Teknik Bina Iklan Jenis Storytelling

Masa 2019, sy keluarkan panduan Marketing Premier, antara modul dalam tu cara tulis ayat iklan storytelling. Ramai juga berterima kasih sbb buat ayat iklan susunannya mcm tu. Kadang kala kita sangkut sebab kita tak mulakan dgn langkah mudah, Buat dulu benda yang mudah mudah. Hari ni saya nak kongsi flow iklan story telling.

storytelling

1. TEMA IKLAN STORYTELLING

Tak semestinya nak buat ayat iklan kita asyik fokus masalah je. Ada juga kita boleh approach dgn side positif (kanan). Left side – fokus problem & fearRight side – Dream & Inspire.

i. Dream

Kita menulis ayat iklan menjual dengan impian, menulis keinginan pelanggan kita, apa kemahuan mereka, bayangkan.
Copywriting (CW) macam ni biasa saya guna tema ‘Claim’, contoh:
– Klaim boleh dapat pantas
– Klaim boleh siap cepat
– Klaim perubahan berkadar dengan satu masa
– Klaim bayangkan, fikirkan, impikan

Contoh Situasi 1:
Ramai yang impikan nak buat poster cepat siap. tak nak pening-pening buat lama-lama.. Jadi kita approach dgn impian. Ayat iklan -“..Buat poster 10 minit jerr dah siap!!..”

Contoh Situasi 2:
Teringin nak makeup cepat, teringin nak kelihatan cantik lepas makeup, sedangkan tak tahu makeup pun. Ayat iklan – “..serius la, makeup 5 minit je, tengok cermin cantik dah!!..”

Contoh SItuasi 3:
Kemahuan nak mudah, tak perlu usaha yang keras, hanya dengan calit & sapu sahaja. Ayat iklan – “..Bayangkan, calit jer kat tempat calar, yang bercalat tu bertukar menjadi kilat macam baru..”

ii. Inspire

Kita menulis ayat iklan bertemakan positif past result. Mungkin dari diri kita sendiri, pelanggan kita, atau pengguna.
CW macam ni sy akan guna ‘testimonial’, contoh:
– Testimoni dalam cerita
– Testimoni tulis ayat sebelum ni, selepas.
– Testimoni 3rd party punya watak & penceritaan.
– Testimoni paling simple iaitu copy paste dari review pelanggan di whatsapp.

iii. Problem

Penulisan ayat iklan berkisarkan tentang masalah. Yang biasa digunakan oleh ramai IM. Ada kajian, 95% buat keputusan, bila pelanggan baca iklan kemudian mereka discover masalah mereka, dan produk dapat selesaikan masalah tadi. Masalah ni ada banyak peringkat:
– Masalah bakal jadi.
– Masalah yang sedang terjadi.
– Masalah lain kesinambungan dari masalah pertama
Masalah ini, kena masalah yang authentic, bukan direka reka. Bagaimana nak tahu authentic sesuatu masalah? Kena buat kajiselidik, survey, seed konten sehingga mereka reveal situasi masalah sekarang, dll. Kemudian, kita guna semula, untuk develop ayat iklan yang akhirnya Mesej disampaikan tepat pada pelanggan. Sebab? Situasi masalah tadi, memang bakal pelanggan tadi sedang hadapi!

iv. Fear

Fear ni kesan tak baik, kesan emosi, kesan kesan apa jadi lepas abaikan Masalah tadi. Cuma saya tak cadang kesan ini kita highlight. If nak letak pun guna jer formula ni
3 Problem + 1 Fear (F)
Iaitu, untuk 3 problem kita listkan dalam rangkap ayat iklan CW, sertakan sekali kesan/risiko/akibat nya jika tak ambil endah.

Kita nak pelanggan membeli dengan rasional buat pertimbangan. Jadi jangan kita menakut nakutkan. Cukup dengan fakta yang sedia ada. Jadi, saya suka sediakan fakta-fakta yang memang dah berlaku. Instead kita takut-takutkan mereka, kita sediakan fakta-fakta seperti akhbar, video, dll.

2. SITUASIKAN MASALAH BERBEZA

Publish dulu 3 post iklan di page. 1 post mewakili 1 masalah. Setiap post, berlainan CW (copywriting) dan Creative (Gambar or video). Katakan, post 1 nak fokus masalah X, penulisan semua tak ada cerita pasal masalah lain. gambar pun related dgn air berkeladak.
– Post 1 – Masalah 1.
– Post 2 – Masalah 2.
– Post 3 – Masalah 3
So setiap post, fokus masalah diatas. gambar digunakan pun related dgn masalah itu. Pastikan setiap post, di akhiri CTA link website pada akhir CW.

3. TEST IKLAN SITUASI BERBEZA

Contoh pembahagian ayat iklan ikut situasi berbeza untuk sy test, iaitu:
ADS 1 – post CW pasal Masalah 1
“Makin lama bertambah X.. skrg dah sampai Y.. dah cuba amal Z, tapi still A.”
ADS 2 – CW pasal Masalah 2
“Ada masalah X ni, xdapat nak buat Y.. Kadang terpaksa Z.. Risau kalau X ni biar lama lama.”.
Ads 3 – CW pasal Masalah 3
“Nk mudah sy buat X, tapi Y pula jadinya.. Jumpa Z kena keluar kos ribu2 pulak.. same jerr..”

4. SUSUNAN COPYWRITING

Susunan CW mcm ni.. Buat dulu keyword list by list

i. Problem – P1 + P2 + P3

listkan masalah & apa akan jadi. contoh:
“..Rumah air keladak (P1) , selalu air keluar warna kuning (P2) , berkarat pulak tu (P3) .. mcm xyakin nk minum & masak (F) ..”
F ni support ‘perasaan’ kita sebab masalah ni
– Risau
– Tak yakin
– Takut
– Geram
– Happy
– Suka
Cukup 1 shj.. menggambarkan apa dalam hati kita terhadap masalah tersebut.

ii. Effect -1 effect shj yg kritikal & boleh berlaku jika audiens tak ambil berat.

Boleh rosak, trcemar, kalau brterusan minum smber tercemar.. effect ksihatan..
*Sy shortform sbb nak lepas ads

iii. Effort – Usaha sebelum ni, tapi tak berjaya

– sblum ni, dah banyak beli air mineral di luar. tp leceh, habis je nak mengangkut botol besar
– sblum ni, dah pakai water filter pipe, pun air keladak jgk, kos ribu ribu dah habisiv. Product
– Perkenalkan produk & mcm mana jumpa produk ni, sebab yakin nak cuba produk ni
Terjumpa 1 page share pasal penapis air ni, Sy yakin sbb sistem tapisan tu mmg halal, ada 7 jenis tapisan, termasuk tapis kotoran keladak, bakteria pun di tapis.. Plus, kawan byk cakap, air dia sedap, minum rasa tak pahit, xpayau.. Sy jadi yakin nak langgan Coway ni sbb kwn bagitau, bayaran pun rendah jerr. Maintenance xyah bayar apa apa tiap 3 bulan.

v. Testimonial – feedback lepas guna, boleh ceduk dari feedback customer kita lepas lepas & copy & paste.. keyword lepas guna.

Alhamdulillah, lepas guna, ternyata.. sy suka sangat.. Mlm, pagi, petang, sy nak minum, terus letak cawan jerr, xperlu jerang air, xperlu dah nak beli air mineral sampai berbotol2 kat luar, then, dpt maintain kesihatan, sbb dah mula minum air 8 gelas sehari.. Bdn pun rasa bertenaga, xlemau mcm sblum nu. sejak ni, sy dah jrg minum air manis kat rumah, sbb air ni jerr dah sedap.

vii. Recommendation, kita pula rekemen org lain.. keyword sy rekeme

Sy rekemen pada luar sana, mmg atleast 1 rumah, kena ada 1 penapis air, segera.. xperlu modal gas, or beli air mineral hari2 kat kedai.. Plus, fees bulanan pun rendah jerr..

viii. CTA: bagi link website, chatbot, or whatsapp.

Artikel asal: Ubaidullah Jaafar

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment