Rancang Pemasaran Anda Dengan S.M.A.R.T

Smart

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Untuk capai matlamat bisnes, anda mungkin dah buat macam-macam strategi pemasaran, trial & error, buat kajian pasaran. Tapi masih belum capai matlamat itu. Dengan S.M.A.R.T ini akan membantu bisnes ada sentiasa di laluan yang betul, fokus, membuat keputusan lebih baik dan lebih produktif. Jom kita huraikan satu persatu.

Blog Feature Smart

1. Specific (Spesifik & Jelas)

Pertamanya anda sendiri kena jelas dan terperinci mengenai matlamat bisnes anda. Adakah anda nak naikkan untung? atau nak naikkan jualan? atau untuk branding? Untuk lebih dapat matlamat yang lebih spesifik, boleh gunakan teknik soalan ‘W’:
– What ( Apa yang matlamat anda nak capai? )
– Why ( Kenapa penting untuk anda capai matlamat itu? )
– Who ( Siapa yang akan terlibat dan terkesan dari matlamat itu? )
– Where ( Dimana matlamat itu akan dibuat dan digunakan? )
– Which ( Sumber yang mana akan digunakan untuk capai matlamat itu? )

Jika anda seorang pemasar (marketer), matlamat anda boleh jadi untuk dapatkan sebanyak mungkin lead atau audience. Jika anda seorang penjual, matlamat anda sudah semestinya nak tingkatkan jualan.

2. Measurable (Boleh Diukur)

Matlamat itu mestilah boleh diukur supaya anda boleh buat kira-kira tahap bisnes anda telah membangun dan berapa pencapaian yang telah dibuat. Ini untuk anda tahu kemajuan bisnes anda, samada ke hadapan, statik, atau ke belakang. Boleh tanya soalan ini:
– Berapa banyak masa dan usaha yang diperlukan untuk capai matlamat itu?
– Berapa lama tempoh untuk capai dan berapa lama ia boleh bertahan?
– Bagaimana anda nak tahu yang akhirnya matlamat itu telah dicapai?

3. Attainable (Boleh Dicapai)

Pastikan matlamat yang ditetapkan itu tak terlalu tinggi ke angkasa, kerana anda tahu sendiri maksimum kemampuan diri, dan matlamat ini akan mempengaruhi motivasi anda sekarang dan masa depan. Pastikan ia realistik dan boleh dicapai dalam masa yang ditetapkan. Ambil kira berapa boleh dicapai jika anda seorang, berapa boleh capai jika anda ada team. Ambil kira faktor kewangan, produksi, latar belakang dan segala yang berkaitan.

4. Relevan

Matlamat yang anda pilih harus berkait dengan bidang bisnes. Bila buat rancangan pemasaran, jangan sasarkan perkara yang tak berkaitan. Tanya soalan in:
– Adakah ia penting untuk kemajuan bisnes?
– Adakah masa ini sesuai untuk capai matlamat ini?
– Adakah persekitaran boleh membantu realisasikan matlamat ini?

5. Time

Tetapkan matlamat dengan adanya tarikh akhir (deadline). Dan pastikan tarikh ini diikut oleh semua yang terlibat. Tanya soalan ini:
– Bila anda boleh capai atau penuhi matlamat ini?
– Adakah dalam 6 bulan? setahun? atau lebih?
– Apa kesan dan yang perlu dilakukan jika tak capai sebelum tarikh ini?

Matlamat SMART akan membantu anda memberi kejelasan mengenai strategi bisnes/pemasaran anda, dalam masa yang sama ia akan mendorong, fokus dan tak lari dari trek sehingga akhir.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

instagram marketing
Tips Menarik

7 Tips Instagram Marketing Bagi Newbie

Ada yang baru nak berjinak-jinak dengan Instagram Marketing? Terutama selepas Facebook dah tepu dengan ads. Tak semua produk atau bisnes sesuai dengan gameplan marketing menggunakan Instagram, tapi tak semestinya tak

5 Kelebihan Berniaga Makanan
Bisnes

5 Kelebihan Berniaga Makanan

Peluang perniagaan makanan memang mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk berjaya. Siapa je yang tak suka makan. Ye tak? Berniaga makanan mempunyai pelbagai kelebihan. Antaranya ialah; 1. Pelbagai jenis makanan

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top