7 TEKNIK PENGURUSAN MASA BERKESAN

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Pengurusan masa amatlah penting bagi semua orang yang berkerjaya mahupun tidak. Masa amatlah berharga bagi sesetengah orang yang berkerjaya. Dalam peribahasa juga ada mengatakan “masa itu emas”, ianya seolah-olah menggambarkan bahawa masa itu perlu dimanfaatkan dan juga dihargai sama juga seperti emas. Ada juga teknik pengurusan masa berkesan yang perlu dipraktikkan seseorang.

1. Menyimpan Senarai Tugas

Teknik pengurusan masa berkesan yang pertama ialah menyimpan senarai tugas atau keeping a to-do list. Bagi merancang masa yang berkesan seseorang itu perlulah menuliskan atau mencatatkan segala kerja yang perlu dibuat di buku catatan, diari dan lain-lain. Ini kerana seseorang itu boleh focus dan membuat sesebuah tugasan itu secara lebih efektif dan bertenaga. Selain itu, seseorang juga boleh menyusun tugasan yang mana terlebih dahulu perlu disiapkan dan dihantar. Ini menjadikan tugasan boleh disiapkan dengan cepat dan teratur mengikut waktu yang ditetapkan. Oleh kerana itu, tugasan yang dihasilkan juga akan menjadi lebih produktif dan efisyen.

2. Menetapkan Masa

Teknik pengurusan masa berkesan yang kedua ialah menetapkan masa. Anda perlulah menetapkan masa bagi setiap tugasan yang anda lakukan. Tetapi dalam masa yang sama anda juga perlu menetapkan matlamat dan lebih berdedikasi dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Selain itu, anda janganlah terlalu memanjakan diri anda dan anda kena lebih berdisiplin dalam menangani masalah ini. Ini akan menjadikan semasa kita membuat kerja itu lebih seronok kerana ianya akan memberikan satu cabaran kepada diri untuk menyiapkan tugasan ini dalam masa yang terhad.

3. Jangan Tangguh Kerja

Teknik pengurusan masa berkesan yang ketiga ialah jangan tangguh kerja. Apabila anda sudah mencatatkan anda punya kerja harian yang anda buat, anda perlulah menyiapkan dengan kadar yang segera. Tetapi antara kelemahan yang ada pada diri seseorang ialah suka menangguh kerja atapun tidak membuat kerja. Kadang-kala kalau ia melibatkan hal-hal yang penting ianya adalah logik untuk kita terpaksa menangguh kerja. Masalah yang timbul adalah apabila kita membuat kerja sambil melayari internet ataupun membuka media sosial. Ini akan melekakan kita dan membuatkan kita lebih seronok untuk membuka media sosial kita dengan lebih lama berbanding dengan menyambung membuat kerja. Ini kerana apabila kita menangguhkan kerja atau tidak membuat kerja ianya akan membuatkan kita untuk mencari masa yang lain untuk menyiapkan tugasan ini dan membuatkan kita akan drag masa kita untuk membuat perkara yang kita tertangguh.

4. Menukar Jadual Pengurusan

Teknik pengurusan masa berkesan yang keempat ialah menukar jadual pengurusan. Jadual anda perlulah diaturkan mengikut aktiviti yang kita akan buat. Jadualamatlah penting bagi diri kita untuk menjadi panduan seharian bagi diri kita setiap hari. Anda perlulah pandai membahagikan masa untuk kerja dan juga masa untuk bersama keluarga. Anda tidak boleh mencampurkan benda pada waktu kerja dan waktu bersama keluarga. Me Time ini juga penting kerana pada masa ini anda boleh merehatkan diri anda bersendirian. Anda juga boleh mengisi masa ini dengan pergi ke spa ataupun anda juga boleh membuat apa-apa sahaja yang anda suka. Ini semua mengikut kesukaan anda sendiri. Anda tidak boleh terlalu memaksa diri anda dalam membuat kerja dan anda perlu tahu bahawa minda manusia hanya dapat fokus dengan baik selama 90 minit pada satu-satu masa. Tanpa ada ruang untuk rehat seketika, adalah sukar untuk fokus dan mengekalkan motivasi.

5. Belajar Untuk Berkata Tidak

Teknik pengurusan masa berkesan yang kelima ialah belajar untuk berkata tidak. Dalam hal ini, mungkin akan ada sesetengah orang yang tidak faham dengan kerjaya kita sendiri. Hingga menyebabkan ada kalanya kita akan hilang kawan pada masa ini. Ini kerana apabila ada rakan-rakan anda yang mahu mengajak anda untuk lepak ataupun makan bersama dan anda mengatakan tidak. Anda boleh menggunakan masa tersebut untuk membuat kerja dan boleh membuat perkara-perkara yang lebih bagus dan tidak membuang masa.

6. Elakkan Bermesyuarat

Teknik pengurusan masa berkesan yang keenam ialah elakkan bermesyuarat. Bagi sesetengah individu yang berkerjaya mahupun yang terlibat dengan perniagaan pastinya akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang hal-hal yang berlaku. Tetapi adakalanya juga, terdapat mesyuarat yang tidak membincangkan hal-hal yang tidak penting. Ini adalah antara jenis mesyuarat yang patut dielakkan. Sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah individu yang melakukan mesyuarat pastinya akan berlanjutan dan memakan masa yang panjang. Mesyuarat perlulah dibuat dalam masa yang singkat dan produktif agar masa yang tinggal boleh digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat.

7. Elakkan Berfikir Seperti Mat Jenin

Teknik pengurusan masa berkesan yang ketujuh ialah elakkan berfikir seperti Mat Jenin. Berangan-angan itu adalah tidak salah. Tetapi ianya akan membuang masa kita kerana ianya tidak bermanfaat dan tidak mendatangkan apa-apa hasil. Anda mestilah berpikir secara rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Dalam apa-apa perkara yang dilakukan mestilah berpikir dengan cermat dan sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusan.

Untuk maklumat yang lebih menarik, anda boleh tekan link di sini

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Artikel

Emosi semasa membuat Grafik Design

Assalamualaikum pada semua sahabat yang sentiasa ceria, positif dan aktif. Lama tak berkongsi tips dan tutorial untuk anda semua. Terima kasih kepada yang support kami selama ini. Banyak kunjungan walaupun baru buat,

Artikel

Apa kelebihan Hosting VPS?

Kelebihan utama hosting VPS ialah mereka memberi anda kebebasan untuk memiliki mesin maya anda sendiri seperti yang anda mahukan dari server yang lebih mahal dan berdedikasi dengan prestasi yang membolehkan

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top