6 Langkah Mudah Tukar Facebook Personal Kepada Page

tukar facebook personal kepada page

Kita tahu jika nak jalankan iklan di Facebook semestinya memerlukan FB Page, iklan tidak boleh dilakukan di FB Personal. Dan bila kita buat satu page, kita memerlukan peminat (fan) atau pengikut (follower) supaya page kelihatan lebih dipercayai.

Masalahnya ialah kerana page itu baru, sudah semestinya kita tiada fan atau follower, jadi ada tiga cara boleh dilakukan iaitu:

  1. Jalankan iklan LIKE MARKETING dimana kita bayar facebook untuk mencari pengguna dan menyuruh mereka like post atau page kita.
  2. Invite senarai rakan untuk like page secara manual. Tetapi ini memerlukan persetujuan mereka untuk like atau tidak.
  3. Tukarkan terus semua senarai rakan (friend list) kita kepada follower dengan page migration.

Apa itu Page Migration?

Page migration ialah kita tukar personal facebook kepada Page, dan kita bawa semua senarai rakan dan post yang ada ke page. Kaedah ini sesuai jika anda sudah mempunyai friend list yang ramai (saya cadangkan 3 ribu ke atas). Apa kebaikan page migration ini?

  • Go Public: Capai lebih ramai orang dengan lebih mudah page kerana limit fungsinya lebih banyak tidak seperti FB personal.
  • Insight: kita boleh lihat statistik post mana yang mendapat lebih engagement (like, komen & share). Jadi kita boleh perbaiki kontent yang diberi.
  • Komuniti: Bermula dengan rakan dan seterusnya dapat bina komuniti yang lebih besar. Tahap kepercayaan lebih tinggi bila lihat senarai fan/follower yang tinggi.

Kekurangan page migration yang utama ialah Nama page akan mengikut nama FB personal. Jika anda nak brandingkan nama anda sendiri, maka cara ini sesuai untuk ada, tapi jika anda nak letak nama bisnes atau produk pada page maka cara ini tidak boleh digunakan. *Amaran: Nama page yang telah di migrate tidak boleh ditukar

6 Langkah Tukar Facebook Personal Kepada Page

  1. Pergi ke Facebook for Creator, scroll ke bawah dan klik pada profile to Page migration tool
tukar facebook personal kepada page

2. Klik “Get Started”

tukar facebook personal kepada page

3. Pilih kategori dan klik “Next”

tukar facebook personal kepada page

4. Pilih senarai rakan yang anda ingin bawa kepada page dan klik “Next”

tukar facebook personal kepada page

5. Pilih Video dan Post yang ingin dibawa ke Page dan klik “Next”

tukar facebook personal kepada pagetukar facebook personal kepada page

6. Dan akhir sekali klik “Create Page

Siap! Dengan 6 langkah mudah ni anda dah berjaya tukar Facebook personal kepada page dan jadikan semua senarai rakan anda kepada follower tanpa mengeluarkan budjet untuk like marketing. Jika anda teruskan dengan konten yang menarik, rakan-rakan anda akan share dan secara langsung page anda akan mendapat lebih banyak like di masa hadapan.

Panduan urus dan tingkatkan ROI facebook page, baca disini

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment