Pentingnya Blog Untuk Bisnes dan 5 Cara Buat Duit Dari Blog

pentingnya blog untuk website

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Penting ke blog untuk bisnes? Masih ramai diantara kita yang belum mempunyai platform website dalam bisnes, dan betapa kurangnya kesedaran mengenai kepentingan dan kegunaan sebenar blog dalam kemajuan bisnes. Dalam membina dan menaikkan sesuatu jenama/produk (brand awareness), beberapa jenis Teknik yang berkesan boleh dijalankan dan salah satunya ialah melalui blog. Kenapa? Kerana melalui blog, kita mampu untuk menyampaikan konten yang berguna dan berkait langsung dengan produk atau bisnes yang dijalankan.

Tak semua pengguna nak terus beli produk tanpa tahu kelebihan, kegunaan dan kemampuan dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Kita dianggap gagal jika terus menjual atau dengan hanya memberi pamplate/brochure, mereka hanya melihat ia sebagai info produk sahaja tanpa trigger apa-apa emosi. Jadi blog adalah platform yang sangat sesuai untuk memberi kesedaran kepada pengguna mengenai kemampuan dan hubungan produk kita dengan masalah yang mereka hadapi.

blog untuk bisnes
Peratus Search Engine di kalangan pengguna Malaysia – sumber Statcounter

Dengan teknologi kini dihujung jari, pencarian penyelesaian terhadap sesuatu masalah semestinya di internet sahaja. Adalah menjadi kemestian bagi pengguna di Malaysia mencari sesuatu jawapan terus di Google. Hanya taip di Google atau platform searh engine (SE) yang lain “cara nak……”, maka keluar beratus blog-blog yang mempunyai jawapan yang berkaitan. Jadi mengapa tidak kita menjadi salah satu penyumbang?

Ini ialah 3 sebab pentingnnya blog untuk bisnes

1.Tingkatkan Specific Keyword di SEO

SE sangat suka dengan konten yang baru dengan kata kunci (keyword) yang jelas dan straightforward. Bila keyword yang kita gunakan dalam blog merupakan hot key, website kita mampu menarik lebih banyak trafik masuk dan secara tak langsung jenama kita lebih dikenali dan dipercayai. Lagi banyak kita memberi konten-konten baru dan focus keyword yang tepat, lagi tinggi keupayaan website untuk tersenarai di top 10 search.
10 SEO percuma menaikkan rank di Google.

2.Jadikan bisnes sebagai lead dalam industri

Tak kisah bisnes yang dijalankan itu besar atau kecil, blog mampu memberi pengaruh terutama dalam membina keyakinan pengguna terhadap jenama bisnes. Macam mana nak jadi leader? Dengan terus menerus memberi konten yang mempunyai nilai tambah dan informasi yang tepat. Dari sini pengguna dapat lihat kredibiliti ilmu dan pengalaman kita dalam sesuatu bidang. Bukan pengguna sahaja, malah mereka yang dalam bidang yang sama juga akan ambil sebagai rujukan.

3.Hubungkan lebih banyak orang dengan jenama kita

Kita tahu bahawa brand awareness adalah element paling penting dalam permulaan pemasaran. Jadi kita kena tahu bagaimana nak manfaatkan blog untuk tunjukkan sisi baik (kelebihan dan kemampuan) bisnes kepada pengguna. Dengan fungsi komen dan perkongsian (sharing), kita dapat berhubung dengan lebih ramai pengguna untuk mencari apa yang mereka perlukan dari produk kita disamping cadangan-cadangan yang mampu mereka berikan. Pastikan button share sentiasa hidup dan terhubung dengan platform social lain.

Peluang Menjana Duit Dengan Blog

Kita dah tahu kepentingan blog untuk bisnes, tapi fungsi blog tidak terhad kepada pemberian konten sahaja, bagi yang berminat nak jadikan blog sebagai salah satu sumber kewangan pun boleh cuba. Kebanyakan blogger yang berkemampuan menarik banyak trafik akan memasang Google Ads pada website mereka. Ada 5 cara buat duit dari blog iaitu:

  1. Iklan Cost Per Click (CPC) dimana iklan ini diletakkan random oleh google. Pengiklan akan membayar pemilik web apabila sesorang klik pada ads yang dipaparkan.
  2. Iklankan produk anda sendiri di blog atau jadikan blog anda sebagai tempat promote link bisnes lain. Atau dengan kata lain, anda dibayar untuk menaikkan bisnes lain dengan hanya memasukkan link mereka pada sesetengah ayat dalam blog.  
  3. Cost per Mile (CPM) ad network, Teknik ini biasa dikira berdasarkan jumlah impression.
  4. Popups kurang digemari oleh pemilih web, sebab ia mengganggu pembaca. Tetapi jika posisi dan respon popups itu dikawal, ia tak menjadi masalah.
  5. Review berbayar biasa dilakukan pada niche yang sama atau hampir sama. Variasi kan jenis review, bukan dalam bentuk penulisan sahaja malah gunakan video untuk jadikan ia lebih menarik.

Kesimpulan, gunakan platform website dan blog untuk bisnes lebih dikenali dan berkembang. Bukan sekadar menjual, tapi lebih kepada memberi konten yang mengandungi info-info yang berguna untuk pengguna. Update secara konsisten secara tak langsung dapat menjaga dan menjalin hubungan dengan pengguna baru dan sedia ada buat jangka masa panjang.

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

Teknik Pemasaran

8 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan Online

Ramai rakyat Malaysia sudah mula berjinak-jinak untuk menceburi bidang perniagaan. Namun ada segelintir yang masih berfikir sama ada untuk berniaga secara online mahupun offline. Berikut adalah 8 sebab mengapa anda perlu

Teknik Pemasaran

Bila Conversion Ads Sesuai Nak Run?

Kebanyakan usahawan atau peniaga di Malaysia selalu menggunakan pelbagai medium seperti facebook, instagram dan website untuk menjual produk mereka. Tapi jarang sekali mereka tau bila masa yang sesuai untuk buat

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top