7 Tips Permulaan Untuk Perniagaan

7 Tips Permulaan Untuk Berniaga

1. Tahu tujuan anda memulakan perniagaan

Ada sesetengah orang menjadikan bisnes sebagai pilihan terakhir untuk jana pendapatan dan ada juga yang berniaga suka-suka, sekadar mencuba sebab ikut trend berniaga sekarang yang ada sistem stokis, ejen dan dropship kerana modal yang rendah. Anda perlu tahu kemampuan anda dalam memulakan bisnes, apa tujuan anda untuk memulakan perniagaan, apa barang yang hendak dijual dan lain-lain faktor.

2. Buat apa yang anda suka

Bila anda suka untuk menjalankan perniagaan, perjalanan anda akan menjadi lebih mudah kerana anda boleh melakukan sepenuh hati. Jika anda kurang suka atau buat kerana terpaksa, ia tidak mendorong diri anda untuk lakukan yang terbaik. Malah, anda akan sentiasa dalam keadaan berfikiran negatif dan tahap kesukaran anda akan lebih tinggi. Jika anda buat sesuatu yang anda suka, anda akan dapat lebih banyak motivasi dalam melakukan sesuatu perkara dan bisnes anda boleh bertahan lebih lama.

3. Sentiasa berada dalam persekitaran yang positif

Untuk permulaan anda mungkin berasa kekok dan tidak selesa dalam memulakan . Tetapi apabila anda mempunyai orang sekeliling yang positif, ia secara tidak langsung membuatkan anda belajar benda yang baru, memperbetulkan kesilapan sebelum ini dan boleh juga menjadi faktor untuk anda lakukan sesuatu dengan lebih baik. Jadi jangan buang masa dengan orang yang merendah-rendahkan kemampuan anda untuk berbisnes.

4. Sentiasa belajar

Ramai orang sebenarnya ada keinginan untuk belajar berniaga tetapi tidak mampu merendah ego sendiri untuk belajar berniaga. Untuk anda yang baru nak memulakan berniaga, jangan terlalu cepat untuk berpuas hati kerana perjalanan anda masih panjang dan janganlah terlalu mudah putus asa jika tidak mencapai sesuatu yang diharapkan. Sentiasa tambah ilmu supaya boleh meningkatkan potensi diri dan perniagaan anda.

5. Letakkan keutamaan pada pelanggan anda

Walaupun anda berasa bangga dengan kejayaan memiliki perniagaan sendiri. Tapi dalam masa yang sama anda perlu mengutamakan keperluan pelanggan atau memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan, bukan memfokuskan kemahuan diri anda sendiri.

6. Rancang dengan teliti

Dalam bisnes, lebih-lebih lagi anda yang baru mula berniaga, perancangan adalah lebih daripada sekadar keperluan untuk membantu anda mendapatkan keuntungan. Perancangan perlulah dilakukan dengan teliti dan perlu seiring dengan matlamat bisnes yang kita lakukan. Jadi, setiap perancangan bisnes mesti dilakukan lebih awal supaya anda tidak membuang masa dan mengelakkan daripada tersilap langkah.

7. Sesuaikan diri

Walaupun anda telah membuat persediaan, tetapi ada sesetengah perkara yang tidak boleh diramalkan. Pastikan anda siap sedia dalam menempuhi halangan dan cabaran yang bakal anda lalui sepanjang berniaga. Jangan terlalu selesa dan hanya mengikuti langkah dilakukan oleh syarikat lain kerana cabaran dalam setiap jenis perniagaan adalah berbeza.

Untuk maklumat yang lebih menarik anda boleh klik sini

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Pertanyaan & Pendapat sila komen dibawah

Scroll to Top