiri.

5. Tiada Minat Untuk Berniaga

Akhir sekali, jangan cuba-cuba untuk berniaga sekiranya anda tidak mempunyai minat dalam bidang ini. Tanpa minat anda akan mudah putus asa dan cepat bosan dengan apa yang anda buat. Dengan minat anda akan buat sebaik mungkin dalam untuk memastikan apa yang anda buat itu membuahkan hasil.

Baca juga:

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment