SEO antara komponen penting di dalam memastikan website sentiasa menerima kunjungan trafik. Tanpa SEO, ia boleh membuatkan website kita kosong tanpa sebarang kunjungan dari mana-mana audience.
Table of Contents
Mengapa Kita Perlu Mengunakkan SEO Di Website?
Bagi memastikan website yang kita miliki berhasil menjana keuntungan yang berjuta, kita perlu memiliki SEO. Jadi kami kongsikan antara 5 fungsi SEO di website bagi posting kali ini.
1. Menarik perhatian audience yang sedang mencari
Audience bagi website sangatlah berbeza bagi audience yang melihat advertising kita di Billboard ataupun Facebook Ads. Bagi audience yang datang dari SEO adalah audience yang sedang mencari penyelesaian di google.
Bagi menarik perhatian audience seperti ini targetnya adalah untuk menunjukkan kelebihan dan kepentingan membeli atau mengambil servis dari kita.
2. audience yang datang lebih berkualiti

Bayangkan jika kita ingin pergi bercuti ke suatu tempat. Cuba fikir semula mengapa kita memilih untuk bercuti di sana?
- Mungkin kita suka dengan suasana di sana.
- Mungkin kita suka dengan layanan dari penduduk disana.
- Mungkin kita suka makanan di sana.
Sekarang ni bayangkan pula ini semua berlaku pada prospek kita
- Mungkin mereka sedang mencari produk atau servis kita untuk membantu mereka.
- Mungkin mereka sangat2 memerlukan khidmat kita.
- Ataupun mereka dalam keadaaan sudah bersedia untuk membeli.
Jadi tugas kita ialah untuk meyakinkan mereka untuk datang ke tempat kita.
3. trafik pada website semakin meningkat
Apabila website kita mula di daftarkan di platform Search Engine bagi SEO. Impak trafik bagi website akan mula meningkat. Ini di sebabkan website kita akan lebih mudah dicari di dalam search engine.
Apabila lebih banyak trafik maknanya antara keyword dan title page yang di daftarkan menarik minat audience untuk membaca. Google sangatlah suka apabila ada website yang di rankingkan menerima begitu banyak trafik.
Disebabkan itu ranking website kita akan mula naik dari page yang belakang ketika baru ranking dan akan mula ke page pertama.
4. audience faham produk atau service kita
Apa yang menarik mengenai SEO kita boleh menarik audience untuk content yang kita bina di page supaya audience lebih faham. Jika dulu mungkin ramai yang berkata di dalam marketing target kita yang pertama ialah untuk mendapatkan kepercayaan audience.
Apabila audience dah mula percaya pada servis kita. Bagaimana dengan langkah yang seterusnya? Di situ lah audience perlu faham kepentingan produk dan servis kita. Bagi membuatkan audience faham kita perlu menghasilkan konten yang berkualiti yang menerangkan produk dan servis kita.
5. kualiti leads

Jika kita biasa melayan leads terutama bahagian sales mesti sudah biasa melayan pelbagai kerenah leads. Kebiasaannya leads yang datang akan ada pelbagai jenis pertanyaan yang ingin diajukan.
Ini disebabkan biasanya leads yang datang tuh mungkin berada dalam tiga fasa:
- Fasa tengah survey harga
- Fasa tengah mencari
- Fasa tengah menghadapi masalah
Dengan adanya SEO lebih mudah untuk kita menarik perhatian mereka dengan cara kita set SEO kita untuk menjawab persoalan yang biasa kita jawab bagi leads yang pernah approach kita sebelum-sebelum ini.
Lihat juga artikel-artikel yang berkaitan: