4 Cara Mudah Urus Dokumen Cukai

cara urus cukai

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Sales dah cecah beribu sehari. Tapi, tak declare LHDN. Bila kita delay, tak simpan resit & dan tak buat kira-kira penyata keuntungan & bayar cukai.Bersiap sedia lah, satu hari nanti. LHDN pasti akan kejar nanti. Tak takut ke bila tiba-tiba cukai tertunggak beratus ribu?. Sebab bisnes tak pernah bayar cukai dah bertahun tahun? Untuk usahawan macam kita ni yang baru mula bisnes, ni antara beberapa cara mudah urus dokumen cukai. Benda simple tapi kena buat:

Cara Mudah Urus Dokumen Cukai

Cara Mudah Urus Dokumen Cukai

Lantik person-in-charge atau Admin khas untuk uruskan resit perbelanjaan, apa-apa transaksi keluar masuk bisnes. Setiap kali beli barang atau berbelanja pastikan minta resit, kemudian resit itu serahkan kepada PIC kita untuk disimpan. Kalau kita disiplin nak urus sendiri untuk permulaan pun tiada masalah, suruh staf uruskan dengan follow langkah mudah ni:

Simpan

Resit biasanya saiznya kecil kecil, jadi kena kumpul & tampal di atas kertas A4, agar tak membazir kertas bila kita fotostate nanti. Ini antara perbelanjaan & jualan yang wajib simpan resit:

  • Resit perbelanjaan apa apa keperluan berkaitan bisnes, walaupun isi minyak untuk tujuan bisnes, mintak resit
  • Bil api, air, internet..Resit sewaan opis.
  • Penyata gaji staf samada komisyen, gaji tetap, gaji part time, mesti kita buat slip.
  • Resit Facebook Ads.
  • Resit beli produk dari kilang, restock produk, dll.
  • Invois jualan @ resit yang kita keluarkan kepada pelanggan yang beli produk kita.
  • Resit touch n go untuk tujuan bisnes.
  • Slip gaji kita sendiri sebagai pengusaha bisnes.
  • Resit yuran hadir ke kelas & seminar

Salinan

Fotostate salinan asal (yang dah tampal di kertas A4) tadi. Salinan asal ni biasanya akan pudar kalau kita biar lama lama. Jadi fotostate awal awal sebelum ia pudar nanti susah sebab kita nak ‘outsource’ ke akauntan.

Susunan

Asingkan salinan fotokopi A4 yang dah siap potostate tadi, ikut bulan. boleh asing ikut divider A4 tulis bulan Jan, kemudian halaman seterusnya semua resit bulan Jan. Sambung divider bulan Feb, simpan semua resit bulan Feb. Sebab? Senang nak mudahkan akauntan kira jumlah perbelanjaan & jualan tiap bulan.

Submit

Submit ke Akauntan bertauliah diluar, beserta bank statement kita. Mereka akan uruskan dari segi pendaftaran borang online di LHDN, submit borang, dan berapa amount cukai yang perlu dibayar dari keuntungan kita (tahunan). Ia lebih mudah.

Benda ni bukan main main, saya dah lihat, bila klien tunjuk surat LHDN kat saya, kena bayar segera dalam RM 1.5 juta lebih. Tengah pening nak buat sales lebih sebab nak cari duit nak bayar tax pulak. duit dalam bank pun tak cukup nak bayar. – Artikel asal oleh Ubaidullah Jaafar

Anda Bisnes Owner Jangan Buat 3 Perkara Ni!

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Bisnes Bermasalah Apa Yang Perlu Dilakukan
Bisnes

Bisnes Bermasalah? Apa yang perlu dilakukan

Anda telah melaburkan sejumlah besar masa dan wang ke dalam syarikat anda. Malangnya, satu kecemasan, krisis atau bencana boleh memberi kesan buruk kepada perniagaan yang telah anda usahakan dengan gigih.

Cara Rasulullah Berniaga
Tips Menarik

9 Cara Rasulullah Berniaga Yang Boleh Kita Contohi

Rasulullah merupakan ahli perniagaan yang hebat. Pada suatu ketika di waktu berniaga, Rasulullah telah memperoleh keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama. Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam

design grafik

Emosi semasa membuat Grafik Design

Assalamualaikum pada semua sahabat yang sentiasa ceria, positif dan aktif. Lama tak berkongsi tips dan tutorial untuk anda semua. Terima kasih kepada yang support kami selama ini. Banyak kunjungan walaupun baru buat,

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top