7 Tips Instagram Marketing Bagi Newbie

instagram marketing

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Ada yang baru nak berjinak-jinak dengan Instagram Marketing? Terutama selepas Facebook dah tepu dengan ads. Tak semua produk atau bisnes sesuai dengan gameplan marketing menggunakan Instagram, tapi tak semestinya tak boleh masuk. Jika bermula dengan teknik dan planning yang betul, Insta juga boleh menjadi platform marketing yang mampu menyumbang kepada sale.

Instagram Marketing Tips Yang Boleh Dipraktikkan Oleh Pemula

1. Optimize Bio

Maksud optimize bio disini ialah kita set dengan jelas siapa kita, tujuan kita, dan apa yang ingin kita paparkan, Pastikan target market kita tahu apa nilai yang kita boleh bagi dan adakah berbaloi untuk mereka menjadi follower.

Letak Call To Action (CTA) yang jelas, samada untuk ke direct message (DM), bawa mereka ke website atau ke mana sahaja yang sesuai. Tapi pastikan jika kita nak bawa mereka ke website, pastikan ianya mobile optimize sebab kebanyakan pengguna insta adalah melalui mobile. Jika insta anda cantik dan kemas, pastikan web anda pun sama.

2. Brand

Pilih satu jenama atau niche, dan pastikan kekal pada 3 prinsip ini: Consistence, Clear dan Congruence. Konsisten disini membawa kepada sentiasa ada post baru, masa post, sentiasa reply kepada semua komen dan dm. Seterusnya kita kena jelas dengan style dan tema yang digunakan. Jadikan seluruh instagram kita tetap pada style dan tema yang sama, terlalu banyak berubah menunjukkan kita tak mempunyai kedibiliti yang kuat. Contoh minggu ni mengenai baju, minggu depan perfume, kemudian barang digital, kemudian lain etc.

Ini membawa kepada prinsip ketiga, dimana kita kena pastikan semua post yang dibuat, gambar yang diupload, ayat yang digunakan mempunyai balance dan tidak tersasar terlalu jauh dari tema asal.

3.Demografik

instagram marketing
Statistik Penggguna Media Sosial di Malaysia, Sumber: cyberconsumer

Menurut statistik, pengguna Instagram sebanyak 57% dari 24.6million, jadi peluang untuk dapatkan prospek yang betul untuk jualan adalah sangat tinggi. Jadi buat kajian terlebih dahulu siapa target market, umur, jantina, lokasi, apa yang mereka perlukan,apa masalah mereka. Dengan itu, kita boleh tahu dimana kita nak placed post kita dengan lebih tepat.

4.Hashtag

Mungkin ramai yang terlupa benda kecil ni, hashtag (#). Sebenarnya inilah yang akan membantu orang menemukan brand atau post kita. Buat la sedikit kajian mengenai keyword yang popular dan trending di social media. Pelbagaikan hashtag yang digunakan dan jangan di ulang sebab kita tak nak orang yang sama sahaja lihat post kita.

5.Micro Influencer

Mesti pernah dengar pasal Insta Famous atau Insta Influencer kan, tapi kenapa ada micro? Micro influencer ini mungkin tidak mempunyai ramai follower tetapi mereka mempunyai niche yang lebih specific dalam sesuatu bisnes atau bidang, ini menjadikan follower mereka mempunyai minat atau interest yang yang sama dan target market yang lebih tepat. Buat sedikit research dalam mencari micro influencer yang betul agar pelaburan yang diletakkan tidak membazir ke prospek yang salah.

6.Masa Yang Tepat

Pilih masa yang tepat untuk post di feed atau stories. Bagi permulaan, boleh post 1-2 post dalam sehari dan waktu post juga penting, contoh jika target market yang bekerja, pilih waktu rehat mereka biasanya 12-2 ptg dan 9-11 malam. Boleh tengok competitor punya flow, test dan retest bagi mendapatkan detail yang lebih tepat.

7.Direct Message (DM)

Direct message adalah satu kunci penghubung, sentiasa check dan reply setiap dm yang diterima. Beri apa yang mereka mahukan dan ingin tahu. tetapi jangan sesekali spam.

8.Paid Promotion

Ini adalah cara paling cepat dan mudah. Sekarang Insta meletakkan iklan disetiap 3 normal post. Kita boleh pilih samada nak boost terus dari Insta atau menggunakan FB Ads Manager. Saya lebih prefer FB Ads kerana dengan Advertising Algorithm yang FB ada, kita boleh pinpoint dengan lebih tepat kepada target market. Namun Instagram lebih ketat dalam setiap post yang diupload samada gambar atau video. Pastikan gambar atau video yang diupload untuk paid promotion di Instagram menepati saiz dan kualiti yang ditetapkan. Boleh cuba tools ini untuk edit video Insta

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

facebook ads

6 Tips Untuk Kesan Prestasi Fb Ads Anda

Bagaimana nak tahu samaada Fb Ads yang anda buat perform atau tidak? Fb Ads yang bagus adalah iklan yang mematuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Facebook serta

Bagaimana Peniaga Berfikir
Tips Menarik

Bagaimana peniaga berfikir?

Kebanyakan peniaga sebelum tidur tak dapat lari dari berfikir. Macam mana nak lariskan hasil jualan? Macam mana nak tambah customer? Bagaimana cara fikir yang salah? Berfikir tu ada masa betul

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top