3 Perkara Bisnes Owner Jangan Buat!

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Jika anda pemilik bisnes, anda perlu tahu 3 perkara yang jangan dibuat jika ingin bisnes tahan lama dan tak menyusahkan anda sendiri dimana hadapan.

1.Tak Buka Akaun Bank Khas

Tak buka akaun semasa (current acc) menyebabkan, duit bisnes bercampur aduk dengan duit pribadi dalam bank. Bila bercampur semakin mudah kita nak menggunakan duit bisnes untuk tujuan pribadi. Hujung bulan tak nampak untung, kejap lagi dah tak boleh rolling modal bisnes dah.
Memang tak tahu mana satu transaksi bisnes, mana satu transaksi pribadi, disebabkan bercampur aduk. Susah nak kira, bila bila lagi nak rekod transaksi keluar masuk, resit, invois, semua bercampur dengan perbelanjaan pribadi.

2.Guna Duit Bisnes Untuk Pribadi

Antara paling banyak bisnes tak boleh bertahan lama. Antara tujuan pribadi adalah, duit digunakan untuk rolling modal, telah digunakan untuk beli kereta mewah contohnya. Akhirnya bila stok habis, nak rolling tak cukup duit, dan komitmen sedia ada dah tinggi. Kita bisnes ni tak sentiasa diatas, jadi bila tengah jualan tinggi ni, banyakkan simpan dalam tabung kecemasan, bukan menambah liabliti.

3.Tak Bayar Cukai

Jangan bangga dengan sales banyak, tapi tak bayar cukai. LHDN ada pegawai penyiasat dia sendiri, yang tahu butiran, maklumat bank, transaksi A-Z dari awal setup bisnes. Kalau tak bayar cukai, akan datang, surat sampai rumah. Diminta untuk bayar cukai bagi transaksi bertahun tahun yang lepas. Masa tu pulak resit, semua dah tak simpan.
Bagai jatuh di timpa tangga, anda kena saman dan kena bayar cukai-cukai dahulu yang anda tak pernah declare berkali ganda & bakal diheret ke mahkamah kalau tak bayar

Penyelesaian

  1. Buka SSM & Wajib ada current account, akaun bank khas untuk perniagaan
  2. Jangan guna duit bisnes untuk kegunaan pribadi, lebih baik set gaji sendiri, dimana kita akan dapat slip gaji, dan kita limit guna ikut gaji bulanan yang kita dah setkan shj.
  3. Bayar cukai, submit ke akauntan dan mereka siap kirakan, tolong submitkan sekali ke LHDN, kerja kita dah tak pening.. Kita cuma bayar cukai atas keuntungan shj. Itu pun ada banyak pengurangan & pengecualian.
  4. Bayar zakat, disamping menunaikan tanggungjawab dalam bisnes, kita dapat pengurangan cukai dari pembayaran zakat ini. Sebaiknya bayar zakat bulanan dari keuntungan bisnes kita.
  5. Wajib rekod tiap perbelanjaan, simpan segala resit resit perbelanjaan, invois bulanan, dan asingkan tiap bulan, untuk mudahkan akauntan kira. Buat satu file khas untuk perbelanjaan, dan file invois jualan. Displin rekod, photostate susunan resit dalam satu A4 sebelum resit berterabur dan hilang dakwat!
close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Artikel

6 Cara Memulakan Perniagaan

1. Buat kerja secara Part Time Bagi memulakan perniagaan anda perlulah bekerja di bawah orang terlebih dahulu untuk merasakan sendiri bagaimana tekanannya untuk kerja dibawah orang lain. Kumpulkan gaji yang

Artikel

10 Petua Menguruskan Kewangan Perniagaan Kecil

Pendidikan dan organisasi adalah dua kunci untuk memastikan perniagaan anda sihat dari segi kewangan. Menguruskan kewangan anda dengan betul menstabilkan syarikat anda dan menjadikan perniagaan anda cenderung gagal. Untuk menguruskan

5 E Commerce Payment Gateway Yang Ada Di Malaysia
Artikel

5 E-commerce Payment Gateway Yang Ada di Malaysia

Membangun atau membuka Laman web Beli-belah E-commerce, anda perlu mempunyai payment gateway untuk mengumpulkan pembayaran dari pembeli ketika mereka membeli produk atau perkhidmatan secara dalam talian. Apa pilihan bahawa web

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top