6 Langkah Optimize Sale Conversion di Website

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Semua orang impikan sale conversion yang automate. Kalau boleh automate beli direct melalui website. Tau-tau sales dah masuk, bunyi kcing kcing kat apps woocommerce menandakan order bertalu-talu masuk. Nak tahu cara buat website eccomerce, klik sini
User boleh beli terus, bayar guna payment gateway, optional boleh pilih online banking atau kad kredit. Lihat graf jualan RM2-4K sehari jualan tanpa perlu whatsapp. Fuhh sukanya, boleh ke fasa Scale Up ni. Sape tak nak kan?
Tapi tidak semudah itu.. Bila nak dapat jualan dari website, dia pun ada banyak proses ‘learning phase’

1. LEARNING PHASE DENGAN SENTIASA BACA DATA & SPLIT TEST

Bukan semata Algorithm Facebook sahaja ada fasa learning phase, malah kita pun perlu jalankan beberapa split test, ujikaji untuk ditambah baik dari masa ke semasa. Dimana process learning phase ni dapat daripada bacaan data yang kita dapat selepas 1-7 hari jalankan kempen.

  • Berapa spend
  • Berapa page view
  • Berapa add to cart/initiate checkout
  • Berapa conversion sales nya

*Nak senang, baca melalui apps Facebook Ads Manager yang boleh download melalui google store atau Apps store.

2. OPTIMIZE PROCESS PEMBELIAN DI WEBSITE

Nak jadikan sale conversion di website semestinya kena pastikan website tu sendiri dah di optimize. Selain optimize speed, lazyload image, text, font, colour, sales page length. Dari segi proses pembelian agar customer faham mesej, penyampaian apa yang mereka nak, diperlukan & proses cara nak beli pun perlu diambil kira ya!

  • Flow halaman website kita, user baca dari sales page sampailah ke Checkout page.. Semakin banyak page, semakin turun sale conversion. Elakkan banyak page, 1 page recomended, Sebab user tak perlu lalui banyak page baru jumpa button nak bayar..
  • Flow sales page itu sendiri, bagaimana penerangan kita. Lebihkan elemen binefit kepada pelanggan, apa kelebihan kepada pelanggan kita? berbanding banyak cerita pasal feature produk semata.
  • Link/Chat/Whatsapp customer services, mcm mana pula kalau customer jenis nak hubungi dahulu team CRM (Customer Relation Management) baru mereka nak beli. Mungkin behavior jenis suka bertanya, baru beli.
  • FAQ (Frequently Ask Question), soalan lazim yang customer selalu sangat tanya, kita tak perlu nak jawab berkali kali, letak je terus dalam secuon FAQ ni. berapa banyak soalan pun boleh.
  • Cara buat pembayaran. tak semua customer pandai nak bayar secara online, sebab pertama kali buat pembelian online di website kita, interface berbeza, kurang jelas cara nak bayar, or dll.. Boleh gunakan video.

3. TAHU BEHAVIOR PELANGGAN BERBEZA, CARA BELI PUN MUNGKIN BERBEZA

Boleh letak link customer servis di akhir web jualan, atau di bahagian footer website kita. Sebab masing masing ada behavior tersendiri.

  • Ada customer tak suka gila, asal nak beli barang je kena whatsapp dulu, bagi la harga terus,
    “..saya tak de masalah nak beli, kalau produk tu bagus.. saya nak beli terus, taknak wassap wassap..”
  • Ada customer yang nak tanya soalan penting dulu, sebelum nak beli barang, mungkin nak kepercayaan, kepastian, dan keyakinan.

Namun, untuk kes kedua (2), iaitu customer nak tanya dulu ni, kita boleh minimze dengan letak FAQ section dalam sales page. Soalan soalan ini, soalan yang biasa ditanya oleh pelanggan kita.

4. SECTION FAQ – Frequently Ask Question

Jadi, kebaikkan FAQ adalah, Ada beberapa soalan pelanggan tadi, telah di jawab siap siap di bahagian FAQ, tanpa perlu hubungi kita pun. Mereka boleh buat pembelian terus melalui button CTA ataupun borang, tanpa perlu tanya lagi bahagian customer servis.

5. BUTTON/LINK/CHAT CUSTOMER SERVICE

sale conversion

Mungkin boleh selepas letak FAQ section & tambah pula dengan Link Customer services. Ini cadangan saya bila nak letak butang customer servis:

Letak butang/link customer servis di akhir kandungan dalam web jualan. Kenapa kita perlu letak link diakhir web jualan?
Ini nak melatih & tapis bakal pelanggan kita dulu, sekurang kurangnya mereka dah baca dulu kandungan dalam sales page tersebut. Selain kita dapat filter mereka, yang dah betul betul berminat shj hubungi bahagian customer servis.

