Sebagai pemasar digital, gambar adalah satu elemen terpenting. Gambar banyak digunakan dalam pelbagai tujuan seperti cover blog, post di media sosial, bisnes branding, dan banyak lagi. Tapi satu perkara yang perlu dielakkan ialah menggunakan gambar yang hakcipta terpelihara (copyright). Jika gambar yang didownload dari Google Image mempunyai copyright atau watermark bermakna pemilik asal mempunyai hak untuk tidak memberi kebenaran gambar itu digunapakai. Perkara paling teruk boleh berlaku ialah, mereka boleh menyaman dan website kita boleh diturunkan.
Salah satu cara selamat ialah dengan menggunakan gambar dari laman yang membekalkan gambar stok percuma. Di sini ialah beberapa senarai website yang memberi gambar percuma dan berkualiti tinggi.
Senarai Website Download Stock Photo Percuma
1. Unsplash
Unsplash adalah antara laman yang mempunyai koleksi gambar percuma terbanyak. Gambar yang dibekalkan disini boleh dikatakan lebih cantik dari laman stok photo yang berbayar. Bukan itu sahaja, jika anda dari bidang photography site ini boleh dijadikan sebagai rujukan kerana setiap gambar mempunyai info bagaimana setting kamera yang digunakan sehingga dapat hasil yang begitu menakjubkan. Gambar boleh terus didownload tanpa perlu daftar apa-apa.


2.Pixabay
Pixabay juga adalah laman yang menawarkan gambar dan video percuma untuk kegunaan personal dan komersial. Semua gambar yang tersenarai adalah royalty-free dan dilindung dibawah Creative Commons Zero, bermaksud gambar ini boleh diubahsuai, digunakan online dan di print. Maka tiada lagi kerisauan nak gunakan gambar. Pixabay memberi 4 pilihan utama iaitu gambar, illustrator, vector, dan video.
3.Pexels
Pexel juga menawarkan beribu stok foto percuma. Selain gambar yang berkualiti tinggi, Pexel juga memberi detail gambar yang mendalam seperti Unsplash. Dan memberi peluang pengguna untuk donate kepada media creator diluar sana.
4.IM Free
Jika anda adalah seorang pereka web, IM Free adalah satu sumber yang sesuai. Ia membekalkan koleksi yang semestinya royalty-free dengan kategori teknologi, pendidikan dan alam semulajadi. Bukan itu sahaja, terdapat juga template website percuma, ikon, button dan banyak lagi.
5.Stockvault
Stockvault menawarkan lebih 138 ribu gambar, grafik, dan design dari jurugambar dan pereka dari seluruh dunia. Stockvault mempunyai banyak kategori gambar yang boleh dipilih walaupun di Foto Stok Percuma sahaja.

Di bawah adalah beberapa lagi senarai laman yang membekalkan stok foto percuma, ada beberapa laman yang memerlukan anda login untuk download, dan ada yang menawarkan template photoshop dengan sedikit bayaran/donate.
Jadikan blog dan post lebih menarik dengan gambar-gambar yang berkualiti tinggi ini. Dan yang paling penting tak perlu risau mengenai hakcipta lagi.