9 Perkara Penting Untuk Website Ecommerce Yang Bagus

website ecommerce - lernify

Nak buat website ecommerce?

Ada banyak platform, ada yang berbayar, ada percuma dgn fungsi terhad, ada yang free terus.. tapi kena pasang kat hosting sendiri..

Boleh survey,

..bigcartel
..shopify
..easystore
..bigcommerce
..shoppegram

Cuma, Shopeegram ni, dibangunkan oleh developer anak muda tempatan, berpengalaman dalam coding, tak tak payah pening pening nak pasai sistem apa, nak install apa, sebab sistem ecommerce semua dah siap.. Dah siap integrate, dengan Toyyibpay payment gateway.. Theme cantik2.. Kos pun sangat affordable..

Kalau tak nak pening pening fikir teknikal nak install hosting sendiri, nak maintain, update semua.. Sebab platform diatas memang dah siap, kita tinggal setting sikit sikit, design minima, template dah ada, boleh terus masuk produk & jual terus..

Okay jika anda nak guna sendiri punya, nak godek godek, ingin memiliki website ecommerce sendiri ni anda perlukan:

1. Boleh gunakan wordpress, anda kena install & langgan pakej hosting sendiri, kena beli nama website (domain)..

2. Install plugin woocommerce ni la fungsi A-Z untuk ecommerce, kita install plugin ni, kita dah boleh upload produk terus disini

3. Install direct checkout, kalau anda jenis nak simple, klik produk terus bayar terus, tanpa melalui cart page, ni anda kena pakai plugin ni, dan kita boleh customize maklumat user & shipping, untuk elakkan user isi borang banyak kali

4. Billplz for Woocomerce – ni kalau anda nak ada sistem pembayaran online banking, user tak perlu lagi manual transfer, user terus redirect ke online banking buat pembayaran terus. Cuma register siap siap di akaun Billplz dengan gunakan akaun semasa & SSM

*Terbaru jika anda nak jimat cost per transaction, berbanding billplz, anda boleh gunakan Toyyibpay, dimana cost transaction RM1 jer, one day settlement.. Manakala, kalau nak free, tanpa cost per transaction 5 days settlement..

5. Woo social login – ni nak buatkan user lebih mudah beli, klik login guna facebook @ google di halaman checkout nanti, ni amat membantu untuk regular customer.. klik terus dan login dah.. Tak perlu ingat username & password.. boleh beli di laman web Envato Market

Okay siap!

Benda sistem semua, kalau produk tak upload sama jugak kan?

6. Sila upload produk anda, harga produk, stok SKU, dll.. Upload beserta penerangan, gambar, agar customer yakin nak beli..

7. Icon secure, logo logo payment yang boleh diterima seperti online banking, debit card, or dll juga boleh gunakan untuk meyakinkan pelanggan, kita bukan web scam..

8. Pastikan bahagian footer website, letak nama syarikat & nombor SSM sekali.. baru lah tak skem!

9. Install Woocommerce Apps, ini lagi memudahkan! Anda control & approve order guna apps jerr 😁😁 Siap dapat lihat lagi sales harian, mingguan, bukanan, berapa ramai dah review produk anda..

Ada web, tapi takde trafik? Pun tak guna jugak.. So dah siap web tu, kena tarik traffic.. macam mana ya?

Haa ni part lain pulak nanti sy share di lernify.com atau klik sahaja https://lernify.com/cara-mudah-tingkatkan-trafik-di-website/

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment