5 Sebab Perlu Berniaga

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Bukan semua orang ingin dan berniat untuk memulakan perniagaan sendiri. Mungkin kerana tiada sebarang tergerak minat untuk menjadi usahawan atau kerana mereka bimbang akan rugi atau tidak mendapat pulangan modal.

Anda juga begitu?

Sememangnya tiada salah di situ. Terpulanglah pada diri masing-masing kerana mungkin kita lebih selesa bekerja makan gaji. Rezeki pastinya ada di mana-mana saja. Tetapi sebagai manusia, kita digalakkan berniaga untuk memajukan taraf ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup kita sendiri.

Antara keistimewaan kenapa anda mesti berniaga :

1. Mempunyai masa sendiri.

Apabila anda berniaga, anda boleh meluangkan masa anda bersama keluarga atau kawan-kawan sekiranya perniagaan anda dijalankan dengan baik. Ramai orang sentiasa mengadu mereka tidak mempunyai masa yang mencukupi bersama keluarga kerana terlalu sibuk bekerja. Kadang-kadang hujung minggu juga perlu kerja, setuju?

Itu tidak dikira lagi jika kerja anda memerlukan pengorbanan seperti kerja offshore, askar atau kelasi, jarang sekali anda dapat berjumpa dengan keluarga anda. Mulakan dengan berniaga jika anda ingin mempunyai lebih banyak masa bersama orang tersayang anda.

2. Untuk memenuhi keinginan.

Pernah tak anda jumpa orang yang kerja makan gaji, tapi boleh jadi kaya dengan hanya gaji bulanan mereka?

Jika mereka kaya pun, pastilah mereka ada kerja sampingan sendiri seperti berniaga atau ada melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan, betul? Jika hanya dibekalkan dengan gaji, pasti tidak mencukupi.

Sekiranya anda ingin melancong atau shopping barang-barang berjenama, anda juga perlu simpan duit untuk satu jangka masa, barulah dapat penuhi keinginan anda.

Dengan berniaga, anda boleh penuhi kehendak dan keinginan anda tanpa perlu berfikir banyak kali untuk mengeluarkan duit simpanan.

3. Membantu orang yang memerlukan bantuan.

Macam mana anda nak tolong orang lain jika diri anda tidak mempunyai kemampuan yang tinggi? Cara terbaik untuk anda membantu orang adalah melalui berniaga. Anda boleh menolong mereka untuk menghadapi kesusahan yang akan datang sekiranya anda mendapat rezeki yang tinggi.

Sekiranya anda tak berniaga, anda hanya dapat menolong mereka semampu yang anda boleh. Dengan hasil perniagaan anda, anda boleh membantu mereka dari segi kewangan, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

4. Cabar kemampuan diri sendiri.

Apabila anda memulakan perniagaan sendiri, anda perlu bertanggungjawab dengan sepenuhnya atas perniagaan anda.

Risiko-risiko dalam bisnes boleh mematangkan minda anda, melatih diri sendiri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam bisnes, berfikir dengan lebih advance untuk mencari ruang kejayaan, dan mampu mencabar diri sendiri untuk melakukan perkara yang anda tidak terfikir untuk melakukannya.

Jika anda terpaksa menghadapi risiko perniagaan anda dengan 100%, akhirnya anda juga akan menikmati 100% kemanisan kejayaan melalui bisnes anda.

5. Berbangga dengan pencapaian.

Pasti anda sendiri tidak terfikir yang anda akan mengecapi kejayaan yang anda membina dengan titik peluh anda sendiri. Anda boleh berbangga dengan hasil kejayaan yang anda sendiri cipta kepada masyarakat dan keluarga anda.

Kejayaan ini boleh dijadikan teladan dan kisah inspirasi kepada peniaga lain yang baru bermula menjalankan perniagaan dan dah tiada niat untuk berniaga. Tunjukkan pada mereka, kegagalan bukan penghalang untuk anda berjaya!

Artikel ini dikreditkan kepada domainplus.com.my.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

viral video content 1170x570
Teknik Pemasaran

Pemasaran Menggunakan Teknik Konten

Konten adalah bagaimana kita nak educate bakal pelanggan. Educate ni tak semestinya nak kongis tips jer, boleh jugak cerita pengalaman sendiri, boleh cerita masalah dihadapi, Perkongsian dari pengalaman orang lain,

Teknik Pemasaran

Kenapa Leads Tak Convert Kepada Sales?

Biasa kalau kita run iklan, beratus leads masuk, iklan nampak macam ada impak, tapi bila closing tu macam tak berkesan. Ini kena atasi awal sebelum kita rugi kos ads spend,

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top