Konsep Strategi Pemasaran 4P Dalam Perniagaan

Konsep Strategi Pemasaran 4P Dalam Perniagaan

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Konsep strategi pemasaran 4P dalam perniagaan ialah untuk memastikan semua produk dan perkhidmatan bagi sesebuah perniagaan dapat diketahui oleh orang ramai. Sekaligus, menaikkan keuntungan yang diperolehi oleh pihak syarikat.

4P bermaksud price (harga), product (produk), promotion (promosi) dan place (tempat). Huruf pertama bagi setiap perkataan diambil untuk digabungkan sekaligus.

Table of Contents

PRICE

Konsep strategi 4P yang pertama ialah price (harga). Harga adalah sesuatu yang amat penting bagi sesebuah produk ini kerana setiap harga yang dipaparkan menggambarkan imej dan kualiti sesebuah produk itu sendiri. Jadi tidak hairanlah perniagaan yang sudah membesar mengenakan caj yang tinggi bagi setiap produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan kerana sudah semestinya barang itu berkualiti tinggi.

Selain itu, harga juga memainkan peranan amat penting untuk menarik minat pelanggan. Harga mestilah diletakkan sesuai dengan barangan yang dijual. Ini kerana kalau tersalah meletakkan sesebuah harga bagi sesebuah produk dan perkhidmatan akan menjejaskan pelanggan yang hendak membeli pada masa kini dan akan datang.

Sebagai seorang usahawan kita mestilah bijak dalam menganalisis harga barang agar tidak menanggung rugi pada masa hadapan kelak. Janganlah terlalu mengikutkan nafsu yang ingin cepat kaya dan mengenakan caj yang mahal kepada pelanggan yang tidak berkemampuan. Justeru itu, harga yang ditawarkan mestilah berpatutan dan berbaloi dengan kualiti barang.

PRODUCT

Konsep strategi 4P yang kedua ialah product (produk). Produk mahupun perkhidmatan yang dibuat mestilah memenuhi kehendak pelanggan dan kena dengan citarasa masyarakat setempat. Sebagai seorang usahawan, ini adalah benda yang paling penting bagi membangunkan sesebuah perniagaan. Jikalau tidak siapalah kita untuk menjual sesuatu tanpa menghasilkan sesuatu,

Kebiasaaannya, produk dan perkhidmatan yang dibuat mestilah mendapat pujian dan juga kritikan daripada pelanggan kita sendiri. Tetapi janganlah kita menganggap pujian yang diberikan bermakna kita tidak perlu menambah baik produk kita , manakala bila diberikan kritikan janganlah mudah melenting. Jadikanlah itu sebagai pengajaran dan perbaikilah kesilapan produk dan perkhidmatan itu sendiri.

Produk dan perkhimatan yang berkualiti mestilah memberikan kepuasan kepada pelanggan yang membelinya dan menggunakannya. Justeru itu, pelanggan akan menetapkan kepercayaan yang tinggi daripada kita bagi mengulangi pembeliannya untuk kali kedua pada masa hadapan.

Produk terbahagi kepada banyak jenis produk iaitu

  • Produk Fizikal (Kasut, Baju, Pakaian Dan Lain-lain)
  • Produk Digital (Ebook, Audio, Movie Dan Lain-lain)
  • Servis (Membuat Blog, Mencuci Kereta Dan Lain-lain)

PROMOTION

Konsep strategi 4P yang ketiga ialah promotion (promosi). Promosi amat penting bagi sesebuah perniagaan untuk menarik perhatian pelanggan dan masyarakat setempat untuk membeli produk dan perkhidmatana. Kebiasaannya bagi sesetengah pelanggan akan menunggu masa promosi untuk membeli produk yang mereka ingini.

Promosi juga hendaklah dibuat pada masa yang tertentu dan bukannya sepanjang masa diadakan promosi ini. Kebiasaannya promosi ini diadakan oleh sebab meraikan hari-hari yang istimewa dalam calendar. Ini semua bergantung kepada pihak atasan sesebuah perniagaan bagi menjalankan promosi mereka sendiri. Ahli-ahli bahagian pemasaran perlulah peka dan prihatin akan hari-hari yang penting untuk membuat promosi.

Aktiviti pemasaran untuk sesebuah perniagaan boleh dilakukan di mana-mana medium media sosial yang ada. Selain itu, keratan akhbar, template dan sebagainya juga boleh diedarkan dan diketahui oleh semua masyarakat.

PLACE

Konsep strategi 4P yang keempat ialah place (tempat). Tempat adalah salah satu elemen yang perlu diselidik terlebih dahulu sebelum membangunkan perniagaan. Tempat yang strategik adalah tempat yang paling bagus untuk membangunkan sesebuah perniagaan tetapi bergantung kepada citara masyarakat setempat. Jikalau anda memilih tempat yang betul, pastinya anda akan memperolehi keuntungan maka jika sebaliknya berlaku, anda mungkin akan mengalami kerugian.

Lokasi amat penting untuk dipilih terlebih dahulu. Ini kerana pelanggan juga akan tertarik akan tempat niaga yang memudahkan mereka untuk membelinya. Selain itu, janganlah pula anda menyorokkan atau memilih tempat yang tersembunyi bagi membangunkan sesebuah perniagaan ini kerana pelanggan tidak akan nampak perniagaan serta produk yang anda jual. Ini berkemungkinan besar anda akan mengalami kerugian dan muflis serta merta.

Jikalau anda sudah memulakan perniagaan anda sebelum mengetahui perkara ini. Anda masih belum terlambat untuk memperbaikinya lagi pada masa kini. Namun bagi yang baru hendak memulakan perniagaan, anda juga boleh menerapkan konsep strategi pemasaran 4P dalam perniagaan ini sebagai langkah pertama anda.

Empat aspek ini amat penting bagi memulakan perniagaan ini kerana aspek ini adalah perkara paling basic untuk diketahui sebelum membangunkan perniagaan. Semoga semua usahawan yang telah memulakan atau baru yang nak memulakan perniagaan akan berjaya. Yang penting jangan mudah mengalah dalam melakukan sesuatu. Ingat rancangan anda pada mulanya untuk memulakan perniagaan ini. Jangan mudah bersikap negatif dalam membangunkan perniagaan. Selalulah bersangka baik dalam semua perkara dan menjauhkan diri daripada aspek negatif di luar sana.

Kredit oleh https://www.tarahap.xyz/2019/09/konsep-strategi-pemasaran-4p.html

Untuk mengetahui tentang bisnes dengan lebih mendalam, anda boleh klik di sini

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

5 Sebab Untuk Menggunakan Jetpack Untuk Wordpress
Artikel

5 Sebab untuk Menggunakan Jetpack untuk WordPress

Apa yang berlaku apabila orang di belakang WordPress.com, berkumpul untuk membuat plugin WordPress? Anda mendapat Jetpack. Dengan lebih daripada 5 juta pemasangan aktif, Jetpack dirancang untuk menjadi pemalam serba guna

Artikel

9 Faedah Networking dalam Perniagaan

Baru memulakan permulaan anda dan memerlukan beberapa pautan? Oleh itu, networking dalam perniagaan adalah sesuatu yang dapat membantu anda menjangkau lebih banyak pelanggan, pengetahuan, dan akhirnya mencapai pertumbuhan perniagaan dan

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top