Tingkatkan ROI di Facebook Page Secara Percuma

facebook page

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Kadang kala kerja pemasaran produk dan perkhidmatan di Facebook boleh menjadi satu kerja yang agak mencabar terutama bagi halaman Facebook ( Facebook page) yang masih baru. Dengan tahap persaingan yang tinggi, sistem dan algorithma yang sering bertukar, dan peraturan-peraturan baru menjadikan kerja pemasaran lebih susah dari dahulunya. Kesilapan atau kekurangan boleh memberi kesan yang besar terutama jika anda menggunakan iklan berbayar. Matlamat utama sebagai pemasar ialah mahu setiap post atau iklan yang dibuat muncul di news feed pengguna, bukan senang sebenarnya nak buat pengguna facebook berhenti melihat post atau iklan kita. Ditambah lagi dengan pesaing yang ramai dan post-post yang dibuat oleh pemilik page dan pengguna lain.

Panduan Asas Tingkatkan ROI Facebook Page

Penjenamaan (Branding)

facebook page
Profile Image & Cover Image

Dua aspek yang paling penting dalam penjenamaan Facebook page adalah Profile image & cover image. Dalam kes profile image, anda perlu letak gambar yang unik samada logo atau gambar yang focus pada satu produk terus tapi tidak terlalu berserabut. Imej profil anda harus serta-merta dikenali prospek. Pastikan bahawa apa-apa teks yang anda masukkan pada imej-imej ini adalah berkualiti tinggi dan sangat kelihatan. Bagi cover image pula, pastikan ia tidak kekal sama buat masa yang lama. Jika anda ada buat promosi bermusim, cover image ini kena ikut bertukar sekali. Dan di cover image ini juga anda boleh masukkan CTA. Kini, Facebook telah meletakkan features Video di cover image dan ini boleh menjadikan pengenalan anda lebih menarik.

Stories

facebook page

Stories adalah salah satu cara yang paling popular dan sudah menjadi trend terbaru sekarang. Dari stories ini anda telah menunjukkan tahap aktif anda di facebook. Ia boleh dibuat dalam bentuk teks, pautan diskaun, imej produk, video atau grafik. Adalah penting untuk mengetahui bahawa kebanyakan pengguna lebih suka mengklik stories ini daripada melawat page, profil atau group untuk menyemak status bisnes anda. Hampir semua platform media sosial utama seperti, WhatsApp, Instagram dan Snapchat telah memperkenalkan ciri ini sebelum Facebook, dan ianya berjaya. Anda boleh menggunakan fungsi Facebook Stories sebagai platform untuk memasarkan produk dan servis terkini anda. Tetapi kekurangan stories ini ialah ia Cuma bertahan selama sehari sahaja.

Facebook Messenger

Facebook Messenger adalah cara terbaik untuk berhubung dengan pelanggan anda. Dengan tambahan chatbot, anda dengan mudah dapat menetapkan autoreply supaya pelanggan dapat jawapan dan bantuan apabila diperlukan. Kini, messenger bukan sahaja digunakan untuk membalas mesej tapi juga untuk buat jualan terus. Malah anda boleh setkan, bila pengguna komen sahaja di mana-mana post anda, chatbot akan terus menghantar mesej intro kepada mereka.

Jika anda ingin belajar Setup FBAds dan Chatbot – klik sini

Video Konten

Contoh Video Konten

Video merupakan salah satu kaedah pemasaran yang paling berkesan di mana-mana platform media sosial utama. Kandungan video yang bermaklumat dan bermanfaat dengan hiburan mempunyai keupayaan untuk memahami pelanggan dengan cepat. Pastikan video yang anda muat naik pada halaman Facebook anda dihasilkan dengan kandungan yang relevan. Anda boleh membuat demo produk, membuat aliran langsung dan video yang berkaitan dengan isu yang dihadapi oleh pelanggan.

Kandungan video berkualiti tinggi di page membantu menjana klik yang banyak. Laburkan sedikit dalam usaha membuat video yang berkualiti dan professional. Video konten yang Berjaya ialah yang mendapat banyak perkongsian (share) dan engagement (like & komen)

Kata Kunci (keyword)

Menggunakan kata kunci yang relevan dalam page anda dan iklan adalah satu kewajipan.. Tajuk, penerangan, teks video dan caption anda semua boleh dioptimumkan dengan tag dan kata kunci. Dengan itu, sasaran audiens lebih mudah mencari page.

Ini adalah beberapa panduan asas yang boleh diikuti untuk memaksimumkan ROI dari laman Facebook. Selamat mencuba.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Smart
Tips Menarik

Rancang Pemasaran Anda Dengan S.M.A.R.T

Untuk capai matlamat bisnes, anda mungkin dah buat macam-macam strategi pemasaran, trial & error, buat kajian pasaran. Tapi masih belum capai matlamat itu. Dengan S.M.A.R.T ini akan membantu bisnes ada

Teknik Pemasaran

8 Langkah Marketing Untuk Bisnes Anda

Anda baru nak berjinak-jinak dalam bisnes. Tetapi anda tidak tahu cara marketing yang betul untuk menaikkan bisnes anda. Ia bukanlah sesuatu yang mudah tetapi anda perlulah sentiasa mencuba dan jangan

9 Idea Perniagaan Kos Rendah
Bisnes

9 Idea Perniagaan Kos Rendah

Mungkin ramai yang tidak tahu akan perniagaan yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan walaupun dengan kos yang rendah. Jom kita lihat: 1. Home Tutoring Ini adalah salah satu daripada banyak idea

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top