Pengurusan Kewangan – Gaji Dalam Bisnes

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Topik penting hari ni ialah “Ambil gaji dalam bisnes kita”, Jika ingin bisnes bertahan lama tolong jangan guna duit sales dari company mcm duit kita. Jualan bisnes bulan lepas RM100K, 80K dah buat masuk poket pribadi, pergi bercuti, beli motor, renovate rumah, belanja mewah.
Bila bulan depan sales dah perlahan, simpanan yang sedikit tu nak cover overhead company. Belum lagi stok produk semakin habis. Bulan depan lagi, diuji, bisnes lebih perlahan, kalini stok dah habis, aktiviti jualan dah tidak berlaku sebab stok dah habis. Simpanan tiada, cost overhead tetap kena maintain iaitu bayaran, sewa kedai, pekerja, elektrik, bil bil, minyak, komitmen, dll.

Bila tiada cash nak restok, bisnes baru nak bertapak, terpaksa tutup. Ini antara realiti pemilik bisnes tidak menjaga kewangan bisnes. Di sini adalah cadangan cara nak atasi:

1. Pecahkan Kepada Beberapa Akaun

Akaun 1 – Simpanan tetap, tak boleh dikeluarkan kecuali hal kecemasan, perlu ditambah setiap bulan.. Dikeluarkan sedikit setahun sekali untuk bayaran tahunan.. Seperti bayaran bonus, bayaran entertaiment (team building, event, jamian dll)

Akaun 2 – Duit Keluar Masuk, untuk pembayaran & jualan harian, mingguan, serta bulanan.. Bank ini untuk terima duit masuk dari hasil jualan, digunakan juga untuk perbelanjaan pemasaran, bayar gaji pekerja, gaji sendiri, bayar bill, dll.

Akaun 3 – Bank untuk restok produk (Optional).. Jadi pilihan sebab boleh asing duit ke Akaun 1.. Duit dalam ni tak boleh digunakan melainkan untuk restok produk shj.. Setiap jualan yang masuk, dah asing siap siap sebahagian untuk rolling restok produk.. Jika jualan semakin cerah, lebihkan simpanan dalam akaun ni, sebab boleh restok lebih sedikit.

2. Set Gaji Ikut Kemampuan Bisnes

Gaji sendiri ini termasuk kita siapkan slip gaji untuk bisnes sendiri. Kita keluarkan tiap bulan seperti biasa untuk pembayaran gaji. Slip gaji ini juga verified jika kita bayar cukai & daftar kwsp.

3. Bezakan Komitmen

Kena tahu komitmen peribadi tiada kena mengena dengan komitmen bisnes. Sebagai contoh, kita beli rumah & kereta untuk pribadi, kita perlu dibayar dari hasil gaji kita, bukan dibayar menggunakan duit bisnes.
Melibatkan komitmen diri dalam bisnes inilah yang melemahkan kewangan bisnes.. Bila kewangan sakit disebabkan beli banyak kereta sendiri, rumah berbuah buah untuk sendiri duduk.. Akan beri kesan pada overhead yang sedia ada, gaji pekerja tak mampu nak bayar, bila tak bayar, pekerja berhenti, bisnes tak dapat diteruskan, akhirnya terpaksa tutup.

4. Cash Is King

Beli banyak Aset belum tentu senang dicairkan kepada CASH untuk menyelamatkan bisnes tengah gawat. Masa sales tengah banyak, contohnya, 500K – 800K sebulan. Selalunya, kita terpedaya nak kembangkan lagi bisnes dengan beli hartanah banyak banyak, sampai simpanan yang ada tidak memadai jika berlaku kecemasan.
Ingat, Sales kita belum tentu kita dapat maintain sampai bila bila. Masa sales tengah banyak ni, sebaiknya sebahagian kena simpan dalam bentuk CASH dimana ia boleh dikeluarkan bila bila masa. Bukan kesemuanya dilaburkan kepada ASSET seperti Rumah Property, Kedai utk disewa, Bangunan untuk Flipp 5-10 tahun nak jual semula dll.

Bila bisnes tengah gawat, kita perlukan Cash, tak semua aset yang kita dah beli itu, cepat & senang nak dicairkan/dijual semula. ada makan masa berbulan bulan, ada makan bertahun, ada yang tak boleh jual sebab tempat tersebut tak strategik yang tidak menarik peminat membeli. Walaupun Aset banyak, tetapi simpanan cash yang ada tak banyak, ia tidak dapat menyelamatkan bisnes yang tengah gawat.

Akhirnya bisnes terpaksa ditutup, walaupun pernah melalui fasa berjaya dalam bisnes. Kesimpulannya rancang dan gunakan hasil bisnes untuk kembangkan bisnes, bukan untuk kesenangan peribadi yang sementara.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

design grafik

7 Perbezaan Antara Photoshop dan Illustrator

Masih pening nak pilih software editing yang tepat? Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator. Kedua-dua software ini mempunyai tools dan command yang hampir sama, namun interface dan kegunaan bagi setiap tools

saa1
design grafik

Tips Design Poster Photoshop

Tips saya buat poster, beberapa perkara yang saya haramkan:   1. Background dan tulisan yang tak nampak kontra. Contoh, background dah la gelap, warna tulisan pun ikut gelap. Macam mana

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top