5 Perkara Kena Buat Jika Nak Bisnes Pergi Jauh?

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

1. Daftar SSM

Jadikan perniagaan kita berdaftar & sah. Jika berniaga, tapi tak daftar perniagaan di SSM, adalah satu kesalahan dimana boleh dikenakan tindakan undang undang. Bakal pelanggan pun lebih trust bila berurusan pembayaran semua melalui akaun perniagaan, bukannya peribadi. Lebih senang jika daftar SSM guna nama brand & bisnes kita je.

Untuk daftar perniagaan kecilan ni biasanya lesen perniagaan kategori Enterprise. Sebaikknya untuk bisnes kecilan, daftar milikan tunggal. Kalau nak berpartner, bisnes nak membesar, better upgrade terus ke Sdn Bhd. Sebab, agak leceh urusan keluar masuk duit, dll, jika bisnes kecilan jenis perkongsian. Nama Enterprise ni boleh juga kalau tak nak masukkan ‘Enterprise’ dalam nama perniagaan kita. Contoh: “Kedai Mamaku Enterprise”, boleh guna nama “Kedai Mamaku”.

Jadi, senang, nama brand, sama dengan nama pendaftaran perniagaan SSM. Esok kalau bisnes dah maju, nak upgrade ke SDN BHD pun dah mudah.. Tak perlu tukar nama, terus sambung je dari nama lama. Contoh: “Kedai Mamaku” diupgrade kepada “Kedai Mamaku Sdn Bhd”.

2. Secure Di Myipo

Nama brand kita ni belum jadi hak milik selagi tak daftar di Myipo. Lebih-lebih lagi bila bisnes dah besar nanti, tahu tahu nama brand kita kena curi oleh orang lain. Fuhh sayang. Brand sendiri di usahakan bertahun tahun, akhirnya orang lain senang senang ambil alih. Masa tu, kita tak boleh saman orang yang gunakan harta intelektual jika tak daftar harta intelek tersebut di myipo

Myipo juga dapat selamatkan kita, dari tersalah guna brand orang lain untuk bisnes kita.. Dah setahun bina brand sendiri, rupanya brand ni memang milik orang lain di negara luar. Habis, surat saman sampai sebab guna harta intelek orang lain. Lagi sakit.

3. Buka Akaun Semasa

Buka current account atas nama perniagaan seperti yang dah didaftarkan di SSM.. Jadi, segala pembayaran kita dapat, kita bagi nombor akaun perniagaan, bukan lagi nombor akaun peribadi. Boleh daftar Maybank & CIMB atau mana-mana bank, ada yang kena introducer & ada yang tak perlu. CIMB dapat kad, saranan saya kad tu jangan keluarkan guna ATM, susah nak rekod. Melainkan untuk kad debit, seperti urusan ads payment, minyak, dll

Apa itu inroducer yang saya cakap kat atas? Introducer ni ialah orang yang dah ada current acc tak kisah personal current account, atau business current account, kalau dah lebih 1 tahun dah boleh jadi introducer kita. Tahu tak pentingnya current account ni?

  • Asing duit personal & bisnes
  • Tahu untung rugi if kita asingkan duit
  • Pelanggan lebih trust bila nak bank in
  • Mudah bila nak bayar tax
  • Banyak kemudahan lain dari segi fasiliti pinjaman bank, geran perniagaan, mahupun bantuan perniagaan

4. Rekod Setiap Transaksi

Rekod duit keluar masuk ni sangat penting. Tak perlu pening-pening nak kira kalau bisnes masih kecil. Yang penting rekod dulu.. Untuk apa? Dari rekod ni boleh tahu untung rugi dan juga untuk declare di LHDN.

Rekod paling asas: Invois jualan (duit masuk) &Resit pembelian (duit keluar). Cara mudah ialah dengan asingkan file. 1. File Duit Masuk, Contoh, setiap barang dah terjual, kita bagi resit/invois ke pelanggan kita, resit/invois jualan ni kita print & simpan dalam file. 2. File Duit Keluar, contoh: Setiap perbelanjaan bisnes yang kita buat seperti bil bil, internet, beli stok, sewa kedai, fbads, banner, minyak, dll.. Dapatkan resit, simpan dalam file.

Buat sahaja dulu, nanti bulan 12, hantar kat akauntan untuk kira, untung ke rugi.. Lain kira, janji kita submit kat LHDN untuk declare. Perniagaan jualan yang lebih 25K setahun sebaiknya declare dengan LHDN. Nanti jualan dah ratus K, after 5-10 tahun LHDN boleh cari kita balik,

“..Mana sales 500K tahun sebelum ni tak declare ya?..”

Masa tu pulak resit tak simpan. fuh! derau darah. Rugi atau tak, Kita tetap di cukaikan dengan transaksi 500K itu sebab tak ada rekod, resit tak simpan. Resit & rekod jualan tu, kena simpan sampai 7 tahun, baru boleh lupuskan. Taknak resit tu pudar, dan hilang dakwat.. Boleh fotostat @ ambil gambar setiap resit perbelanjaan kita, dan print semula.

Bila bila LHDN datang nak cek. file tadi & resit yang ada mungkin boleh bantu. So, kalau submit dari sekarang, tak perlu risau.. untuk 5-10 tahun akan datang. Lain lain apa bagusnya declare cukai ni? Jika nak kembangkan perniagaan, adakalanya tak cukup modal, perlukan moda tambahan melalui pinjaman bank. Atau bisnes sedia ada kita nak beli rumah untuk property misalnya. Disini perlunya penyata akaun yang dah verified. Penyata akauan tahunan yang verified hanyalah, bila kita dah submit & bayar tax. Baru bank mudah nak luluskan pinjaman kita.

5. Laporan Kewangan Tahunan

Jangan pening pening nak sediakan laporan kewangan tahunan bisnes kita.. sebab nak sediakan memang pening. Resit dalam file yang tebal 5 inci tu kalau nak kira sendiri, fuhh.. mengalir air mata beb.. Dah la ada 5 file.. setahun punya rekod. Jangan pening, ramai je sekarang ni akauntan bertauliah,

Bila kita gunkan khidmat akauntan bertauliah, mereka boleh kirakan siap, dan submitkan sekali ke LHDN siap siap. Kita hantar bank statement, file invois & resit je.. selesai.. Tau tau, Akauntan dah kirakan, dan dah kira sekali berapa cukai kena bayar. Adakalanya, untuk bisnes kecil ni, lepas Akauntan kira, kita tak perlu bayar cukai pun, sebab untung tahunan belum layak lagi dikenakan cukai.

Inilah serba sedikit pemilik bisnes perlu tahu jika nak survive lama. Boleh dapatkan nasihat yang lebih pakar jika masih kurang jelas, dapatkan tips-tips dari mereka yang telah berjaya. Semoga perniagaan kita terus maju dan dapat membantu negara dan ummah.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Teknik Pemasaran

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan Online

Ramai rakyat Malaysia sudah mula berjinak-jinak untuk menceburi bidang perniagaan. Namun ada segelintir yang masih berfikir sama ada untuk berniaga secara online mahupun offline. Berikut adalah 8 sebab mengapa anda perlu

Kelebihan Dan Kekurangan Mobile Websites
Uncategorized

Kelebihan dan Kekurangan Mobile Websites

Pada masa kini ramai yang sudah memiliki telefon pintar sendiri. Website juga telah mula beralih kepada paparan mobile ataupun mudah alih. Jadi, apa kelebihan dan kekurangan Mobile website atau lebih

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top