Salah Setting SEO Website Ke? 5 Kesalahan Website Sebab Trafik Rendah

setting seo website

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Selain dari SEO keyword, bahagian teknikal untuk setting SEO website juga adalah penyumbang terbesar kepada jumlah trafik yang masuk ke web. Sebab Google tak membaca seperti orang biasa, Google hanya bergantung kepada kod-kod yang terdapat dalam konten. Jika setting yang kita set pada website tak ikut spec yang Google letak, kemungkinan susah untuk web kita di tampilkan di page search engine. Tapi tak semestinya kena pandai coding baru boleh buat,  jika anda pengguna wordpress banyak plugin yang boleh membantu.

Boleh jadikan ni sebagai checklist untuk audit dan baiki setting seo website anda:

1.Web Tak Selamat

Pertama kena pastikan website kita selamat antara browser client dan web server. Jadi kita perlukan satu sistem keselamatan iaitu Secure Sockets Layer (SSL) pada website. SSL ni akan encrypt maklumat-maklumat yang dihantar dan diterima oleh client. SSL ni amat penting dalam melindungi website terutama web yang ada melibatkan transaksi online, maklumat kad kredit, maklumat login dsb.

setting seo website
Hasil Secure Test Qualys Lab Tool

Kita boleh tahu sesuatu site tu selamat atau tak dengan tengok pada link samada ada https atau tak. Jika hanya http, maka web itu tak selamat. Tapi apa kaitan SSL ni dengan setting SEO? Google menggunakan SSL ini sebagai ranking signal. jadi kalau web anda tak selamat, anda rasa adakah Google akan masukkan ke top list SE mereka? Boleh check di Qualys Lab Tool untuk test level keselamatan web.

2.Web Ada Duplicate Content

Seterusnya ialah Duplicate Content (Plagiarism), kadang-kadang kita mati kutu nak menulis content jadi kita refer pada blog-blog lain untuk dapatkan idea. Tapi yang jadi salah bila kita terus copy & paste hasil penulisan orang lain terus ke blog kita, lagi salah bila kita menunjukkan seperti itu adalah hasil kita sendiri tanpa kredit pada penulis asal.

Apa kesan pada SEO Website? Google akan mempunyai masalah untuk memutuskan mana satu web yang lebih relevan dengan pencarian. Dalam memberi UX yang terbaik, Google tak memaparkan kesemua web yang mempunyai konten yang sama.

Sumber: Moz.com

3.Web Load Perlahan

setting seo website

Kelajuad load web penting dalam meningkatkan jumlah trafik. Macam mana tu? Bermula 2018, Google telah menggunakan ranking algorithm baru yang berdasarkan kelajuan page  untuk memutuskan rank web terutama bagi carian di phone. Jadi jika web anda load perlahan bagi paparan phone, kemungkinan susah untuk web anda muncul di top list carian google. Bila nak load web makan masa yang lama, pengguna akan terus keluar atau tekan “back”. Ini juga mempengaruhi bagaimana Google menilai tahap tindakbalas web kita. Macam mana nak selesaikan? Kita boleh check kelajuan web di Pingdom atau GTmetrix dan lihat bahagian mana yang menjadikan web kita lembab.

4.Web Error & Tak Respon

Elakkan web kita ada masalah ini dimana bila client buka page, paparan error yang keluar. Sentiasa update plugin berkaitan dan check link dalam setiap page. Kadang-kadang kita ada letakkan link post lain ke dalam post yang lain sebagai rujukan. Dan apabila kita tukar permalink atau delete post, post yang kita linkkan tak terus automatic tukar link. Ini menyebabkan page error keluar apabila client tekan pada link yang lama.

5.Web Tak Mobile Friendly

Kadar pencarian dan penggunaan internet tertinggi adalah dari pengguna mobilephone. Kadang kita lupa, design secantik mungkin untuk desktop view tapi phone view punya paparan kita tak susun dan optimize dengan baik. Boleh check samada web kita mobile friendly atau tak di Google’s Mobile-Friendly Test tool. Boleh review semula web paparan mobile kita samada button yang  digunakan tak terlalu rapat dan berfungsi, tulisan tak terlalu besar atau terlalu kecil, dan media seperti gambar dan video tidak load terlalu lama dan boleh dimainkan di paparan phone.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

nak naikkan bajet iklan
Teknik Pemasaran

Tips Asas Nak Naikkan Bajet Iklan

Jika anda dah jalankan iklan di Facebook, dan dapat hasil yang cantik dengan pulangan belanja bagi setiap iklan (ROAS) yang tinggi. Sudah semestinya langkah yang betul ialah dengan naikkan bajet

Apa Itu Cpanel
website

Apa itu cPanel

cPanel adalah antara Linux-based graphical interface (GUI) dalam talian yang digunakan sebagai panel kawalan untuk memudahkan pengurusan laman web dan pelayan. cPanel membolehkan anda menerbitkan laman web, mengurus domain, mengatur

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top