5 Kategori Utama Custom Audience (CA)

custom audience

Custom Audience adalah salah satu tapisan (filter) dalam Facebook dimana ia membolehkan pemasar (marketer) memilih sasaran audience dari senarai yang tertentu. Senarai ini boleh diupload sendiri ataupun diperoleh dari data yang telah dikesan oleh Facebook Pixel. Dibawah ialah 5 kategori utama custom audience (CA)
Tips Pilih Audience Yang Terbaik disini

1. Custom Audience Video Views

Ini adalah kelompok yang dipilih oleh Facebook berdasarkan tontonan video. Tontonan ini dikategorikan mengikut tempoh masa tontonan sesebuah video. Untuk jalankan iklan, CA berkualiti ialah mereka yang sudah menonton video lebih 50% atau 70%.

2. Custom Audience Traffic

Traffic yang masuk ke website dah ada datanya melalui pixel. Setiap pelawat ke website kita adalah sebahagian dari audience yang berkualiti termasukalah mereka yang:

  • dah baca artikel kita
  • yang cari informasi
  • nak tahu info produk
  • nak download ebook percuma kita
  • yang purchase produk kita

Orang yang melalui salah satu aktiviti diatas adalah audience berkualiti. Kita boleh target semula mereka untuk lihat iklan produk or di sales page kita.

3. Custom Audience Engaged

CA Enggage ialah mereka yang dah like, komen, share, message, saved, or dll. Mereka yang pernah enggage kita pun boleh retarget balik utk iklan-iklan baru. Cuma bergantung pada behavior mereka. Kalau enggage sebab live contest mostly kurang berkualiti berbanding video views. Boleh cuba split test ya. Antara CA mana yg okay.

4. Custom Audience Customer List

Jika kita ada banyak database pelanggan samada database prospek (yang belum beli) atau database pelanggan (yang dah beli), kita boleh gunakan semula untuk, dengan syarat, database tadi dah simpan dalam bentuk file excel. Yang rajin kumpul prospek download ebook free tu, kena isi nama, email, n no phone tu, boleh guna balik database ni.

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment