Strategi Iklan Untuk Website Baru

How To Get Much Website Traffic Using Facebook Ads 1360x700 01

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Web fresh, tak pernah run ads, tak ada apa-apa custom audiens nak pakai. Jadi tak payah pening nak create Custom Audiences or Lookalike. Abaikan ya. Tiada audiens population masa ni. Tak perlu buat iklan retargeting, kalau web masih fresh. Audiens boleh compare, yang general, ataupun spesifik.
General – Broad audiens
Spesifik – Small audiens.

Strategi Target Audience

General Audience

Audiens yang kita boleh search, atau browse kat bahagian detailed targeting tu. Bahagian browse tu ada.
– Demographic
– Interest
– Behaviour
Mostly nama umum. Contoh: Interest with baby care, Interest with motherJob/Employers. Bila kita cek audiens size dia, berjuta – ratus juta saiz dia. Category dia broad. Strategi audiens broad ni, masukkan 1-2 je detailed targeting dia. Sebab audiens memang dah besar, buat apa masuk banyak banyak kan. Broad ni susah nak jumpa yang targeted. Iklan ada yang tak stabil. Tapi kebanyakan audiens ni tarik ads L1. Boleh buat filter audiens & population akan datang.

Specific Audience

Audiens yang kita masukkan nama:

  • Nama Khas
  • Nama Brand
  • Nama Tempat
  • Nama Influencer
  • Nama Product
  • Nama Public Figure

Cuma pastikanlah, study, test dulu. Yang spesifik ni relevan tak dengan produk kita. Yang specific ni, kalau dia target memang padu pergi dia. Contoh:

  • Hospital Sultanah Fatimah.
  • Dumex (brand susu)
  • Jenama2 tudung Online
  • Jenama2 apa apa yang relevan
  • Nama nama Ustaz (jika relevan)
  • Nama rancangan TV
  • Nama Kedai/Storeor
  • dll

Bila kita cek audiens size dia kecil. Ribu ribu ke puluh ribu je, ada juga yang ratus ribu. Strategi audiens spesifik ni, kita kena combine. Cuma pastikan combine with same category. Sebab audiens ni bila gabungkan banyak banyak dia akan besar, cuma jangan terlalu banyak. Sebab next jika audiens ni perform, kita boleh buat ‘narrow-split test‘Boleh guna option, suggestion, bila kita dah taip 1-2 nama brand audiens, akan auto bila klik suggestion, akan keluar nama nama brand lain. Best Audiens Specific ni range dalam 100K dan keatas.

Tips:
Zaman saya masa mula mula run ads dulu. Saya memang target kepada Nama Khas, student, guru, or dll. Jadi, guna 100% Specific audiens masa tu, Saya buat 1 Adset dalam 1-3 Nama Universiti. Buat sampai 50 – 60 Adset, masukkan sekali nama-nama sekolah. Tambah lagi 50 – 60 adset, nama-nama Kolej. Tambah lagi 50-60 adset, nama jabatan apa apa. Tambah lagi 50-60 adset, nama Brand/Software/or dll. Cuma tak lah sekali harung buat. Bulan pertama fokus 1 kategori nama dulu. Then continue. Mana yang perform tu, duplicate lagi 10 – 20.Mana yang tak perform, off adset. Kemudian kita compare result.

Strategi Teknikal Iklan

Iklan 1

L1 – Iklan Traffic, Audiens Detailed Targeting semuanya. Pecah pecahkan 1 Kempen kepada beberapa Adset.

[ADSET1]
- Letak nama target apa
- Buat dulu 1 Adset. 
- Interest broad dalam 1-2 DT je.
- Placement Auto
- Budget RM10 
*Mulakan dengan rendah, sebab tak tahu lagi perform ke tak

[ADS 1]
Letak nama ads
1 Copywriting panjang
Ads Format Guna video
[ADS 2]
Duplicate Ads 1 yang dah buat tadi.
Simplify copywriting tadi jadi ringkas
Ads format tukar video lain

Okay dah siap publish Adset pertama. Nak duplicate adset pula. Ads dah tak perlu duplicate lagi, sebab dia auto duplicate sekali. Bagusnya duplicate ads awal awal, sebab next nak duplicate adset, dia akan duplicate sekali 2 ads yang kita dah buat tadi, jadi dah tak perlu buat ulang benda sama. buat sekali je.

[ADSET 2]
- Duplicate Adset 1 yang dah buat tadi
- Letak nama Adset berlainan ikut target apa,Untuk rujukan
- Setting lain biarkan maintain, melainkan ubah part detailed targeting DT sahaja
- Taip interest DT yang kita nak, Samada Broad atau specific
- Dah selesai Publish.

Untuk Adset seterusnya, cuma Duplicate, ulang Step seterusnya. Untuk 5 Adset, nak duplicate 20 adset pun tiada masalah, bergantung pada anda.

Iklan 2

Duplicate Kempen Iklan 1 tadi, cuma part kempen tukar objektif kepada Conversion. Di bahagian adset pula, Destination pilih Initiate Checkout (jika bypass add to cart) Cek bahagian ads ada lari tak. Kadang ada copywriting & video kita hilang. Kalau objektif lain, prefer traffic duplicate ke conversion, dia tak jadi masalah. Kalau link hilang, just update link je. Then Publish.

Baca Data

Cost-per-purchase

Lepas 1 – 2 hari, baca data. Berapa dah spend, Berapa Initiate Checkout, dan Berapa Purchase. Berbaloi tak dengan Kos per purchase? ROAS? Kalau ROAS 5 Spend RM100 sales RM500 Kalau ROAS 10Spend ads RM100, sales RM1000. Sebaiknya, ROAS minimum tak kurang dari 3. Baca sini cara nak kira Cost-per-purchase dan ROAS

Cara nak analisa Cost-per-purchase.

Jika produk RM100, kos per purchase RM20 okay tak? Jika produk RM100, kos per purchase RM5 okay tak? Ni anda kena decide sendiri. Dengan spend RM20 tu, berapa margin kasar anda dapat lepas tolak kos produk, kos komisyen, kos postage semua? Sekurang-kurangnya margin dapat 2-3X dari kos produk, contoh

Katakan Harga produk RM100
Kos produk RM20
Kos ads RM20
Kos postage RM7 (if free postage)
Kos Komisyen RM10 (Jika ada)
Baki Margin Kasar = RM43
Margin kasar = RM43/RM20 = 2.15 kali ganda

Disini kena lihat RM20 untuk kos ads kena optimize lagi. Contoh saya dapat kurangkan kos ads RM5

Katakan harga produk RM100
Kos produk RM20
Kos ads RM5 (Kos per purchase)
Kos postage RM7 (jika kita tanggung postage)
Kos komisyen RM10 (jika ada komisyen)
Baki Margin Kasar = RM58
Margin kasar = RM58/20 = 2.9 kali ganda

Ada yg margin kecil, tapi produk sangat laju. Macam produk harga RM50, mungkin margin dapat tipis je, tapi mereka main volume, dan repetition.
Volume – user beli 2-3 unit terus, biasa yang ada banyak pilihan n design.
Repetition – user bulan ni beli 1, bulan depan beli lagi 1. Repetition ni, yang banyak mengurangkan kos ads. sebab kita dah ada regular customer sendiri. Ini namanya LTV (Life Time Value)

Solusi, jika kos per purchase tinggi, tak cover utk margin. Boleh buat pakej. Pakej 1 unit, Pakej 2 unit, Pakej 3 unit. Namun setiap pakej kena letak kelebihan berlainan. Contohnya: Beli pakej 3 unit, mungkin dapat freegift yang tak disangka sangka ke atau cabutan bertuah ke.

Result Iklan

Iklan OK

Kalau keputusan dari iklan baik. Baru lah kita boleh buat ni: Buat Iklan L3 (retargeting, populating audiens). Split test narrow from existing L1 & L2 (Duplicate & split existing).

  • Iklan L1 – jika dah ada result pada L2, dan iklan L1 pula tiada purchase boleh off. sebab data menunjukkan L2 ada purchase lebih baik.
  • IKLAN L2 – Scale up.
    – Scale up dengan duplicate adset yang ada, tambah budget.. Adset yang ada tak perlu usik.
    – Scale up dengan split lagi DT dalam 1 adset yang perform. (Jika 1 adset tersebut ada beberapa DT).
    – Scale up dengan pecah pula location dari Adset yang perform.
    – Scale up dengan range umur berbeza dari adset yang perform.
    – Bina Adset adset baru. Dengan guna LA pula..
  • IKLAN L3 – Fokus Kempen Conversion Purchase onlyCreate custom audiens (Video views, Traffic, Enggage, or dll)

Iklan Tak OK

Nak decide, tunggu 1-2 hari run macam mana.

  • Adjust lagi targeting pada iklan L1 & L2 cari tune sampai jadi.
  • Perbaiki sales page (Masalah, Features, Testimonial).
  • Perbaiki offer (Normal Price & Promotion price).
  • Perbaiki Freegift.
  • Perbaiki Pricing table (Ni penting, listkan apa yang customer dapat).
  • Perbaiki ayat iklan.
  • Perbaiki video, cuba guna video lain, or dll.
  • Test dengan game lain. Leads, chatbot, team sales, call, or dll. Nak lihat respon macam mana.

Last sekali, kalau tak jadi juga. Lihat produk, Semua apa pun produk juga. highly competition, dan dah lama dalam market. benda ni kena study pertimbangkan, Iklan power macam mana, kalau produk tak menyelesaikan masalah pelanggan, tak ikuti apa yang pelanggan nak. Tak guna juga. Jika dah tepu, samada nak repackaging, improve produk Features, kaji market, test produk, or dll.

Berdasarkan iklan dibawah ni (Ni client punya). Tak pernah handle untuk niche ni, Namun, alhamdulillah ada result yang baik. Gambar kedua, saya run 12 adset, Adset berbeza. Detailed targeting. Adset ni dari duplicate Campaign. Duplicate dari Traffic kepada conversion. Audiens sama, Interest sama, Adset sama. Tukar Campaign objektif, destination Initiate Check out.

ROAS tinggi jugak tu. Saya dah bocorkan 3 nama adset yang merujuk kepada audiens yang perform guna detailed targeting jenis specific & broad. Combine beberapa detailed targeting specific. dan 1 DT broad tiap adset. Semoga bermanfaat.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Teknik Pemasaran

Strategi Jualan ECommerce – Niche Fesyen

Bagaimana Client X dengan niche fesyen boleh dapat jualan Ecommerce dengan ROAS tinggi? Ini adalah strategi jualan ecommerce, result ini bergantung kepada result iklan selepas lakukan beberapa ujikaji. Strategi Jualan

5 E Commerce Payment Gateway Yang Ada Di Malaysia
website

5 E-commerce Payment Gateway Yang Ada di Malaysia

Membangun atau membuka Laman web Beli-belah E-commerce, anda perlu mempunyai payment gateway untuk mengumpulkan pembayaran dari pembeli ketika mereka membeli produk atau perkhidmatan secara dalam talian. Apa pilihan bahawa web

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top