Funnel Dalam Pemasaran Digital (Bahagian 3)

marketing funnel part 3

Artikel sebelum ni kita sudah tahu salah satu funnel pemasaran iaitu Like Funnel (Baca sini) dan Video Funnel (Baca Sini). Sambungan ini ialah untuk funnel pemasaran ke-3 iaitu Website Funnel.

Website Funnel

Dah guna website untuk buat jualan, sesuai gunakan Funnel web ini. Boleh integrated samada Like Funnel, Video Funnel dalam Kempen yang kita buat. Bergantung pada creative yang kita gunakan.Sesuai untuk game Ecomm pada masa sekarang.

1. Run ads ini fokus nak dapat traffic dahulu, kemudian conversion. Sebab itu dalam website sendiri dibahagikan kepada beberapa stage iaitu:.
– COLD – Konten stage.
– WARM – Traffic Konten, Enggage Page, VV, Ig Visit stage.
– HOT – Sales & Purchase Behaviour stage

Dimana,
– Cold stage, bila kita run ads ke blog, or web artikel.. sebab nak educate stranger dahulu. sebelum tarik mereka ke sales page..
– Warm stage, fokus untuk buat conversion pada mereka yang pernah..baca konten; ATAU..Enggage page, mesej, enggage post or ads; ATAU..Lihat video lebih 50% keatas; ATAU..Dah visit IG. Jika mereka berminat, mereka masuk sales page, mereka boleh mula untuk behaviour membeli.
– Hot Stage adalah, mereka dah masuk sales page, atau pilih produk mana nak beli di Sales page, atau dah isi nama di borang bayaran. Tinggal buat pembayaran sahaja.

2. Funnel asas dia macam ni: WEB ARTIKEL –>> SOFTSELL ADS –>> HARDSELL
Namun, ramai je yang run DIRECT ADS tanpa web artikel pun, boleh buat sales iaitu, ini funnelnya. DIRECT ADS — >> NO RETARGETING
Tapi rugi la, Rugi kita run ads kaw2. Tak perah balik database Pixel kita. Atleast buat mcm ni sebulan sekali pun jadi: DIRECT ADS —> RETARGETING FOLLOW UP *Ni paling asas yang SME Ecomm should know.

Kesimpulannya, yang kena buat macam ni: DIRECT ADS COLD –>> RETARGETING WARM (TESTIMONIAL) –>> RETARGETING HOT (OFFER & FEATURE) — >> RETARGETING LAST (Last Offer, Bonus, Last Call)..
Terakhir, jika anda gunakan strategi konten, buat macam ni….WEB ARTIKEL (COLD) –>> RETARGETING WARM (TESTIMONIAL) –>> RETARGETING HOT (OFFER & FEATURE)

Model Funnel

Model Funnel ni, kita buat sendiri dengan:
1. Fahami Flow ads (Cold, Warm, Hot).
2. Fahami Flow audiens dari stranger ke customer.
3. Jadikan model.
4. Test model ni.
5. Dah berjaya, tambah baik model ni

Antara Funnel ASAS dan mudah difahami, saya susun ikut audiens:
Layer1(L1), COLD OR STRANGER – apa kita nak sajikan pada stranger, agar mereka masuk dulu website kita, sebelum membeli?
Layer2(L2), WARM BUYER – Apa itu ciri ciri warm audiences? adakah mereka boleh kategorikan juga sebagai stranger? Bagaimana nak populate Warm Audiens ni? Boleh scale up tak Warm Buyer ni.
Layer3(L3), HOT BUYER – Apa itu ciri ciri Hot audiences? bagaimana nak kategorikan mereka ni? Bagaimana nak populate Hot Audiens ni?

L1 – Web Artikel (COLD)

– Tukar dari Stranger ke Prospect
– Mereka yang dah baca web artikel, dikira prospek kita
– Orang yang dah masuk web artikel ini, berpotensi besar ada purchase behaviour
– Audiens DT or LA
– Konten web artikel mesti ada cerita sedikit produk sebelum CTA, untuk ubah mindset ‘educate-to-buy’
– CTA ke Sales page
– Yang dah baca web artikel ni, boleh dibawa untuk ke proses seterusnya L2.

L2 – Retargeting Web Artikel (WARM)

– Filter dari prospect ke potential customer
– Mereka yang dah baca web artikel shj akan nampak iklan softsell ini
– Prospek lebih cenderung untuk behaviour membeli, sebelum buat pembelian di L3 dan seterusnya
– Traffic adalah database kita
– Mereka baca konten, mereka akan ke sales page, dan ada purchase behaviour

L3 – Retargeting Follow up Page (WARM)

– Tukar dari Prospect Enggage Page ke HOT Buyer
– Potensi yang dah ‘Enggage’ ini lebih mudah convert
– Mereka dah melalui fasa Enggage konten, Fasa video Views, Cuma mereka belum masuk ke dalam website
– Proses Jualan (Sales) ini boleh berlaku samada di sales page, mahupun di borang bayaran
– Mereka lebih mudah untuk di follow up dengan Testimoni

L4 – Retargeting SALES page (HOT)

– Tukar dari Prospect Traffic ke HOT Buyer
– Potensi yang dah masuk website ini lebih mudah convert
– Mereka dah melalui fasa konten, fasa sales page, cuma mereka belum buat pembelian.
– Kita Follow up Hardsell untuk mereka buat pembelian. Kerana mereka dah tahu info produk kita, dah masuk sales page, mahupun dah mula ada purchase behaviour.

L5 – Retargeting purchase behaviour (HOT)

– Follow up purchase behaviour
– Potensi yang ada purchase behaviour ini lebih mudah convert, cuma kena follow up mereka
– Mereka dah melalui fasa konten, fasa sales page, dah ada behaviour membeli!
– Kita Follow up Hardsell untuk mereka buat pembelian. Kerana mereka dah tahu info produk kita, dah masuk sales page, mahupun dah ada purchase behaviour.
– Last Iklan Follow up disini

Okay sampai disini. Semoga bermanfaat!
Artikel asal: Facebook @ubaidullahjaafar

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment