10 TIPS TEMUDUGA UNTUK KERJA

10 TIPS TEMUDUGA UNTUK KERJA

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Apakah tips temuduga yang perlu anda ketahui sebelum pergi ke tempat temuduga?? Jadi pada hari ini saya akan kongsikan kepada anda tips temuduga untuk kerja yang akan membantu anda dalam temuduga. Insya-Allah.

1. Mencari Maklumat Tentang Syarikat Yang Temuduga

Anda perlu tahu serba sedikit tentang syarikat yang anda akan temuduga untuk kerja di sini. Mencari tentang latar belakang, nama pengarah syarikat dan lain-lain yang berkaitan. Maklumat syarikat boleh diperolehi daripada lama web dan juga media sosial. Anda juga perlu tahu tentang skop tugas dan jawatan yang anda mahukan.

2. Buat Skrip Dan Latihan

Anda perlulah membuat skrip dan latihan bagi mengurangkan kegugupan anda dihadapan panel nanti. Anda juga perlulah berlatih untuk memastikan anda tidak terpinga-pinga semasa ditemuduga. Sediakan soalan yang biasa ditanyakan semasa temuduga. Pastikan anda mahir dalam bercakap sama ada dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Jikalau anda berseorangan dirumah lakukanlah latihan ini didepan cermin ataupun jika ada kawan-kawan bolehlah berlatih bersama-sama. Anda perlu buat persediaan yang secukupnya demi menjamin masa hadapan anda. “practice make perfect”

3. Hadir Awal Ke Syarikat Temuduga

Pastikan anda hadir awal ke tempat temuduga. Hadirkan diri anda sekurang-kurangnya 15 minit awal ke tempat temuduga. Tunjukkan pada syarikat bahawa anda seorang yang sangat menjaga masa serta berdisiplin.

4. Penampilan Yang Sesuai

Dalam dunia pekerjaan, pakaian amatlah penting dan dipandang oleh sesetengah syarikat. Oleh itu, anda perlulah mengenakan gaya pakaian yang sesuai. Jangan memilih baju-baju yang warnyanya telah lusuh dan luntur. Baju dan seluar hendaklah digosok agar tidak kelihatan renyuk semasa ditemuduga. Elakkan membuat aktiviti yang mengeluarkan peluh. Pakailah wangian yang tidak terlalu tajam baunya.

5. Berkeyakinan Tinggi

Anda perlulah yakin semasa ditemuduga. Keyakinan anda juga boleh membuatkan anda terlalu hyper dalam melalukan sesuatu perkara. Oleh itu, anda perlu mengawal perkara itu.

6. Teknik Relaksasi

Anda perlulah tenang semasa hendak ditemuduga. Lakukan perkara yang boleh menghilangkan kegugupan dan rasa gemuruh anda. Teknik ini amatlah penting untuk digunakan semasa temuduga. Bagi yang beragama islam anda boleh lakukan berulang kali supaya tenang dan jangan lupa mulakan hari anda dengan Bismillah dan amalkan doa “Allahumma Yassir Wala Tu’assir, Rabbi Tammim Bil Khair”. Ertinya, “Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, jangan Engkau persulitkan, sempurnakanlah dengan kebaikan, Aamiin”.  Untuk yang beragama lain boleh mengikut kesesuaian yang diajari daripada agama anda.

7. Kejujuran Dalam Temuduga

Anda perlulah bertindak jujur dalam sesetengah perkara sahaja. Ini kerana kejujuran juga boleh menonjolkan kelemahan diri anda sendiri. Tetapi anda jangan pula menipu pengurusan syarikat anda tentang kemahiran yang anda ada.

8. Kemahiran Bercakap

Anda perlulah tahu untuk bercakap sekurang-kurangnya dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Ini kerana biasanya panel akan menguji anda dengan menggunakan kedua-dua bahasa ini. Tetapi jikalau anda mahir bahasa Cina, ianya akan menjadi satu bonus buat anda. Terdapat sesetengah panel akan menguji kemahiran bercakap dengan cara mengenalkan diri anda dalam kedua-dua bahasa ini.

Contohnya. My name is Nur Asyiqin Binti Ghazali. I am 20 years old. I live in Batu Pahat. I graduated from KRU Academy Kuala Lumpur in Diploma of Animation course. I worked as a concept artist for two years at FAREEDA Animation Studios Bertam, Penang in 2D animation. Animation is my passion. My specialty is I am able to create a fresh design and also illustrate my fantasy drawings in traditional and digital arts form according to creativity. I am punctual on my duties and I am now ready for more challenging tasks.”

9. Body Langguage Dan Eye Contact

Body Langguage amat penting kerana ianya melambangkan bahasa tubuh kita sendiri. Antaranya ialah menganggukkan kepala menandakan tidak, menaikkan bahu pula menandakan entah, dan jari telunjuk menuju kesuatu tempat adalah menunjukkan sesuatu tempat itu. Ini memainkan peranan dalam menentukan personaliti kita sendiri. Oleh itu, kurangkanlah membuat bahasa tubuh agar mudah difahami dan bercakaplah dengan lebih jelas serta nada yang mantap.

Eye Contact juga amat penting. Janganlah terlalu menunduk ataupun pandang kearah yang lain untuk tujuan bersahaja. Anda mestilah memandang tepat kearah mata panel anda dan membuat muka yang gembira. Jangan menunjukkan reaksi muka yang bengis dan marah, ianya akan menjejaskan tahap keyakinan panel anda untuk mengambil anda bekerja.

10. Jawapan Munasabah

Dalam menjawab soalan yang diberikan oleh panel temuduga, perlulah mengikut soalan yang diberikan dan pastikan ianya munasabah. Jangan menjawab soalan dengan bersahaja ataupun menceritakan perkara yang melalut dan memutar belit cerita yang ada. Ceritakan kemahiran dan pengalaman kerja anda sewaktu dahulu. Jangan diam ataupun “err” “err” ini adalah amat tidak digalakkan. Tetapi janganlah pula kita, membuka aib atau memburukkan syarikat kita yang lama ini akan menimbulkan tanggapan negatif panel kepada anda.

Untuk maklumat yang menarik, boleh klik di sini

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

8 Tip Mulakan Perniagaan Makanan Dari Rumah
Artikel

8 Tip Mulakan Perniagaan Makanan Dari Rumah

Makanan dan perniagaan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ini kerana, makanan merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia dan perniagaan pula wujud bagi memastikan kita dapat memenuhi keperluan hidup. Justeru ramai

7 TIPS MENINGKATKAN JUALAN
Artikel

7 Tips Meningkatkan Jualan

1. Anggapan Jualan Salah satu rahsia terbaik unuk menutup jualan adalah dengan menganggap orang di pihak lain telah membuat keputusan untuk membeli produk atau servis yang anda tawarkan. Terdapat beberapa

5 E Commerce Payment Gateway Yang Ada Di Malaysia
Artikel

5 E-commerce Payment Gateway Yang Ada di Malaysia

Membangun atau membuka Laman web Beli-belah E-commerce, anda perlu mempunyai payment gateway untuk mengumpulkan pembayaran dari pembeli ketika mereka membeli produk atau perkhidmatan secara dalam talian. Apa pilihan bahawa web

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top