Sponsored Feed – Apa Yang Boleh Belajar Sebagai Marketer? 3 Cara Spy Ads.

Apa Itu Sponsored Feed?

Sponsored Feed ialah post yang Boosted by Facebook dimana kontennya dibayar oleh company untuk diiklankan. Bila kita scroll fb, banyak kita lihat sponsored asyik lalu je kat wall kita. Sebagai pemasar (marketer) kita tahu itu adalah iklan berbayar, tapi pernah tak terfikir apa yang kita boleh manfaatkan dari iklan-iklan ni? Kita boleh dapat info di bahagian page transparency atau di link ads library

sponsored feed

1.Page Transparency

Bila nampak sponsored feed lalu tu, pergi ke bahagian page, dan akan jumpa page transparency. Scroll ke bawah sekali, akan bagitahu, this page is currently running ads, atau not running ads.
Jika sedang berjalan tu, anda boleh lihat iklan iklan mereka.. Dari iklan tu, mungkin anda boleh belajar strategi.. Apa yang mereka approach dalam paid ads tersebut.

  • Berapa banyak variasi iklan dilancarkan
  • Apa strategi ‘creative’ digunakan (single, carousell, collection)
  • Strategi penulisan ayat iklan
  • Strategi konten
  • Strategi destination (Whatsapp ke website)

Kalau ke website, bagaimana pula dengan konten dalam website. adakah?

  • Direct ke belian produk
  • Atau ke sales page untuk penerangan & kelebihan produk dahulu
  • Bagaimana pula pixel yang mereka pasang, lihat menggunakan Chrome extension Facebook Pixel Helper..
  • Bagaimana pula approach produk, ada upsell, cross sell, combo, freegift, dll

Fuhh, ikutkan banyak gila kita belajar disini. Ini namanya Competitive Advantage Learning. Dalam mengenal kekuatan diri, kita belajar pula kekuatan orang lain.

2.Ads Library

Direct je Search nama page kat sini https://www.facebook.com/ads/library/
Jika page yang anda search tu tengah run ads, akan muncul beberapa iklan yang sedang berjalan. Jika tidak, akan muncul tiada sebarang iklan ditemui.

3. Why am I seeing this ads

Ni pun bagus juga, untuk tahu, belajar relevansi iklan yang mereka sampaikan.. Contohnya, kadang kita tertanya.. Kenapa iklan sekian sekian ini muncul kat newsfeed aku.

Jadi, untuk tahu, betul ke kita ni ada ‘interested’ with related field, boleh la pergi dibahagian sponsored post yang kita nampak, dibahagian kanan atas, ada tiga titik kecil, klik disitu akan jumpa why im seeing this ads.
Anda akan nampak list, of detailed targeting, Iklan ini telah:

  • Target ke lokasi mana
  • Umur range berapa
  • Minat dengan apa..

Dari sini, kita boleh bertanya diri, dengan maklumat yang ada, adakah relevan iklan tersebut muncul kat kita, dan kita boleh optimize based targeting yang kita nak. Jika tak relevant, kita boleh remove interest tersebut.

Bila advertiser gunakan custom Audiens & Lookalike audiens, ia akan bagitahu, masa kita explore bahagian why am I seeing this ads iaitu.

  • Pernah visit website, itu sebab nampak iklan kita
  • Pernah interact
  • Or dll

Rujukan ni dari Facebook Marketing Expert: https://www.facebook.com/business/m/mobile-studio

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment