TikTok merupakan salah satu aplikasi yang sangat popular yang digunakan pada masa kini. Terdapat ramai pengguna hampir diseluruh dunia menggunakan aplikasi TikTok untuk menghabiskan masa mereka yang terluang. Pada tahun 2019, pengguna tiktok di Malaysia lebih kepada remaja umur bawah 20an sahaja. Tetapi tahun ini, penggunaan tiktok lebih meluas sehingga golongan dewasa juga menggunakan platform ini untuk pelbagai kegunaan. Perubahan ini telah membuka satu peluang untuk kita menjadikan platform ini sebagai tempat media pemasaran untuk produk/bisnes kita.

Apakah itu TikTok?
TikTok merupakan salah satu aplikasi media sosial yang membolehkan penggunanya untuk membuat atau memaparkan video pendek yang telah ditetapkan musik ataupun dari custom-made soundtrack. Aplikasi TikTok juga telah berjaya menarik perhatian 800 juta pengguna yang aktif dari seluruh dunia. TikTok merupakan aplikasi yang dimiliki oleh syarikat ByteMedia. ByteMedia pada awalnya melancarkan satu aplikasi versi China yang bernama Douyin yang dilancarkan pada September, 2016. Tidak menunggu lama, ByteMedia sekali lagi melancarkan satu lagi aplikasi lip-syncing yang sangat dikenali ramai pada suatu ketika bernama Musical.ly. Setelah mereka berjaya untuk menggabungkan kedua-dua aplikasi menjadi satu aplikasi yang diberi nama TikTok dua tahun kemudian pada Ogos, 2018, populariti aplikasi mereka meningkat dengan drastik. Pada September, 2019, NFL menandatangani kontrak yang panjang sebagai partnership bersama TikTok untuk menyiarkan highlight perlawanan dan behind-the-scene untuk ditayangkan kepada pengguna di TikTok. Selain itu, terdapat juga selebriti yang popular seperti Will Smith dan Gary Vaynerchuk menggunakan aplikasi TikTok, dengan ini, popularity TikTok menjadi bertambah dengan kehadiran selebriti yang popular.

Marketing TikTok
52 peratus pengguna menyatakan bahawa mereka menemui produk baru dengan bantuan iklan di TikTok. 61 peratus pengguna menyatakan iklan di TikTok lebih unik berbanding media sosial dan platform video yang lain. 88 peratus pengguna gemar menemui content yang baru dengan menggunakan aplikasi TikTok. Manakala, 41 peratus dari pengguna TikTok merupakan pengguna yang berumur 16 tahun ke 24 tahun atau lebih dikenali sebagai Gen Z.
1. Buat akaun dan profile TikTok.
Ini merupakan salah satu cara marketing kos rendah atau Zero Cost Marketing yang boleh digunakan sekiranya anda mahu memasarkan produk tanpa harus mengeluarkan wang yang banyak dengan cara membuat profile, membuat content dan meningkatkan audience. Selain itu, TikTok juga mempunyai fine art yang boleh digunakan bukan sahaja membantu dalam pemasaran produk atau brand, ia juga boleh menarik minat pengguna lain untuk melihat. Hampir keseluruhan pengguna TikTok menggunakan aplikasi TikTok untuk melihat content yang kelakar, popular dan bukan untuk melihat iklan sahaja. Jadi, sebelum membuat akaun, anda haruslah memikirkan tentang content yang popular.
2. TikTok Ads Berbayar
TikTok ads hanya tersedia di beberapa negara termasuk negara Malaysia serta mempunyai tanda harga yang terhad. TikTok Ads berbayar datang dalam beberapa bentuk, antaranya ialah:
a) Pre-roll ads : Video iklan yang bermula sebaik sahaja pengguna membuka aplikasi TikTok.
b) In-feed ads : Video iklan yang bermula ketika pengguna scroll video di aplikasi TikTok.
c) Promote hashtag challenge : Video yang boleh memberi galakan kepada pengguna TikTok untuk mengikut sesuatu hashtag challenge yang dimuatnaik.
d) Brand Effects : Satu custom effect yang digunakan oleh pengguna dalam sebuah video. Sama seperti aplikasi Snapchat dan Instagram, tetapi dengan menampilkan informasi brand yang spesifik.
Pengguna yang ingin menggunakan TikTok ads, harga ditawarkan ialah antara 50K USD hingga 100K USD untuk iklan, manakala 150K USD untuk promote hashtag challenge. Namun begitu, syarikat seperti Universal Pictures, McDonald’s dan Guess mendominasi iklan aplikasi pada TikTok ads pada masa kini
3. Khidmat TikTok Influencer

Bekerja dengan salah seorang influencer Tiktok untuk memasarkan produk adalah salah satu tindakan yang sangat baik dibandingkan dengan membelanjakan beribu duit anda untuk kepada TikTok ads dan mencuba untuk membuat content anda tersendiri. Walaupun pengguna tidak boleh memasukkan URL yang boleh diklik oleh audience di segmen caption video TikTok influencer, pengguna boleh atasi masalah ini dengan meminta influencer untuk meletakkan link di dalam bio influencer atau boleh dimasukkan di segmen komen video mereka. Namun begitu, tindakan seperti ini jarang mendapat perhatian yang banyak dari kalangan pengguna TikTok yang lain. Ini terjadi kerana, pengguna TikTok yang lain kebanyakannya hanya melayari video yang mempunyai content dan kandungan yang tiada kena mengena dengan produk yang dijual atau di promote oleh influencer di TikTok tersebut.
1 thought on “Nak Jalankan Marketing di TikTok? Baca Ni Dulu..”
Pingback: Marketing Bisnes Anda Di Tiktok - Digital Marketing Agency