Teknik Iklan Retargeting

Kenapa buat iklan asyik cari audience baru? apa kata kita cuba target mereka yang dah kenal kita pulak. Kali ni saya nak kongsi teknik retargeting yang saya praktik selama ini. Ada yang kata, Buat simple2 jerr nak run ads. Tak payah laa nak guna custom audiens ni. buang masa jerr nak buat, teknikal sangat.. Kita run ads sekian lama, sekian lama pixel kita track user behaviour, click, purchase behaviour (ATC, IC), purchase. Tapi kita biarkan jer database tersebut tanpa buat apa2. Ibarat, ada database, tapi tak follow up. Jadi, sayang. Sebab bila kita jalankan ads target pada existing-user ( retargeting ), kos lebih lebih rendah, sebab.
1. Mereka dah kenal kita.
2.Mereka dah ada potensi lebih tinggi untuk membeli.
3. Kelompok audiens lebih terkumpul, tak berterabur & targeted.

Sebenarnya tak teknikal sangat pun kalau kita dah pernah run ads. So, ni step nak mula Retargeting Ads

1. SETUP CUSTOM AUDIENS DI BAHAGIAN ADSET

Di bahagian Adset tu, kita akan nampak ruangan Custom Audiens di bahagian pertama selepas kita pilih objektif. Setting lain biarkan default. Jadi, fokus CA jerr.. boleh buat macam ni:

custom audience retargeting
  • Biarkan Location Malaysia, Xperlu spesifik*.
  • Kosongkan bahagian DT, optional expand DT or not.
  • Biarkan range umur.
  • Biarkan Placement Auto.
  • Edit kat CA shj Yang kita kena edit bahagian CA (Custom Audiences) adalah..

2. KATEGORI CUSTOM AUDIENS (CA)

Ada banyak, nak simple, sy highligh 4 ni jerr.. Yang amat berguna.. iaitu:.

  • CA WEBSITE – apa apa traffic, aktiviti, purchase behaviour di website
  • CA Page – apa apa enggagement yang berlaku di page, samada message, visit profile, enggage post atau ads.
  • CA Video – apa apa aktiviti user yang melihat video kita samada 3 sec, 25%, 50%, 75% mahupun 95% keatas dari total durasi video.
  • CA IG Visit – apa apa aktiviti user di IG business kita , samada enggage, visit profile, follow, DM, mahupun lihat story

Fokus kategori atas ni jerr.. Boleh Groupkan.. sebab Audiens CA kita ni limited, tidak sebesar macam saiz DT & LA.

3. KONSEP GROUP CA

Nak groupkan ni, kena tahu flow user dari stranger — > nampak iklan, apa tindakan mereka —> selepas itu mereka buat apa, tindakan 2—> minat beli, tindakan mereka —-> beli
G1 – ENGGAGE BEHAVIOUR
G2 – TRAFFIC BEHAVIOUR
G3 – PURCHASE BEHAVIOUR Jadi..
Nak bagi mudah faham..

G1 – ENGGAGE BEHAVIOUR

Tindakan mereka bila lihat iklan adalah:
1. Mereka akan klik iklan, views mahupun enggageAudiens CA G1 yang akan sy groupkan dalam 1 adset adalah.
2. lihat video 50% ..
3. enggage page (like, komen, share, klik image)..
4. visit IG

G2 – TRAFFIC BEHAVIOUR

Tindakan mereka seterusnya mereka masuk ke dalam website. Jadi CA untuk G2 adalah:
1. Traffic masuk dalam website.
2. Traffic masuk ke sales page.
3. Traffic masuk borang pembayaran *if external.

G3 – PURCHASE BEHAVIOUR

Tindakan mereka yang ada intention untuk beli. Iaitu:
1. Add to cart.
2. Initiate Checkout.
3. Add payment info

4. GROUP CA PALING MUDAH

Setiap group ni, sy buat dalam 1 adset. Nak lebih mudah.. Sy pecahkan kepada dua Adset jerr.. Iaitu:
G1 – Retargeting page
G2 – Retargeting Web

5. SETUP RETARGETING PAGE

CA > Page > Enggage Page All > 14 days.
CA > Video > 50% > 14 days.
CA > IG > Enggage IG All > 14 days

6. SETUP RETARGETING WEB

Target orang yang pernah masuk website, tetapi BELUM buat pembelian:
Dah masuk website, setting CA adalah include CA > Website > All Website Visitor > Set 14 days.
Exclude yang dah buat pembelianExclude CA > Website > Purchase > 60 days

7. NAK RUN, CEK NI DULU

Sebelun run ads, cek 4 perkara ni dulu:
1. KEMPEN L1 & L2 (Kempen ni yang target audiens cold & stranger market, pastikan sukses kat part ni dulu).
2. Audiens terkumpul (lihat di bahagian event manager, biasa baru run, event pun tak banyak, jadi ia effect conversion).
3. Variation (variasi gambar, video, CW, dsb. Takkan nak follow up benda sama kan?).
4. Strategi (offer, testimonial, freegift, Last call, dll.. Apa yang boleh intense mereka untuk grab fasa ini?)

Proven Result

Gambar diatas ni adalah hasil spend xsampai RM300, Sales 8K, ROAS lebih 30. Apa strateginya?.
1. Kempen ni bukan kempen target pada stranger.
2. Kempen ni target yang dah masuk website.
3. Kempen ni pricing mempengaruhi ROAS

8. STRATEGI TINGKATKAN ROAS

  • Pakejkan & COMBO.
  • Beli lebih 1 unit.
  • Beli 3 percuma 1.
  • Elakkan beli 1, motivate beli lebih 1 unit.
  • Harga premium (RM500 dan keatas.
  • Iklan retargeting (Target pada dah masuk web & enggage)

Sumber Artikel: Facebook @ubaidullahjaafar

Tak tahu nak kira ROAS? baca di sini

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Pertanyaan & Pendapat sila komen dibawah

Scroll to Top