Tips Dapatkan Repeat Order Dari Pelanggan

Tips Dapatkan Repeat Order Dari Pelanggan

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

1) Reply, Response Pelanggan Anda Dengan CEPAT

Sama seperti peredaran zaman yang cepat. Tindak balas kepada pelanggan juga perlu pantas! Tidak kisah samada pelanggan komen, pm atau dm. Perlu cepat respon kepada mereka. Jangan biarkan pesaing rebut pelanggan anda. Jangan biarkan pelanggan tunggu. Mereka akan rasa berminat untuk beli dengan anda kalau anda berikan respon dengan cepat. Anda boleh menggunakan apps ManyChat untuk memberikan respon kepada pelanggan anda secara automatik.

2) Pengalaman Individu

Sentuhan peribadi bermaksud bagaimana anda berinterkasi dengan pelanggan. Anda perlu memanggil mereka dengan gelaran yang lebih mesra. Gelaran ini sering diguna pakai oleh kebanyakan online seller supaya kelihatan lebih mesra dengan pelanggan.

Contohnya adalah apabila anda mempunya cara tersendiri untuk menghantar tracking SMS kepada pelanggan anda. Sebagai contoh “Terima kasih kerana membeli dengan Lernify. Nombor tracking anda adalah ER111223122MY. Jangan lupa dapatkan 5% diskaun untuk pembelian anda yang seterusnya!”

Dengan tracking SMS yang begini, pelanggan akan berasa lebih tertarik untuk membeli semula produk dengan anda. Bagaimana anda boleh mencipta tracking SMS yang tersediri ini? EasyParcel sudah melancarkan feature terbaru iaitu Marketing Tools. Di mana di dalam Marketing Tools ini, anda boleh mencipta tracking SMS anda yang tersendiri supaya pelanggan tertarik dengan produk anda! Tracking SMS ini akan meningkatkan “brand awareness” bagi perniagaan anda.

Apabila mereka mempunyai pengalaman secara langsung dengan anda, mereka akan lebih yakin untuk menggunakan produk atau servis yang anda tawarkan.

3) Gunakan Bahasa Yang Mudah Untuk Difahami

Bahasa yang mudah difahami disini adalah bahasa apabila kita berkomunikasi seharian. Bahasa yang digunakan untuk bercakap dengan pelanggan tidak boleh terlalu formal dan tidak boleh terlalu mesra. Walaupun anda menjual melalui online dan untuk membuatkan pelanggan tertarik dengan anda, cara layanan anda mestilah seperti face to face.

Apabila bercakap dengan pelanggan, seperti yang telah dibincangkan tadi, banyakkan untuk bertanya dengan pelanggan supaya kita tahu masalah yang mereka hadapi. Dan supaya mereka fikir bahawa motif kita bukan sahaja untuk menjual, tetapi untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Ini kerana, lain pelanggan, lain masalah yang mereka hadapi.

4) Arif Tentang Produk & Bantu Pelanggan Lakukan Keputusan

Selain dari memberikan bantuan kepada pelanggan, anda juga perlu mahir tentang produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Supaya, apabila pelanggan datang untuk membeli perkhidmatan atau produk anda, anda mempunyai maklumat yang cukup kepada mereka.

Cuba untuk mencari kelebihan produk dan perkhidmatan yang anda tawarkan kepada pelanggan. Dan jangan bandingkan produk atau perkhidmatan anda dengan pesaing. Dengan kelebihan yang produk atau servis anda ada, secara tidak langsung ia akan dapat bersaing secara sihat.

5) Minta Feedback & Follow Up Dari Pelanggan

Apa yang penting dalam sesuatu pernigaan adalah feedback dari pelanggan, tanpa feedback dari mereka, anda tidak akan tahu kelebihan dan kelemahan produk anda, produk tersebut sesuai kepada pelanggan anda atau tidak dan sebagainya.

Antara tips untuk membolehkan anda setiasa follow up dan terima feedback dari pelanggan anda adalah dengan :

  • Hantar tracking number kepada pelanggan supaya mereka tahu status barang yang telah ditempah dari anda. Tracking SMS haruslah lebih menarik dan selitkan mesej-mesej tentang promosi, pengeluaran produk baru atau sebagainya kepada mereka.
  • Minta feedback selepas mereka gunakan servis atau produk anda.
  • Dan anda boleh wujudkan satu kod diskaun khas kepada mereka jika mereka melakukan pemberian yang seterusnya
  • Email kepada mereka selepas seminggu mereka membuat pembelian daripada anda. Pelanggan akan merasa lebih dihargai kerana anda bukan sahaja melakukan jualan kepada mereka, tapi anda juga sedang mewujudkan hubungan yang baik dengan mereka.
  • AWB Branding yang tersendiri. Anda boleh mewujudkan AWB Branding yang tersendiri. Apabila anda menghantar parcel kepada pelanggan anda, anda boleh sertakan sekali jenama anda sendiri pada AWB tersebut. Anda boleh sertakan juga mesej-mesej promosi yang anda ingin sampaikan kepada pelanggan anda. Sebagai contoh, “Dapatkan koleksi terbaru dari Aisya Galeria dengan 10% diskaun”. Pelanggan akan lebih tertarik jika anda memberika mesej secara langsung kepada mereka pada setiap peluang yang anda ada.

Untuk dapatkan artikel menarik : KLIK SINI !!

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

5 Kesilapan Sebelum Mulakan Bisnes Online
Artikel

5 Kesilapan Sebelum Mulakan Bisnes Online

Bisnes online sekarang dah menjadi satu trend lebih-lebih lagi ekoran faktor ekonomi negara yang tidak menentu. Perniagaan online tidak terhad kepada orang muda semata-mata, malah golongan “orang lama” juga turut

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top