3 Cara Hilangkan Rasa Takut Berniaga

3 Cara Hilangkan Rasa Takut Berniaga

Mungkin ada di antara anda yang teringin sangat nak berniaga tapi takut atas sebab-sebab yang tertentu. Topik kali ni khas untuk orang yang takut berniaga tapi nak berniaga. Rileks, anda tidak keseorangan dalam masalah ni.

Macam mana nak hilangkan rasa takut berniaga?

Ada 3 cara hilangkan rasa takut.

1. Jangan fikir negatif

Sebelum mula berniaga, jangan sesekali berfikiran negatif. Fikirkan yang baik-baik je. Fikirkan positif untuk menaikkan semangat berniaga. Fikiran positif juga boleh membantu kita untuk bertindak positif. Apa yang kita fikirkan tu jadi doa. Kita bukannya binatang nak bertindak tanpa berfikir so nak buat apa-apa fikir dulu sebaik-baiknya.

2. Selesaikan masalah takut berniaga

Bila fikiran dah positif, anda lebih mudah untuk menyelesaikan masalah. Apa yang menakutkan anda berniaga?

  • Kalau takut plan berniaga gagal, buatlah kira-kira modal, untung, jangka masa pendek/panjang dan semua perkara berkaitan bisnes yang nak diceburi.
  • Kalau takut berdepan dengan orang ramai, berniagalah secara online.
  • Kalau takut tak cukup modal, berniaga secara kecil-kecilan atau kerja makan gaji dulu buat sementara.
  • Kalau takut sebab takde pengalaman, bacalah pengalaman-pengalaman usahawan yang berjaya.
  • Kalau takut produk atau perkhidmatan tak laku, belajarlah cara-cara buat pemasaran.


Kalau takut takde tempat berniaga, cari tempat dulu atau berniaga je lah dari rumah secara online buat penghantaran by post or COD (cash on delivery).

Tak kira apa jenis perkara yang menakutkan anda berniaga insha Allah pasti ada penyelesaiannya. Sebab itulah langkah pertama sebelum selesaikan masalah takut mesti berfikiran positif dulu. Kalau fikiran negatif, masalah kecik pun nampak besar. Be positive and be brave!

3. Mulakan bertindak

3 Cara Hilangkan Rasa Takut Berniaga1
3 Cara Hilangkan Rasa Takut Berniaga1

Walaupun punca takut berniaga sudah dikenal pasti dan dinyahkan dari diri anda, keberanian anda belum terbukti lagi. Buktikan pada diri sendiri dengan mulakan langkah untuk berniaga. Cara ketiga ini mesti dilakukan untuk hilangkan terus rasa takut berniaga. Sama ada berniaga secara online atau offline atau kedua-duanya sekali tak jadi masalah. Janji berniaga!

Kalau anda ada tips yang lebih baik dari 3 cara atau langkah-langkah hilangkan rasa takut berniaga, sila kongsikan di ruang komen. Kita sama-sama hilangkan rasa takut berniaga.

P/s : Di sebalik kegagalan ada pengajaran untuk berjaya.

Artikel ini dikreditkan kepada kerjasendirijb.blogspot.com

Baca juga:

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment