sale page

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Buat web-jualan sebenarnya sama macam buat ayat iklan. Cuma web-jualan ni kita masukkan sekali info produk yang tersusun.

Intro –>> Problem –>> Fact –> Testimonial –> Product –> Offer –> Action

Cuma web-jualan ni fokus untuk dapatkan jualan la. Orang baca, dan nak beli akhirnya. Ini ialah flow yang boleh digunakan:

1. Intro

Apa masalah yang pelanggan selalu hadapi, apa pelanggan yang mahukan.. Apa penyelesaian yang kita boleh bantu.. Beserta ayat penguat. Ayat penguat ni mcm penyelesaian pada masalah tadi yang unik.

2. Masalah

Senaraikan masalah yang mungkin pelanggan hadapi. Dari satu produk tadi, kita boleh pecahkan kepada beberapa masalah..Dalam sales page nanti, kita boleh tambah gambar ataupun icon beserta sub tajuk masalah, dan penerangan ringkas.

3. Fakta

Masa ni boleh bagi keputusan yang bersifat nombor dan angka, yang boleh menyokong point masalah tadi. Kalau macam Fakta, boleh masukkan statistik sikit.. dan menyokong & menjawab pada masalah tadi. Boleh nyatakan sumbernya daripada mana. Boleh masukkan gambar infografik.

4. Testimoni

Pengalaman orang lepas yang gunakan produk kita. Dalam sales page biasa nya ada gambar pengguna, dan apa feedback mereka. samada dalam bentuk video mahupun gambar.

5. Produk

Perkenalkan produk anda. Ada gambar produk, nama produk. dan penyelesaian yang boleh bantu kepada pelanggan anda.

6. Ciri-ciri Produk

Ciri-ciri produk. Masa ni boleh la, cerita penyelesaian kepada masalah tadi berdasarkan ciri ciri yang produk kita ada. Sama macam part masalah tadi. Kena buat dalam bentuk point. Boleh masukkan gambar mahupun icon dalam sales page tadi. Pastikan ciri-ciri yang unik ya. Ciri yang berbeza menentukan produk kita ada kelebihan tersendirinya daripada produk pesaing.

7. Pengguna (Who?)

Siapa yang sesuai dapatkan produk ni. Kepada golongan yang macam mana. Ataupun situasi yang mcm mana sehinggakan produk ini diperlukan. Untuk siapa yang sesuai gunakan produk ini. Pun dalam bentuk point. Ini boleh buatkan pembaca lebih faham dengan apa yang dia nak. Ibarat ‘sharp-shooter’. Kita dah target awal kepada siapa. Yang baca, akan terasa dia lah yang tepat dengan masalah dihadapi.

8. Kesan (What?)

Apa yang pengguna akan dapat? Jika produk berbentuk pakej, ataupun ada tambahan tambahan lain. Boleh masukkan. Cuma lebih jelas, jika bergambar. Setiap apa yang pelanggan dapat, dihimputkan dalam 1 gambar @ poster.

9. Harga

Mesti kenalkan dulu harga asal. Harga diluar sana. Kemudian kita bagi harga promosi (jika ada). Sebab orang suka tawar menawar kan? Ni kita dah siapkan dah, harga tawaran.

10. CTA / Button

Samada melalui butang ke whatsapp, atau ke halaman pembayaran.

Sales page ni pasang pixel Facebook ya, dimana ia boleh track setiap traffik masuk. Selepas trafik masuk. Sebahagian yang berjaya buat pembelian tu. Kita boleh ‘exclude’ daripada lihat ‘repetitive’ iklan conversion.
Jom dapatkan template salespage lengkap ikut susunan diatas di link ini.

close

Leave a Reply

Subscribe To Our Newsletter

Get updates and learn from the best, Free Powerpoint Template worth $300.. Get Here!

More To Explore

8 Tip Mulakan Perniagaan Makanan Dari Rumah
Artikel

8 Tip Mulakan Perniagaan Makanan Dari Rumah

Makanan dan perniagaan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ini kerana, makanan merupakan salah satu keperluan asas bagi manusia dan perniagaan pula wujud bagi memastikan kita dapat memenuhi keperluan hidup. Justeru ramai

9 Idea Perniagaan Kos Rendah
Artikel

9 Idea Perniagaan Kos Rendah

Mungkin ramai yang tidak tahu akan perniagaan yang boleh mendatangkan pendapatan lumayan walaupun dengan kos yang rendah. Jom kita lihat: 1. Home Tutoring Ini adalah salah satu daripada banyak idea

Artikel

Jenis Entiti Perniagaan

Terdapat beberapa jenis entiti perniagaan, masing-masing direka untuk situasi yang berbeza. Jenis entiti yang dipilih mempunyai kesan yang besar terhadap cukai yang dibayar dan jumlah aset peribadi pelabur yang berisiko.

Sponsored

Case study Setup Messenger Ads dengan Chatbot Mudah

chatbot
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Scroll to Top