Compare Cost Per Purchase vs ROAS. 6 Step Split Test Audiens

cost per purchase

Cost per purchase ni kita kena set sendiri KPI dia.. Ada yang sensitif dengan cost per purchase sebab katanya jika cost per purchase tinggi, kos ads mahal. Okay ni saya share sikit guideline macam mana nak kira Cost Per Purchase ya.

Guideline Mengira Cost per Purchase

1.Berapa Harga Produk?

Kalau produk kita harga RM200, biasa akan letak maksimum kos per purchase adalah 10%. Bermakna, kos per purchase tak boleh lebih dari RM20. Kalau kos per purchase lebih RM20 jer, iklan tutup. Namun, ada juga produk yang margin tinggi, contoh, founder produk, beli produk direct kilang, tak main game agen, terus nak main retail melalui team sales misalnya. Mereka akan set KPI 20%. Jadi maksimum cost per purchase adalah RM40.

Yang paling last, jual produk digital, tak perlu kos raw-material produk, Kalau jual RM200, RM200 tu solid masuk dalam company tanpa roling stok lagi. Mereka berani set kos per purchase KPI 25%. Jadi maksimum kos per purchase RM50. Kalau lebih ads akan off. Apa pun, bergantung pada produk. Tapi tak semestinya nak buat calculation mudah macam tu. Macam mana pula kalau kita jual produk orang lain? Semestinya margin semakin menipis. Okay kita lihat point nombor 2.

Produk mahal? Teknik guna sale page conversion baca sini

2.Berapa Margin Produk?

Margin yang dimaksudkan ni adalah margin secara kasar. Contohnya, produk tersebut harga RM200. Tapi HQ nak bagi anda margin 50% je. Bermaksud, anda hanya dapat RM100.Jadi dengan RM100 ni pula anda perlu berkira-kira dengan kos ads nak dilaburkan, komisyen team sales (jika ada), kos kos lain.

Jadi anda perlu setkan kos per purchase ni dari margin produk ini. KPI 20% daripada margin, maka anda perlu jaga ads anda agar kos per purchase tak lebih dari RM20. Jika kos per purchase lebih RM20, maka anda perlu off ads, dan buat ads lain.

3.Formula Cost per Purchase

Berapa yang anda spend untuk Facebook Ads dan dibahagikan dengan berapa unit terjual. Anda boleh kira harian. Namun untuk nampak lebih stabil, anda kena baca 7 hari untuk setiap amount spending. Sebagai contoh:

cost per purchase

Percentage( % ) ni yang anda kena set sendiri, berapa maksima yang perlukan untuk anda stop ads tersebut. Dia bergantung pada point no.1 dan no.2 yang telah disebutkan tadi.

4.Untuk yang Run Ads Direct ke Ecommerce

Jika anda jual melalui Ecommerce, anda tak perlu kira cost per purchase secara manual. Disebabkan di bahagian Ads manager dah kirakan siap siap dah:

  • Berapa ads spend
  • Berapa purchase (Berapa unit terjual)
  • Cost per purchase
  • ROAS – Return of Ads Spend
  • Purchase Conversion Value – Total Sales RM

Benda ni anda boleh set di bahagian Ads manager > Column > Customize Column > Kemudian anda search purchase > Tick mana anda nak > Susun kat mana anda nak letak > Save as preset agar tak perlu setting lagi pada masa akan datang.

ROAS

Cara Baiki Cost Per Purchase

Kalau nak dapat cost per purchase rendah, banyak benda anda kena consider, iaitu:
1. Targeting – Boleh gunakan Lookalike Audiences & Custom Audiences
2. Copywriting – Penulisan ayat iklan cuba ubah headline & intro
3. Media – Penggunaan Video amat beri kesan berbanding gunakan gambar. Gunakan video feedback user antara salah satu yang membantu.
4. Sales page – Susunan sales page, Headline > masalah > kelebihan > sesuai untuk siapa > testimoni > pakej harga > bonus (jika ada) > CTA > FAQ

Anda boleh banyak kepada split test bermula daripada audiens dahulu, jika iklan tersebut telah bawa sales sebelum ini. Sesuai jika gunakan video, kesan dia lebih convert berbanding gambar sahaja. Plus dari orang yang lihat video tadi boleh filter lagi, ikut berapa % watch.

Split Test Audiens

Split test yang terlibat hanya:
– Audiens split test berbeza beza LA
– Copywriting, berbeza mesej penyampaian, serta panjang
– Video – gunakan berlainan video, yang lebih kepada video kelebihan produk, feedback pengguna, cara penggunaan..
Secara kesimpulan,

  • Populate CA Custom Audiens first
    – Tarik traffic, Tarik viewers, Enggage, dll
    – Jenis untuk tarik CA ni mesej nyaKonten + Selling, Softselling, Audiences from Selling Ads
  • Populate LA, Split Test antara Lookalike Audiens
    – Split test within LA video, Traffic, Enggage, Insta, list
  • Test within the intensity of custom audiens,
    – Purchase, Add to Cart, Initiate Checkout: High intensity
    – Enggage, Traffic to content, View Content
    – Low intensity- % of LA ( 1% & 2% High intensity, 3% keatas low intensity)
    – High intensity antara audiens sangat berkualiti
  • Run iklan with various adset
    – Jangan run iklan adsetnya 1 je.. hmm pening nak menilai nanti..- Run atleast 5 – 6 adset dengan budget RM20
    – 60 setiap adset
    – Kalau iklan cantik, test lagi dengan lookalike audiens lain pula
  • Pantau cost per purchase past 7 days
    – Boleh je nak lihat harian, cuma data tak stabil,
    – best for average ambil 7 hari
  • Jika taknak pening bahagian creative & copywriting, anda boleh pecah bahagian ads.
    – ads 1 : Video + copywriting biasa
    – ads 2 : video + copywriting simpified

Beza Cost Per Result dengan ROAS?

Cost per result tu berapa cost ads dikeluarkan untuk setiap unit terjual, manakala ROAS tu, berapa kali ganda anda dapat lepas anda spend ads. Ni yang mempengaruhi ROAS tinggi

  • Harga produk tinggi, ROAS tinggi
  • Beli combo, harga combo, ROAS tinggi
  • Beli berpakej, harga berbeza dgn single pakej,
  • Cost per purchase rendah
cost per purchase

Tengok Contoh 1, Walaupun customer dapat sorang, cost per purchase mahal, tapi ROI sangat baik. Contoh 2 pula: Walaupun sales banyak, cost per purchase rendah, tapi ROAS sipi sipi je. Bermakna, kita dapat lihat harga produk per unit rendah, sales pulak kurang. ROAS ngam ngam je. sales 6K tolak ads je dah 2K.

Cara Atasi ROAS

Naikkan price per customer – combo kan ke 2-3 unit ke, pakej kan dgn produk lain ke. Atau, naikkan je harga produk, sebab produk RM30 memang berhati-hati part kos ni, lagi lagi bila spend ads. Minima set ROAS 3, lagi tinggi lebih bagus

Contoh ketiga: jual pekej harga RM300 seunit.Spend ads RM200, Takde orang beli lagi = Tutup ads, dan split test lagi sampai jadi.

Berdasarkan gambar dibawah, adalah hasil split test Audiens jenis LA & Copywriting shj, video yang sama, kempen yang sama yang dah run 9 bulan.. Audiens shj sy update berbeza2 pada setiap adset baru.

cost per purchase

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment