16 Faktor Usahawan Gagal Dalam Bisnes

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada sesetengah usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka. Berikut adalah disenaraikan beberapa punca yang menyebabkan perniagaan gagal. Sebagai usahawan yang ingin mencapai kejayaan, elakkan daripada sikap dan faktor-faktor berikut:

1. Gagal mengurus aliran tunai.

Tiada catatan dan rekod transaksi yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan tepat dan diapantau. Sesetengah usahawan berpendapat, wang masuk adalah keuntungan dan sebagai pemilik perniagaan, mereka berhak membelanjakan wang bagi apa saja tujuan, termasuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan. …..

2. Suka bertangguh.

Sikap ini pada awalnya mungkin tidak memberikan masalah besar, tetapi apabila dibiarkan, ia memberi kesan pada pengurusan perniagaan. Dokumen jadi bertimbun kerana lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat serta merugikan perniagaan. ….

3. Strategi pemasarannya tidak berkesan.

Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah, ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing yang strategi pemasarannya jauh lebih berkesan. ….

4. Sikap negatif usahawan.

Perniagaan boleh gagal disebabkan oleh sifat negatif yang dimiliki oleh usawahawan seperti hasad dengki, boros, tamak, pemarah, berprasangka, terlalu berahsia dan individualistik. ….

5. Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang.

Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun rancangan mungkin dibuat, ia tidak spesifik dan sekadar, “Saya mahu untung tahun ini!” Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasinya, tidak ditetapkan. Akhirnya impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin. ….

6. Khidmat pelanggan yang tidak cekap.

Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Hakitanya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.

7. Pekerja tidak cekap dan tidak amanah.

Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. Usahawan tidak membuat pelaburan bagi melatih pekerjadan tidak meluangkan masa yang cukup bagi menyelia pekerja. ….

8. Mengambil mudah aspek persaingan.

Usahawan mengambil pendirian, “Rezeki secupak tidak akan jadi segantang.” Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha memperbaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan. ….

9. Kemahiran terhad.

Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh, usahawan produk kraf tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, computer, perhubungan awam dan sebagainya. …

10. Lokasi perniagaan tidak sesuai.

Kedai sukar disinggahi ataupun pelanggan sukar pergi ke kedai itu. Misalnya, kedai berada di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat ataupun terlindung, menggagalkan perniagaan walaupun barangannya bermutu dan banyak pilihan. Pelanggan juga mungkin tidak terperasan apabila kedai pakaian misalnya, terletak di tingkat atas bangunan. ….

11. Tidak berfikiran jauh.

Usahawan tidak berkifikiran global dan futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia dilakukan dengan menghadiri kursus serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah serta lamanweb berkaitan keusahawanan. …

12. Kurang pengalaman.

Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih berjaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang diajalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing. …

13. Kurang modal kewangan.

Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi, mungkin menyukarkan usahawan berkembang, mengecewakan pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan. Walau bagaimanapun, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik, tidak mustahil rezeki secupak akan jadi segantang. …

14. Tiada sistem mengurus akaun yang efisien.

Hal ini menyebabkan usahawan tidak tahu kekuatan sebenar perniagaan dan mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih ramai usahawan bumiputra tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam perniagaan mereka. Antara sebabnya adalah, mereka gagal memahami bagaimana sistem mengurus akaun yang mantap dapat membantu mereka mengaut keuntungan dan mengelak rugi. …

15. Terlalu tamak berkembang.

Usahawan tidak ‘mengukur baju di badan sendiri’. Cawangan yang dibuka tidak kena pada masanya dan tanpa kemampuan kewangan yang mencukupi, menyebabkan usahawan gagal. …

16. Tiada penyambung kejayaan.

Ada perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggung jawab membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia. Malangnya, tiada siapa yang berkebolehan dan terlatih, dapat mengambil alih perniagaannnya. Ada perniagaan yang Berjaya pada zaman ‘pentadbiran’ si ayah, tetapi menjadi kucar-kacir apabila tampuk pemerintahan diambil alih oleh si anak.

Anda juga boleh melihat artikel-artikel yang lain:

strategi bisnes online 2020

5 ciri-ciri usahawan berjaya

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

10 Jenis Perniagaan Makanan Yang Laris
Bisnes

10 jenis Perniagaan makanan yang laris

Pening memikirkan jenis perniagaan yang sesuai untuk anda? Jom kita lihat 10 jenis perniagaan makanan yang laris. 1. Perniagaan Buah Potong Buah-buahan potong ini memang digilai orang ramai terutamanya ketika

website

10 SEO Percuma Meningkatkan Rank di Google

Agak sukar untuk meningkatkan rank website di pencarian Google tanpa bantuan dan panduan yang betul. Oleh itu kita memerlukan SEO Tools untuk membantu dengan data-data dan paling penting keyword yang

fb ad bidding
Tips Menarik

Apa Itu Facebook Bidding?

Strategi bajet yang baik adalah kunci kejayaan dalam pemasaran di Facebook. Sememangnya iklan di Facebook membuka peluang yang tinggi dalam tingkatkan jualan, tapi dalam masa yang saya ia juga bergantung

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top