KPI IKLAN TERUK? IKUT FLOW NI

kpi iklan

KPI iklan dan sales teruk, tak tahu nak adjust kat mana? Kita boleh tengok dulu ikut susunan, baru boleh kenal pasti samada teruk pada ads, sales page, pakej atau process. Rujuk gambar dibawah untuk setiap column data Facebook Ads

1. CTR All vs Link Click

Iklan adalah antara yang terpenting membantu & elemen untuk buat customer berminat. Antara take action pertama, adalah klik see more ayat iklan, atau klik gambar, klik button cta, mahu pun klik link untuk membeli.

KPI CTR All 2-5%
CTR rendah, adjust CW & Creative, biasanya sebab iklan tu sendiri yang dah teruk.

CTR Link Click 1-2%
CTR link click rendah, org nampak iklan, tp tak klik link. Adjust Arahan CTA.
Contoh: Klik butang ‘Shop Now’ divawahDiskaun 40%, Klik sekarang –>

2. Link Click vs CPC

Link Click – ni untuk kita refer conversion drop kat LPV Nanti

3. LPV vs cLPV

Landing Page View
Minima 40-50% dari link click. If rendah, bawah 40%, mungkin web slow, sbb user klik, tp tak tunggu web load.Solusi, semestinya, test Web speed kat GTmetrix, kemudian perbaiki speed web antaranya:

  • adjust resolusi gambar, gunakan resolusi yang bersesuaian dgn mobile, max 320p or 480p
  • pakai plugin cache, yang dapat setup cache, optimize JS & CSS. Dpt groupkan JS & CSS.
  • fungsi lazyload juga amat penting lagi lagi guna video youtube.
  • Elakkan penggunaan banyak plugin yg tak penting.
  • check juga initial server load, kalau hosting lembab, dia banyak kalah kat sini. Initial server je dah ambil masa yg lama, data ni dapat jumpa di Gtmetrix

KPI Cost per Landing page View RM1-3 dan kebawah

4. ATC vs cATC

Jika ATC sedikit, biasanya masalah kat salespage itu sendiri.. User tak take action lepas baca sales page. Behaviour Purchase ada.

Add To Cart
20% dr Landing Page View. Jika ATC rendah, bawah 10%, DAN takde purchase, bermaksud user dah masuk sales page, tak ambil action. Boleh adjust susunan sales page, tambah focus headline testimonial, focus problem, sub problem, features produk USP, pakej harga, freegift, urgency.Ataupun, masalah nak ke cart page itu sendiri, dah klik, user keliru nak ke checkout macam mana.. Jadi boleh pasang samada:

  • redirect ke checkout terus, by defauld, biasanya lepas klik, takde apa apa action utk ke checkout, ini yang buat customer keliru.
  • pakai floating cart, bermaksud, tiap kali tambah produk, user nampak, samada nak teruskan beli produk lain, atau nak buat pembayaran.
  • Ataupun, jika proses banyak sgt nak ke ATC, kurangkan proses tersebut

KPI Cost per ATC RM5-10

5. IC vs cIC

Nilainya biasa 20-30% dari ATC. Walaupun drop banyak, cuma bagi saya, jika masih under cost per Initiate Checkout (IC) KPI. & ada purchase. Boleh abaikan jika cost IC mahal.IC rendah, bawah 20%, tp takde purchase, user dah take action, tapi stuck kat IC. Disini Boleh adjust, trust & urgency. Checkout boleh letakkan footer yang menunjukkan logo atau icon method pembayaran, logo logo yang naikkan kepercayaan untuk membayar, selain urgency seperti keyword: Beli sekarang, Grab Harini, kod voucher or kupon Contoh:

  • Beli sekarang, utk dapatkan freegift special dari kami bernilai RM89. Kemudian listkan freegift tersebut beserta nilai.
  • Beli di Web ini shj, anda dapat diskaun 30%, diskaun ini boleh tamat bila bila masa.
  • Gunakan kod kupon ni, dapat tambahan diskaun RMXX

Ataupun, kurangkan proses banyak sgt nak ke IC, kurangkan proses tersebut.Masalah lain, user tak reti bayar online @ dll, letak button support whatsapp
Cost per IC RM10-15

6. CPP vs ROAS

Anggaran conversion 40% – 50% dari IC.Jika purchase rendah, CPP mahal, Adjust urgency, follow up abandonment, perbaiki pakej & freegift.
KPI Cost per Purchase RM15 – RM25; atau ROAS – Minima 3 @ 4

If tinggi, adjust pakej, tambah bump checkout agar user beli banyak masa checkout, akan perbaiki ROAS

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *