ebooks

Ada orang tanya saya mcm mana nak buat eBooks yang boleh dijual ya? Ok disini saya nak kongsikan cara nak jual eBooks dari awal.

eBooks

Cipta eBooks

1. Idea

Fikirkan idea apa yang kita nak jual, idea tu mestilah berdasarkan pengalaman kita. Barulah kita mudah nak hasilkan. Awalnya saya menjual eBooks, Kemudian, jual produk digital melalui DVD. Kemudian barulah kepada online course dimana produk digital, video tutorial, eBooks semua dah dalam website. Antara ebook yang dihasilkan masa awal awal dulu adalah:
– Ebook cara naikkan followers di Instagram.
– Ebook cara editing photoshop dengan mudah.

Semestinya, eBooks ini amat membantu pada mereka yang nak jual produk yang kurang kos, boleh dijual dengan harga lebih murah, dan senang nak dihasilkan adalah bermula dengan ebook. Jika kita ada pengalaman tentang sesuatu, adakalanya boleh dihasilkan dalam bentuk tutorial dan dijual melalui eBooks.

Jika tiada pengalaman, timba pengalaman yang kita minat, dengan belajar, mengkaji, dan mengajarkan pada orang lain, sehingga kita betul betul yakin untuk jadikan tutorial sendiri dengan cara sendiri.

2. Nama eBooks

Seeloknya letak la nama pembuat eBooks tu, agar pelanggan ada kepercayaan untuk dapatkan produk anda. Disinilah anda boleh cerita pengalaman, penglibatan, serta kepakaran anda dalam bidang berkaitan.

3. Printscreen / Screenshot

Jika tutorial itu guna komputer, boleh install lightshot untuk printscreen lebih mudah. Dalam ebook semestinya ada tutorial bergambar. Jadi kita perlukan screenshot. Dalam gambar screenshot tadi ada bulatan, ada anak panah dan sedikit teks. Semestinya software ini amat membantu.

Biasanya saya screenshot dahulu banyak-banyak, masukkan gambar dahulu step-by-step. Barulah saya olahkan mengikut step bergambar tadi. Jadi lebih mudah untuk menulis.

4. Kumpul Semua Gambar

Ebook ini selalunya dalam bentuk file .pdf dimana, format Adobe Reader. Jadi kumpul semua gambar dan langkah tutorial itu menggunakan Microsoft word dan kemudian ‘save as .pdf. Disinilah, selesai kita hasilkan eBooks tadi, kita hasilkan dalam format pdf.

5. Halaman eBooks

Bergantung pada konten yang nak dihasilkan. Bergantung juga pada berapa banyak tajuk di masukkan. Tapi pastikan konten, dan tajuk itu berbaloi untuk pelanggan kita. Biasanya saya buat lebih 10 sub tajuk, dan setiap sub tajuk tu, sekurang kurangnya 10 halaman, dengan bantuan gambar. Sehari fokus 10 – 20 halaman. Tak sampai sebulan dah boleh siap dah

Market Research

1. Sasaran Pelanggan

Buat sedikit kajian untuk sasaran pelanggan. Ini penting, sebab kita nak buat eBooks yang ada permintaan. Cara nak kaji pasaran, biasanya boleh cari dengan.

  • Keyword planner
  • Search google
  • Forum berkaitan
  • Pertanyaan di Facebook
  • Google Trend
  • Interview sasaran pelanggan

2. Harga

Mengikut target market anda. Kalau target pada student, jangan letak harga yang mahal. Jika target pada golongan usahawan pula harga dia berbeza, dan target pada orang awam pun berbeza harganya. Yang penting, harga mesti berbaloi dengan konten yang anda hasilkan melalui ebook tadi.

Biasanya Market RM37 minima. Maksima ada yang jual RM250. Macam mana nak letak harga yang sesuai? Anda boleh pakejkan mengikut kategori. Setiap pakej tu, semestinya berbeza apa yang pelanggan bakal dapat nanti.

Pemasaran

Semestinya ia kena lakukan. Anda boleh lakukan pemasaran secara online. Boleh menggunakan kaedah percuma, mahupun berbayar. Yang percuma ni dia lambat sikit, anda kena naikkan personal branding dahulu. Share penulisan yang bermanfaat dulu, bina followers dahulu. Manakala yang berbayar, anda boleh dapat ‘instant’ result mengikut bajet anda. Yang berbayar, saya bermula dengan RM10 sehari untuk online advertising.

1. Ayat Iklan

Macam mana nak tulis ayat iklan bila jual eBooks ni ya?. Ni part yang paling penting. Tapi saya bagi struktur mudah:

Apa masalah yang anda nak selesaikan.. Bagaimana anda bantu selesaikan masalah tadi.. Kepada siapa yang sesuai dapatkan eBooks anda.. Apa yang pelanggan bakal dapat.. Berapa nilai sebenar ebook ni dengan apa yang ditawarkan.. Berapa harga sesuai untuk pelanggan.. Apa bonus bonus tambahan untuk pelanggan.. Bagaimana mereka berminat nak beli eBooks ini

  • Apa masalah yang anda nak selesaikan.
  • Bagaimana anda bantu selesaikan masalah tadi.
  • Kepada siapa yang sesuai dapatkan ebook anda.
  • Apa yang pelanggan bakal dapat.
  • Berapa nilai sebenar ebook ni dengan apa yang ditawarkan.
  • Berapa harga sesuai untuk pelanggan.
  • Apa bonus bonus tambahan untuk pelanggan.
  • Bagaimana mereka berminat nak beli ebook ini

2. Website

Untuk permulaan, tak perlu website dulu. Boleh guna platform Facebook Group tertutup, Telegram Group, Email (Mailerlite). Sebab kita nak mula dengan kos yang minima kan? So boleh mula apa yang ada. Semestinya nak setup website ni ada kos kos diperlukan jika anda buat sendiri. antaranya kos nama website, kos tempat letak website, kos nak beli modul belajar website sendiri.

Namun, jika anda dah nampak pasaran anda boleh pergi jauh, anda memang wajib ada website kerana website ni boleh urus bisnes anda lebih mudah. antaranya hasilkan web jualan yang berimpak tinggi, urus tempahan pelanggan automatik, lakukan pemasaran digital, dan sistem download eBooks tadi.

3. Facebook Personal / Page

Di Facebook sendiri anda share je pengalaman anda sepanjang hasilkan konten eBooks tersebut. Dan di Facebook Page ni, anda tempat menjual menggunakan iklan berbayar. Strategi nak jual eBooks dengan mudah, antaranya:

  • Offer Ebook pengenalan percuma
  • Rajin share konten, tips , pengalaman
  • Bina tribe, di Telegram Channel, Email, atau di Facebook Group
  • Run ads.

Kerjaya

Jika nak pergi lebih jauh dengan ebook ni, boleh bermula dengan beberapa fasa:
– Fasa Ebook
– Fasa EBook + Video Tutorial
– Fasa Ebook + Video Tutorial + Bengkel
– Fasa Servis

Semestinya, fasa servis adalah pendapatan paling besar anda boleh dapat. Anda boleh dapat client yang bayar servis anda 5-30K setiap servis yang anda provide. Namun anda tak boleh bermula sehingga tahap ini, jika anda tak bermula dengan eBooks. Dimana kepercayaan dibina ini bermula dari ebook.

Terbaru!!

Panduan Ecomm Masterclass

Case Study Jualan RM1.9 Juta kurang dari setahun dengan Strategi Ecommerce Ads

Isi borang dibawah ini.. Lepas Register ni, Dapat BONUS Free bernilai RM249

Leave a Comment