Jika anda dah jalankan iklan di Facebook, dan dapat hasil yang cantik dengan pulangan belanja bagi setiap iklan (ROAS) yang tinggi. Sudah semestinya langkah yang betul ialah dengan naikkan bajet ke atas iklan tersebut. Tapi betul ke tindakan anda dengan terus tambah bajet RMxxx pada satu iklan tu? Ini adalah sedikit panduan jika anda nak naikkan bajet iklan di facebook.
Naikkan Saiz Audiens

Langkah pertama yang anda boleh buat ialah dengan naikkan saiz audiens. Macam mana cara nak naikkan saiz ni? Jawapannya dengan buat Lookalike Audience. Kenapa LA jadi pilihan? sebab dari LA kita boleh dapat pelanggan baru yang mempunyai ciri terbaik dan tahap conversion lebih tinggi. Dari iklan yang berjaya, anda bina LA baru dan di bahagian Audience Size anda boleh naikkan kepada 3% atau 5%.
Seterusnya anda boleh perluaskan target lokasi (Location Targeting). Jika produk anda dijual kepasaran antarabangsa, boleh tambah dibahagian ini. Jika tak, hanya letak Malaysia sahaja.
Luaskan Ikut Kategori
Kategori yang dimaksudkan ialah mengikut objektif iklan. Buat iklan retargeting berasingan bagi kategori berikut untuk melihat iklan mana yang beri hasil yang terbaik. Jika LA kita target orang baru, kali ini kita boleh target orang yang pernah ditarget tapi lebih spesifik.
Video Views – target semula orang yang dah tonton video iklan mengikut peratus tontonan (75%, 50% atau 25%)
Page Engage – target semula orang yang pernah engage dengan page anda mengikut hari (30, 60, atau 180 hari)
Website Visit – target semula orang yang pernah melawat website/page di website mengikut hari (30, 60, 180 hari)
Content Views – target semula orang yang pernah engage dengan kontent/post tertentu mengikut hari (7, 30, atau 60 hari)
Bila dah dapat hasil, bagi iklan yang hasil kurang boleh terus tutup dan bagi yang cantik anda boleh naikkan % atau hari mengikut kategori. Teruskan buat split test.
6 Teknik Split Test Iklan Paling Berkesan di sini
Cuba Iklan Baru
Kadang kala target iklan boleh jadi tepu walaupun dah buat LA dan CA, jadi cara seterusnya ialah Be Creative dengan bina iklan baru dan berbeza. Jadi lebih kreatif dengan tukar CW, cuba video baru, gambar baru, target baru dan placement baru. Susun strategi dengan funnel marketing yang betul, kenalpasti target audiens yang betul, Gunakan saiz gambar dan video yang betul mengikut placement yang betul. Dengan itu, setiap ringgit yang dibelanjakan pada iklan akan memberi pulangan lebih baik.
1 thought on “Tips Asas Nak Naikkan Bajet Iklan”
Terimakasih atas perkongsian ilmu!