Cara Mudah Tingkatkan Trafik Di Website

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Apa guna buku tanpa pembaca. Begitu juga bagi website atau blog yang kita ada jika tanpa adanya trafik. Apa itu trafik? Trafik website dalam bahasa mudahnya ialah kunjungan luar ke website. Sumber trafik umum ada tiga iaitu Direct Traffic, Refferal Traffic, dan Search Traffic. Ketahui kepentingan trafik kepada website disini. Ini 10 cara mudah untuk tingkatkan trafik di website:

1. Email

Bukan mudah untuk ada database email, tapi tidak mustahil. Salah satu cara mendapatkan senarai email ialah dengan menawarkan konten yang boleh dimuatturun dengan syarat audiens perlu subscribe. Kenapa email ini sangat berguna bagi pemilik website? Melalui email, kita dapat memberitahu sebarang pembaharuan (update) yang dilakukan di website, konten yang baharu di post diwebsite, bahan yang boleh didownload diwebsite, dan apa sahaja post yang ingin disampaikan. Oleh itu, audience sentiasa mengetahui sebarang update dan kembali ke website.

2. Blog

Kini kebanyakan bisnes dan website mempunyai blog kerana bukan sahaja ia membawa lebih banyak trafik tetapi juga membina hubungan yang lebih kuat dengan audiens. Blog sememangnya memerlukan masa yang lebih untuk dihasilkan, tetapi ia sangat berbaloi jika kena tepat dengan sasaran dengan niche yang betul. Jadikan blog lebih menarik untuk dishare dengan adanya video, infografik, slide deck atau ebook.

3. Sosial Media

Sosial media boleh dikategorikan dibawah Refferal Trafik dimana paling mudah untuk dapatkan trafik melalui perkongsian. Setiap kali ada konten baru, post di media sosial dan pastikan letak link yang mengarah audiens ke websitel. Begitu juga di website, letakkan butang share supaya pembaca boleh berkongsi di media sosial.

4. Iklan

Cara cepat untuk dapatkan trafik di sosial medial adalah menggunakan iklan. Facebook ads dapat memberi trafik boost yang cepat dan kita dapat mensasarkan audiens yang lebih tepat.

5. SEO Audit

Tingkatkan SEO adalah satu langkah meningkatkan sumber dari Search Traffic. Penggunaan keyword, headlines, gambar, hashtag, dan link yang tepat akan sangat membantu audiens menemukan website melalui pencarian di Google. Ketahui 10 SEO Percuma disini.

6. Links

Apabila menghasilakan sesuatu posting, lihat perkataan yang boleh dihubungkan ke page lain di website anda. Pastikan ianya berkaitan posting dan jangan letak terlalu banyak link supaya tidak mengganggu tumpuan pembaca. Internal link ini bukan sahaja membantu meningkatkan SEO, malah ia akan membuatkan pelawat kekal lebih lama di website anda.

7. Gambar

Gambar dapat memberi perbezaan yang sangat ketara dalam menarik trafik. Orang hanya ingat 20% dari apa yang dibaca, tetapi akan mengingat 80% dari apa yang mereka lihat. Gambar yang menarik lebih mudah dikongsi di media sosial dan pastikan description gambar itu sendiri menggunakan ayat yang mudah dicari di Google. Selain gambar, infografik juga amat berkesan dalam menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan.

close

3 thoughts on “Cara Mudah Tingkatkan Trafik Di Website”

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

5 Sebab Perlu Berniaga
Tips Menarik

5 Sebab Perlu Berniaga

Bukan semua orang ingin dan berniat untuk memulakan perniagaan sendiri. Mungkin kerana tiada sebarang tergerak minat untuk menjadi usahawan atau kerana mereka bimbang akan rugi atau tidak mendapat pulangan modal.

Cara Rasulullah Berniaga
Tips Menarik

9 Cara Rasulullah Berniaga Yang Boleh Kita Contohi

Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top