  • Apa problem & goal yang nak diselesaikan
  • Apa kata mereka yang guna sebelum ini
  • Apa ciri ciri produk & servis kita
  • Siapa yang sesuai gunakan produk kita
  • Tawaran pakej & harga
  • CTA borang/payment
  • FAQ

Selepas FAQ, kita boleh letak butang @ link hubungi customer servis. Sekurang kurangnya, Leads yang masuk itu, benar benar ditapis, mereka dah sedia nak buat pembayaran. Kita tidak lagi terangkan panjang panjang pasal info produk, Mereka dah baca semua di bahagian web jualan.
Malah, kita boleh lebih galakkan mereka boleh buat pembayaran terus selepas mereka baca di web jualan tersebut dengan kupon, voucher, diskaun 5%, cashback or dll.

6. RETARGETING ADS

Nak buat retargeting ads, pastikan website kita dah ada traffic, dan dah ada audiens CA (Custom Audiens) trafik ke website 30-90 hari lepas. Mulakan dengan budget yang kecil dahulu. Dengan retargeting ni, mereka tak buat pembayaran pun tak pe, Fasa FOLLOW up guna retargeting boleh dilakukan, sebab sebahagian mereka memang suka buat pembelian saat akhir.

Apa yang kita nak masukkan dalam fasa follow up untuk kempen retargeting ya? Boleh pilih mana mana yang sesuai:

  • Follow up apa kekuatan ciri2 produk kita
  • Apa testimoni pengguna dalam bentuk video & ayat
  • Bonus & Freegift yang kita nak kedepankan.. Ads kalangan mereka lebih tertarik, sebab mereka dapat freegift @ bonus
  • Peringatan saat akhir, samada lepas ni dah tak nampak iklan lagi, atau kita sendiri ingatkan, Hari last kalau nak dapatkan produk XXX + siap bonus YYYY.

Kesimpulan nak optimize sale conversion di website? Saya recall balik ya.

  1. Split test & baca data conversion, kalau spend banyak takde sales tu off la cepat cepat, optimize pakai audiens & targeting lain pulak.. Try guna detail targeting lain ke, CA lain ke, LA lain ke..
  2. Letak FAQ kat akhir sales page..
  3. Letak Link/Button/Chat customer servis, boleh juga letak button Facebook Messenger sbg link Customer servis, button tu effect sikit kat web speed.. Paling senang, isntall je plugin button whatsapp atau button chatbot for web guna conversio bot.
  4. Faham fasa jualan di website, flow dia, mcm mana nak yakinkan customer, lebihkan benefit pada pelanggan, apa mereka dapat, apa masalah mereka yang akan diselesaikan.
  5. Flow page, mcm mana lepas user berminat, klik button nak bayar, banyak tak proses dia? Berapa banyak page kena lalui, itu pun kena optimize.. Boleh guna plugin Direct Checkout jika guna wordpress..
  6. Retargeting ads, nak buat retargeting ni, ia target pada trafik ke website kita lepas lepas.. jadi kalau web takde traffic apa nak buat? Tarik dulu dgn konten, ebook free, freegift, or direct ke soft sell, or di sales page sendiri, or dll asalkan web masuk traffic tau? Then retargeting semula.. Mana boleh retargeting web yanf trafic zero. Mulakan dengan bajet kecil.. Mula dengan RM5 per days pun okay..
  7. Dah ada purchase dalam website? Buat segmentation of similar audiens..
    1-3% of LA (Lookalike) more similar, more targeted, ni boleh tarik terus ke sales page, softsell page, or dll
    4-7% of LA, more broad audiences, less similar, but still targeted, ni tarik ke BA (Brand Awareness) Phase.. dimana anda tarik dulu mereka lihat video anda, baca konten, untuk populate CA (Custom Audiens). Mcm mcm boleh buat bila ada CA ni.. antaranya retargeting ads & populate new Lookalike LA audiences..

Save dulu post ni, actually, dah lama tulis, tapi konten ni kena tulis agar yang baca nampak dan faham sikit..

P/s: Ni gambar contoh Kalau install apps Woocommerce, dapat graf mcm ni.. Dan order masuk dapat notification, dan boleh urus order direct guna apps.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

7 Risiko Perniagaan Setiap Perniagaan Yang Perlu Diketahui
Bisnes

7 Risiko Perniagaan Yang Perlu Diketahui

Membangun perniagaan memerlukan kerja – dan risiko. Tetapi beberapa risiko lebih berbahaya daripada yang lain. Berikut adalah beberapa risiko yang harus diingat oleh setiap pemilik perniagaan. Menjalankan perniagaan memerlukan kerja

messenger ads
Teknik Pemasaran

Facebook Ads: Strategi Setup Messenger Ads

Facebook bagi banyak pilihan kempen iklan bergantung pada objektif yang berbeza dan salah satunya ialah Messenger. Messenger Ads ialah teknik iklan yang akan bawa pelanggan ke Inbox Messenger dan boleh

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top